Teh herba mempunyai pelbagai kebaikan. |
Kita mungkin biasa dengan minuman teh (Camellia sinensis) yang sudah biasa dengan masyarakat dunia. Minuman teh secara
umumnya juga dikaitkan dengan bahan-bahan yang telah dikeringkan dan direndam
didalam air panas untuk mengeluarkan aromanya ke dalam minuman. Ini secara
tidak langsung bahan-bahan kering yang dihasilkan bukan daripada teh juga
dikenali sebagai teh; namun ia digelar sebagai teh herba atau ‘tisanes’.
Apa yang menarik teh-teh herba dihasilkan daripada pelbagai bahan seperti
herba, rempah, buah-buahan, bungaan dan sebagainya yang kebiasaannya tidak
mengandungi ‘caffeine’. Oleh itu teh
herba ini lebih mudah diminum - namun anda juga perlu diambil secara
berhati-hati mengikut tahap kesihatan pengguna (seperti ibu mengandung, pesakit
buah pinggang dan pengidap-pengidap penyakit tertentu).
Penggunaan teh herba ini bukanlah sesuatu yang baru, malah telah digunakan
dari zaman Egyp Purba dan juga Cina Purba lagi yang menceritakan mengenai
kehebatan minuman teh herba yang dikenali sebagai ‘liang cha’.
Bunga raya kering untuk tujuan minuman 'hibiscus tea'. |
Bunga-bungaan yang digunakan untuk menghasilkan teh herba. |
Minuman teh-teh herba ini boleh didapati samada yang telah siap dijual di
kedai-kedai perubahan herba ataupun anda boleh menyediakannya sendiri. Apa yang
penting bahan yang digunakan perlulah bebas daripada bahan racun seperti racun
serangga serta bahan kimia yang lainnya. Jadi dengan menyediakannya sendiri, anda dapat memastikan teh herba anda selamat daripada bahan-bahan beracun.
Boleh dikatakan kebanyakan masyarakat di dunia mempunyai keunikan teh herba
masing-masing. Di Egyp minuman teh herba yang dihasilkan daripada bunga raya atau
‘hibiscus tea’ (karkade) merupakan antara minuman popular yang dihidangkan di kedai
teh (teahouse). China merupakan
antara masyarakat yang dikenali kaya dengan pelbagai jenis minuman dalam
kategori ini untuk tujuan minuman biasa mahupun untuk tujuan perubatan. Manakala
di Sri Lanka juga pelbagai minuman yang dihasilkan daripada tumbuhan herba
seperti iramusu (Smilax regelii),
beli (Bael), ranawara (Senna auriculata), polpala (Aerva lanata), weniwel (Coscinium fenestratum), dan
kothala-himbutu (Salacia reticulata)
yang juga digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan.
Teh herba dengan pelbagai bahan seperti kelapa, rooibos, halia, kayu manis, pelaga, apple, lada hitam dan badam. |
Teh pudina antara minuman yang menyegarkan. |
Minuman teh herba ini merupakan satu kumpulan minuman yang amat besar untuk
tujuan yang pelbagai. Bagi yang berminat bolehlah mengenali kumpulan teh-teh
yang tergolong dalam kategori ini dengan lebih lanjut. Teh herba tidak seperti
teh biasa mempunyai pelbagai manfaat sekiranya disediakan dan diambil dengan
cara yang betul.