Negara-negara Asean memiliki pelbagai keunikan termasuk hidangan istimewa. |
Negara-negara di Asia Tenggara banyak sekali menyimpan keunikan
masing-masing kerana didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza.
Manakala dikurniakan dengan sumber alam yang kaya, dengan iklim tropika yang
membolehkan rakyat yang tinggal di Asia Tenggara mempunyai sumber makanan
daripada pelbagai jenis sumber alam yang didapati.
Berikut merupakan beberapa hidangan manisan dari negara-negara sekitar Asia
Tenggara yang amat mudah dikunjungi melalui sistem penerbangan rangkaian murah
terbaik dunia iaitu AirAsia atau sistem-sistem penerbangan lain seperti Indigo,
Jetstar Asia, Scoot, Peach, SpiceJet, Tiger Airways, Nok Air dan Skymark Airlines. Malah ia juga
merupakan destinasi penting bagi sistem penerbangan komersial yang lain seperti
Mas, Malindo, Thai Airways, Singapore Airlines, Garuda Indonesia dan
sebagainya. Tanpa berlengah lagi mari kita ikuti senarai tersebut;
Hidangan manis Mangga dan Pulut. |
1. Mangga Dengan Pulut (Thailand)
Lebih terkenal dengan panggilan ‘Manggo
sticky rice’ atau nama tempatannya ‘Khao Niaow Ma Muang’, merupakan manisan
terkenal bukan sahaja kepada para penduduk tempatan, malah kepada para
pelancong sendiri. Hidangan ringkas daripada mangga dan nasi pulut yang
dicurahi dengan santan kelapa ini dihidangkan hampir setiap masa daripada pagi
hingga ke lewat malam. Ia mempunyai tekstur pulut yang liat apabila dikunyah, haruman
manis daripada buah mangga dan lemak manis santan kelapa. Jadi ia merupakan
salah satu hidangan penting yang perlu dicuba apabila menjejakkan kaki ke Thailand.
Cendol, minuman yang menyegarkan. |
2. Cendol (Malaysia)
Cendol berbentuk manisan minuman yang dihidangkan pada waktu tengahari
hingga ke malam. Ia merupakan minuman menyegarkan yang juga mengandungi bahan
kunyahan daripada beras dan juga kacang merah. Ditambah dengan warna hijau
daripada tepung beras dengan warna dan wangian dari pandan. Ia juga
diperkayakan dengan lemak manis santan dan manisan daripada gula melaka (gula
kelapa). Manakala parutan ais menjadikan ianya minuman dingin yang amat
menyegarkan di waktu tengahari.
Ice Cream Sandwich; manisan yang agak unik. |
3. Ice Cream Sandwich
(Singapore)
Merupakan makanan kegemaran di Singapore yang diperbuat daripada
kepingan-kepingan biskut yang melapik lapisan ice-cream yang lazat. Jadi ia
terdiri daripada pelbagai warna dan variasi. Ia mungkin juga merupakan satu
hidangan yang ringkas namun tetap menyegarkan atau anda boleh memilih kepingan
biskut kegemaran anda sendiri bersama ice-cream yang lebih baik. Satu hidangan
yang agak unik untuk dicuba apabila anda berkunjung ke Singapore pula.
Gerai penyediaan Che di Vietnam dengan pilihan isi yang banyak. |
4. Chè (Vietnam)
Chè merupakan nama baki rangkaian makanan yang berasal daripada Vietnam
seperti juga pengat di Malaysia yang merangkumi pelbagai jenis pengat. Chè merupakan
hidangan yang dikenali sebagai manisan kebangsaan bagi Vietnam. Secara umumnya
chè merupakan sup manis yang mengandungi buah-buahan dan kekacang (dengan
pelbagai pilihan isi yang mengikut selera pengguna). Jadi terdapat 2 jenis chè
secara umumnya iaitu chè ba màu yang menggunakan kekacang dan chè hoa quả yang
menggunakan buah sebagai bahan isinya. Chè dihidangkan di dalam gelas kaca
dengan ditutupi dengan ais parut.
Kuih Nom Krok yang baru sahaja siap dimasak. |
5. Nom Krok (Cambodia dan Thailand)
Nom Krok merupakan antara hidangan jalanan yang popular di Cambodia yang
diperbuat menggunakan acuan khas yang memberikan ia rupa bentuk yang unik. Ia
sebenarnya adalah pancakes kelapa yang adakalanya turut dihiasi dengan hirisan
daun bawang yang menambahkan lagi aromanya. Nom Krok mempunyai rasa yang unik
kerana ianya lemak manis dan juga mempunyai rasa masin pada satu masa.
Bibingka lempeng gebu penuh aroma. |
6. Bibingka (Philippines)
Bibingka merupakan makanan yang berasal dari Philippines yang disediakan
menggunakan tepung beras, santan kelapa dan kelapa parut. Jadi ia merupakan
lempeng tepung beras dan kelapa. Namun begitu ianya amat istimewa kerana
dilapisi dengan daun pisang sewaktu proses memasaknya. Ia bukan sahaja gebu
malah mempunyai aroma dan rasa yang amat menyelerakan. Bibingka juga amat
sesuai dinikmati dengan tambahan mentega, keju ataupun kelapa parut.
Kek lapis dengan aroma rempah Lapis Legit. |
7. Kueh Lapis Legit (Indonesia)
Ia juga dikenali sebagai spekkoek, merupakan sejenis kek lapis yang amat
terkenal di Indonesia dari segi rupa mahupun rasanya. Tidak seperti kek biasa
kek lapis ini menggunakan rempah-rempah seperti buah keras, kayu manis dan buah
pelaga dalam penyediaan tepung ramuannya. Ia terdiri daripada 10 lapisan berlainan
untuk membentuk kek lapis yang lengkap. Kueh ini jelas menunjukkan identiti Indonesia
yang suatu masa dahulu merupakan salah satu penghasil rempah yang amat penting
di Asia Tenggara (malah sehingga ke hari ini).
Itu adalah sebahagian daripada pengenalan manisan yang terdapat di beberapa
negara di Asia Tenggara. Terdapat banyak lagi hidangan unik yang menanti anda,
kerana setiap daerah di setiap negara mempunyai keunikan masing-masing jadi
cara terbaik untuk ada mencubanya adalah dengan melawat sendiri ke
daerah-daerah tersebut. Jadi sediakan beg anda untuk berangkat sekarang!