Pintu masuk hadapan Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur. |
Muzium Kesenian Islam (Islamic Arts Museum) terletak berhampiran dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur dan merupakan sebahagian tarikan daripada pelbagai tarikan yang terdapat di sekitar Taman Tasik Perdana. Ianya mula dibuka semenjak 12 December 1998 lagi dan merupakan muzium Kesenian Islam yang terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah artifak melebihi 7,000 yang didatangkan dari pelbagai pelusuk dunia.
Muzium ini dibahagikan kepada 12 galeri utama yang dikelaskan mengikut jenis artifak yang dipaparkan melalui berapa tingkat sehingga tingkat-3 dan tingkat ke-4. Pada Tingkat ke-3, ia menempatkan koleksi Al-Quran dan munuskrip, Kejuruteraan Pembinaan Islam (Islamic architecture), Galeri India, Galeri China, Galeri Dunia Melayu Purba dan termasuk juga Bilik Ottoman Syria yang dibina semula. Manakala di tingkat-4 turut menampilkan koleksi barangan tekstil, senjata dan perisai, seramik dan juga peralatan kaca berunsurkan Islam.
Antara yang menarik adalah kubah ini. |
Bahagian kejuruteraan pembinaan (architecture). |
Kedai cenderahati muzium. |
Muzium ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan yang memberangsangkan. Antaranya adalah seperti berikut:
2014 - Platinum Award-Tourist Attraction (Culture, Arts and Heritage) Category - dianugerahkan oleh Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Award.
2014 - Top 10 Travellers’ Choice Museums (10th in Asia) - dianugerahkan oleh TripAdvisor.
2015 - Top 10 Travellers’ Choice Museums (10th in Asia) - dianugerahkan oleh TripAdvisor.
Harga Tiket Muzium Kesenian Islam
Jenis Pelawat
- Dewasa : RM 14.00
- Pelajar (dengan Kad Pelajar): RM 7.00
- Warga Emas (warga Malaysia melebihi 55 tahun ke atas): RM 7.00
- Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) : Percuma
- Harga tiket akan dikenakan pada RM 12 dan RM 6 apabila Galeri Khas tidak dibuka.
Waktu Buka
- Dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi - 6.00 petang.
Pengangkutan
- Anda boleh menaiki sebarang pengangkutan menuju ke Masjid Negara termasuk, bas, teksi dan keretapi.