|
Antara sebahagian varieti padi yang ditanam di India sahaja. |
Padi merupakan makanan penting penduduk dunia antara tanaman yang menjadi
topik penting bagi MyRokan. Oleh kerana ianya ditanam oleh manusia sejak sekian
lama, terdapat sekitar 40,000 varieti padi yang diketahui. Di sini timbul
persoalan, samakah beras yang dimanakan oleh penduduk dunia yang tinggal di
kawasan-kawasan yang berbeza? Jawapannya tentulah ya!
Padi atau ‘Asian rice’ (Oryza rufipogon) pada asalnya merupakan
padi liar yang mula ditanam di China semenjak 8,200 ke 13,500 tahun dahulu. Ia
kemudiannya terus merebak ke serata Asia Tenggara dan kemudiannya ke seluruh
bahagian dunia yang lain. Kepesatan penanaman padi ini disamping tempoh masa
yang lama menghasilkan banyak padi-padi baru mengikut geografi penanamannya. Walaupun
terdapat varieti padi yang besar, secara kasarnya ia dibahagikan kepada 3
kumpulan utama iaitu; indica, japonica, aromatic and glutinous.
|
Antara varieti beras yang ditanam. Perhatikan perbezaannya. |
|
Padi yang masih di dalam selaputnya (husk). |
|
Antara jenis beras dengan perbezaan warna dan bentuk. |
Oryza sativa iaitu padi yang biasa ditanam hari ini mengandungi dua
kumpulan spesis terbesar iaitu: beras melekit (sticky rice) yang merupakan beras japonica pendek, manakala satu
lagi adalah dari jenis yang tidak melekit dengan saiz beras yang lebih panjang.
Japonica juga merupakan jenis beras
yang ditanam di kawasan yang lebih kering seperti kawasan-kawasan tinggi di
Asia Timur, Asia Tenggara juga di bahagian Selatan Asia. Indica pula merupakan padi
yang ditanam di kawasan-kawasan rendah yang memerlukan air yang banyak di
kawasan tropika Asia. Namun dari bukti genetik mendapati kedua-dua spesis padi
ini iaitu indica dan japonica berasal daripada penanaman yang
bermula di lembah Pearl River di China kira-kira 8,200 - 13,500 tahun dahulu.
Sebab itulah mengapa kebanyakan makanan yang berasaskan beras di bahagian-bahagian
lain di dunia kebanyakannya tidak sama walaupun menggunakan bahan asas yang
sama iaitu beras. Ini kerana beras yang digunakan adalah berbeza. Makanan
berasaskan beras yang digunakan sebagai makanan di China dan Jepun
kebanyakannya lebih berkanji (sticky)
dan sesuai dimakan menggunakan penyepit (chopsticks).
Manakala beras yang digunakan di Asia Tenggara dan India pula kebanyakannya
adalah kurang berkanji yang menghasilkan nasi yang kurang melekit dan
sesuai dimakan menggunakan tangan. Namun begitu tekstur dan aroma beras-beras
ini juga berbeza menghasilkan rasa makanan yang berbeza pula.
|
Nasi kepal Jepun menggunakan beras Jepun yang lebih berkanji. |
|
Beras berkanji yang beraroma ini mudah dipadankan dengan makanan yang lain. |
|
Makanan berasaskan beras dari Finland; Karelian Pasty. |
|
Ini pula makanan dari Iran dikenali sebagai Tahdig. |
Jadi, sekiranya anda ingin merasa makanan yang berasaskan beras mengikut
kawasan seperti makana Jepun misalnya, anda perlulah menggunakan beras asal
yang digunakan untuk masakan tersebut. Cara yang terbaik adalah berkunjung ke
negara asal makanan tersebut dihasilkan kerana ianya adalah jauh lebih mudah
(daripada mendapatkan beras yang sama di tempat-tempat lain).
Apa yang terhasil kepada variasi beras sebenarnya turut berlaku kepada
tanaman-tanaman pertanian yang lain. Penghasilan variasi baru sentiasa dilakukan
pada tanaman-tanaman lain secara kacukan (pembiakan silang) atau dengan kaedah
pertanian yang lebih moden iaitu pengubahsuaian genetik. Namun apa yang terjadi
kepada tanaman padi ini membuktikan pertanian secara klasik dapat menghasilkan
hasil tanaman yang baik, manakala teknik pengubahsuaian genetik pula perlu
melalui masa bagi membuktikan ianya selamat untuk pengguna.
|
Makanan berasaskan beras dari Belgium; Belgian Rice Pie (Rijsttaart). |
|
Makanan dari Canada; Wild Rice. |
|
Beras Basmati dari India, sesuai dengan masakan kari. |
|
Bubur beras dari Phillipines dikenali sebagai Champorado. |
Padi walaupun merupakan makanan asas yang paling mudah ditemui di
kebanyakan negara-negara Asia Tenggara khususnya, jika dilihat secara global
merupakan tanaman yang amat unik dan satu fenomena yang menakjubkan. Semoga ia
dapat memberikan gambaran jelas bahawa padi merupakan antara tanaman penting
dunia yang perlu kita kenali dengan lebih dekat.