Antara bahan-bahan membuat terrarium. |
Seperti di dalam artikel sebelum ini mengenai terrarium, anda mungkin berminat untuk menghasilkan terrarium anda sendiri. Selain sebagai barangan hiasan, terrrarium juga boleh menjadi bahan pendidikan untuk anak-anak dan keluarga. Jadi memiliki terrarium merupakan antara perkara yang mendatangkan manfaat.
Cara terbaik utuk memiliki terrarium adalah dengan membeli terrarium yang telah siap. Ini kerana ia telahpun memiliki tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalamnya dan sedia digunakan sebagai hiasan dan bahan pendidikan di rumah. Namun begitu ia mungkin agak mahal. Manakala membuar terrarium anda sendiri mungkin memberikan anda sedikit cabaran, namun ia merupakan antiviti menarik yang menambahkan lagi pengalaman anda dalam menghasilkannya. Aktiviti ini bertambah menarik sekiranya dilakukan bersama-sama dengan keluarga.
Bahan yang diperlukan untuk membina terrarium adalah mengikut kesesuaian jenis terrarium yang ingin dihasilkan. |
Terrarium yang amat kreatif. |
Jenis terrarium terbuka dan tumbuhan yang sesuai untuk ditanam di dalamnya. |
Bagi menghasilkan terrarium, perkara utama yang anda perlu fikirkan adalah mengenai saiz dan tempat di mana terrarium tersebut bakal diletakkan. Ini kerana ia mempengaruhi kesesuaian tumbuhan yang boleh ditanam di dalam terrarium tersebut. Terrarium sebaiknya diletakkan di tempat yang tidak terlalu panas namun mendapat cahaya yang cukup. Pada masa yang sama, jenis tumbuhan menentukan samada anda memerlukan terrarium yang tertutup sepenuhnya atau terrarium jenis terbuka.
Sediakanlah bahan-bahan yang diperlukan begi memudahkan proses penyediaan dengan lebih lancar. Antara bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Tumbuh-tumbuhan sesuai untuk terrarium anda
- Bekas terrarium, samada terbuka ataupun tertutup
- Batu kirikil
- Medium tanaman (boleh menggunakan serat kelapa, tanah, habuk kayu dan sebagainya)
- Jaring halus bukan daripada bahan logam.
- Lumut sebagai hiasan tambahan.
- Penyepit dan kayu - untuk memindah tumbuhan ke dalam terrarium anda.
*adalah sebaiknya bahan digunakan disterile dengan baik untuk mengelakkan jangkitan pada tanaman anda (lihat artikel kultur tisu untuk mengetahui keedah mensterile bahan).
Contoh lapisan bahan yang digunakan dalam terrrarium. |
Langkah Penyediaan:
1) Batu kerikil diletakkan di bahagian bawah terrarium, ia bertujuan sebagai bahagian penyimpananan air bagi terrarium ini dan mengelakkan medium menakung air terlalu banyak.
2) Lapisan jaringan dipotong supaya menutupi bahagian atas batu kerikil dan diletakkan dengan kemas. Ini bagi memisahkan antara medium tanaman dan baru kerikil.
Jaring diletakkan di atas lapisan batu kerikil denga kemas. |
3) Medium tanaman yang telah disediakan (yang terdiri daripada serat kelapa, tanah, habuk kayu dan sebagainya) diletakkan di bahagian atas jaringan tadi dan menutupnya dengan kemas. Medium tanaman mungkin berlu direndamkan di dalam air bagi membolehkan ianya berkeadaan lembab untuk membolehkan pokok ditanam di atasnya.
4) Anak-anak pokok yang telah dipilih bolehlah dikeluarkan daripada bekasnya dan disediakan untuk pemindahan ke dalam terrarium anda. Sebelum itu anda perlu membuat perancangan yang rapi, supaya hasil susunan adalah seperti yang diharapkan.
5) Akhir sekali ianya bolehlah dihiaskan dengan tutupan lumut, batu-batu dan juga hiasan-hiasan yang lain sesuai dengan kreativiti anda.
6) Siram terrarium anda dengan air yang mencukupi dan tutup (sekiranya ianya adalah terrarium tertutup), sebelum diletakkan di tempat yang sesuai.
*Semasa proses dijalankan, anda mungkin perlu menggunakan penyepit, kayu panjang, gunting, pisau, kertas surat khabar, bekas plastik dan sebagainya. Jadi pastikan barangan ini juga anda sediakan untuk memudahkan kerja-kerja penyediaan terrarium anda.
Anda boleh menghasilkan pelbagai jenis terrarium mengikut kreativiti anda sendiri. |
Terrarium adalah salah satu cara mempelajari mengenai tumbuhan dengan lebih dekat. |
Anda mungkin perlu membuat beberapa terrarium sebelum berjaya menghasilkan suatu hasil yang betul-betul memuaskan. Jadi janganlah cepat berpuas hati dengan hasil anda, sebaliknya teruslah menghasilkan terrarium-terrarium yang baru dan berbeza-beza.