Ikan yang hidup di laut, tidak boleh hidup di air tawar - walaupun kedua-duanya adalah air. |
Kebanyakan kita sudah sedia maklum bahawa ikan air masin (hidup di laut) tidak akan hidup di dalam air tawar (hidup di sungai). Keadaan ini mungkin mengecewakan bagi peminat-peminat ikan akuarium (bagi mereka yang masih kecil). Namun adakah kita mengetahui sebab sebenar mengapa ikan-ikan ini tidak boleh menyesuaikan diri dalam dua keadaan ini - walaupun ia masih berada di dalam air! Walaubagaimanapun masih terdapat spesies-spesies ikan yang mampu berhijrah, di antara air masin dan air tawar - dalam beberapa peringkat pembesarannya.
Keadaan fizikal ikan yang hidup di air masin adalah berbeza daripada ikan-ikan yang hidup di dalam air tawar. Ini kerana, ikan-ikan yang hidup di dalam air masin mempunyai kandungan garam yang tinggi di dalam daging (sel-sel badan) mereka. Perpindahan ke dalam persekitaran air tawar akan membuatkan air diserap ke dalam badan mereka - yang menyebabkan sel-sel badan mereka menjadi kembung yang menyebabkan kematian. Berbeza pula dengan ikan air tawar. Apabila ia diletakkan di dalam air masin, air di dalam badan mereka akan mengalir keluar dan menyebabkan sel-sel badan ikan terhidrasi.
Keadaan ini adalah disebabkan oleh keseimbangan tekanan antara dalaman sel-sel badan dan juga persekitarannya yang juga dikenali sebagai Osmosis. Osmosis adalah pergerakan cecair melalui membran separuh telap (semipermeable membrane), daripada larutan yang kurang tepu ke bahagian larutan yang tepu.
Membran separa telap merupakan penghalang yang mempunyai liang-liang kecil yang membenarkan molekul air melepasi nya, namun ia terlalu kecil bagi molekul garam, gula atau molekul-molekul lain untuk melepasi nya. Ia sama seperti membran pada permukaan sel yang menghalang molekul yang bersaiz besar dari melapasinya, namun molekul bersaiz kecil seperti air, dapat melepasi nya dengan mudah.
Keadaan hypertonic, apabila cecair di dalam sel mengalir keluar dari sel. |
Keadaan hypotonic, sebaliknya menyebabkan cecair masuk ke dalam sel. |
Sebagai contoh, apabila anda meletakkan sebiji kismis di dalam air, ia akan mengembang: ini kerana kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi berbanding air yang akan memasuki kismis tersebut. Berbeza pula jika anda meletakkan kismis tersebut ke dalam larutan tepu garam, kismis tersebut akan terus mengecut, kerana air dari dalam kismis akan mengalir ke luar daripadanya. Ini kerana, larutan tepu garam mempunyai ketepuan yang lebih tinggi berbanding kismis tersebut.
Keadaan ini dipengaruhi oleh tekanan osmotik (osmotic pressure), iaitu tekanan yang bertindak ke atas aliran molekul air di antara membran separa telap. Pada masa molekul air melepasi membran separa telap ke bahagian yang mempunyai ketepuan tinggi, tekanan osmotik juga akan bertambah. Apabila kedua-dua bahagian mecapai keseimbangan, tiada lagi molekul air akan melepasi membran tersebut. Pada masa ini, tiada lagi tekanan osmotik.
Tekanan osmotik ini menyebabkan berlakunya 3 keadaan pada sel yang juga mempengaruhi, mengapa ikan-ikan hanya mampu hidup dalam keadaan air tertentu sahaja. Keadaan tersebut dikenali sebagai “tonicity” yang terbahagi kepada:
Hypertonic - ketepuan yang lebih tinggi di luar sel, menyebabkan air mengalir ke luar sel mengecut. (Ikan air tawar ke dalam air masin).
Hypotonic - ketepuan tinggi di dalam cel, yang menyebabkan air masuk ke dalam sel, yang menjadikan ianya mengembang. (Ikan air masin ke dalam air tawar).
Isotonic - keadaan seimbang yang membolehkan sel-sel berada dalam keadaan tetap. Seperti sel-sel darah merah yang berada di dalam cecair plasma.
Keadaan tahap sel-sel didalam larutan yang berbeza. |
Ikan-ikan yang hidup di dalam air mengalami perbezaan ketepuan cecair yang berbeza di dalam air laut mahupun di dalam air sungai. Namun perbezaan in tidaklah terlalu tinggi di antara air laut yang sungai yang mempunyai perbezaan yang ketara. Perbezaan ketara ini menyebabkan kerosakan yang boleh membawa maut kepada ikan-ikan tersebut.
Namun begitu masih terdapat kumpulan ikan-ikan yang boleh hidup di dalam air tawar dan air masin pada peringkat-peringkat berbeza kehidupannya yang dikenali sebagai “euryhaline fish”. Kumpulan-kumpulan ikan ini juga terbahagi kepada 2 kumpulan iatu:
Anadromous - ikan yang menetas di dalam air tawar dan membesar di lautan dan kembali semula ke air tawar hanya untuk bertelur seperti ikan-ikan striped bass, sturgeon, smelt dan yang paling terkenal adalah salmon.
Catadromous - ikan yang tinggal di dalam air tawar, namun berhijrah ke laut untuk membiak. Contoh yang paling terkenal bagi kumpulan ini adalah European Eel.
Namun begitu masih terdapat kumpulan ikan-ikan yang boleh hidup di dalam air tawar dan air masin pada peringkat-peringkat berbeza kehidupannya yang dikenali sebagai “euryhaline fish”. Kumpulan-kumpulan ikan ini juga terbahagi kepada 2 kumpulan iatu:
Anadromous - ikan yang menetas di dalam air tawar dan membesar di lautan dan kembali semula ke air tawar hanya untuk bertelur seperti ikan-ikan striped bass, sturgeon, smelt dan yang paling terkenal adalah salmon.
Catadromous - ikan yang tinggal di dalam air tawar, namun berhijrah ke laut untuk membiak. Contoh yang paling terkenal bagi kumpulan ini adalah European Eel.
Ikan salmon akan mudik ke hulu sungai dari laut untuk bertelur. |
Sebaliknya European eel, berenang ke tengah laut untuk membiak. |
Jadi itu adalah serba sedikit mengenai kehidupan hidupan-hidupan yang hidup di dalam air tawar dan juga air masin. Bukanlah mudah untuk hidupan-hidupan ini mengubah persekitaran hidupan mereka - ini juga antara lain menunjukkan kesan pencemaran boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Sekiranya anda adalah peminat ikan hiasan, maklumat ini diharap dapat menambahkan lagi pengetahuan anda mengenai hobi yang anda minati.
Rujukan:
1) Divescotty.com