Keretapi lama dan baru yang digunakan oleh KTM. |
Pengangkutan merupakan salah satu faktor penting dalam aktiviti lawatan ke kawasan-kawasan pelancongan utama di serata negara. Salah satu sistem pengangkutan yang tidak kurang pentingnya adalah keretapi atau lebih dikenali sebagai KTM. Sekiranya anda kurang mahir dengan sistem pengangkutan ini, kali ini kita akan melihat kemudahan pengangkutan ini untuk tujuan tersebut.
KTM sentiasa meningkatkan keupayaan sistem pengangkutan mereka setiap tahun. Melalui pembangunan sistem keretapi elektrik di bahagian pantai barat Semenanjung, kaedah pengangkutan ini semakin penting sebagai salah satu pilihan pengangkutan untuk perhubungan bandar-bandar utama. Begitu juga dengan laluan ke Pantai Timur yang telah dipertingkatkan, kini lalaun ke Pantai Timur telahpun kembali berfungsi seperti biasa.
Laluan Keretapi Elektrik
Keretapi elektrik menyediakan pengangkutan yang lebih pantas dan selesa. |
Laluan keretapi elektrik terbahagi kepada 2 sistem utama iaitu Komuter dan juga ETS (Electric Train Service) dengan perkhidmatan yang lebih pantas. Kedua-dua sistem ini bagaimanapun beroperasi dengan kelajuan antara maksima 145km/h walaupun ia direka untuk kelajuan maksima sehingga 160 km/h (99mph). Setiap train kebiasaannya mengandungi 6 gerabak dengan keupayaan membawa sehingga 350 jumlah penumpang dalam satu masa.
Keretapi elektrik (komuter) pertama kali diperkenalkan pada tahun 1995 menghubungkan berapa bandar utama daripada Rawang, Seremban, Batu Caves dan Pelabuhan Klang. Sistem pengangkutan ini terus diperkembangkan sehingga merangkumi laluan daripada Padang Besar (sempadan Thailand) sehinggalah Gemas di Selatan. Perkhidmatannya juga terbahagi kepada tiga kelas utama iaitu Silver, Gold dan Platinum.
- Silver - berhenti di kesemua stesyen di laluannya dan merupakan keretapi dengan harga tiket terpaling murah.
- Gold - berhenti di beberapa stesyen utama di laluannya dan mempunyai harga sederhana.
- Platinum - merupakan train yang hanya berhenti di beberapa stesyen sahaja dan merupakan train terpantas dengan harga tiket yang lebih tinggi.
Anda perlu menyemak jadual perjalanan anda untuk memastikan perkhidmatan yang manakah anda perlukan. Apabila anda mempunyai masa yang lebih panjang, mungkin perkhidmatan train Silver memberikan anda lebih masa untuk meninjau keadaan sekeliling dengan lebih selesa. Manakala perkhidmatan Platinum juga membantu anda apabila anda memerlukan perkhidmatan perjalanan yang lebih pantas.
Perkhidmatan Komuter dan ETS ini kini merangkumi laluan dari Gemas sehingga ke Padang Besar melalui negeri-negeri lain termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Perlis. Anda boleh menyemak lokasi stesyen-stesyen di setiap negeri-negeri terbabit melalui jadual perjalanan train ataupun peta perkhidmatan train KTM.
Jadual train ETS adalah seperti berikut;
Anda juga boleh menempah tiket ETS ini melalui online melalui Link ini:
Lalun keretapi di Semenanjung Malaysia. |
Perkhidmatan Train Antarabandar (Intercity)
Bagi laluan-lauan lain termasuk laluan Pantai Timur anda bolehlah menggunakan perkhidmatan keretapi antarabandar. Laluan Pantai Timur mengalami kerosakan semasa kejadian banjir pada penghujung 2014 dan dipertingkatkan untuk perkhidmatan yang lebih baik. Perkhidmatan laluan ke Tumpat (Kelantan) ini bagaimanapun telah kembali beroperasi semula pada 1 September 2016. Sehingga pada 1 September 2016 dua jadual baru diperkenalkan dan Jadual tersebut adalah seperti berikut;
1. Laluan KTM antara bandar (Tumpat - Gemas - JB Sentral) - (bermula 26 Jun, 2020)
Train antarabandar merupakan perkhidmatan yang telah disediakan sejak sekian lama oleh KTM dan sentiasa dipertingkatkan. Perkhidmatan train yang mengekalkan konsep pengangkutan keretapi lama ini sesuai untuk pengangkutan jarak jauh kerana turut menyediakan gerabak dengan kemudahan katil dan tempat duduk yang selesa.
Kini laluan antarabandar kekal digunakan bagi laluan Tumpat - JB Sentral, manakala bagi laluan adari Gemas – Padang Besar ianya telahpun diambil alih perkhidmatan train ETS dan komuter.
Koc yang disediakan pada perkhidmatan antarabandar. |
Kerusi yang lebih selesa bagi perkhidmatan antarabandar. |
Tempat-tempat Lawatan Menarik
Bagi tempat-tempat lawatan menarik untuk dilawati dengan menggunakan perkhidmatan train KTM, anda perlulah melihat laluan di sepanjang laluan train tersebut. Di sini beberapa lokasi menarik yang sesuai untuk dilawati dengan menggunakan perkhidmatan train antaranya termasuk lah;
- Padang Besar
- Langkawi (anda perlu menggunakan perkhidmatan feri ke Langkawi dari Kuala Kedah).
- Alor Setar
- Butterworth (Pulau Pinang)
- Taiping/ Kuala Kangsar
- Ipoh
- Gemas
- Taman Negara (Pahang)
- Tumpat (Kelantan).
Masjid Ubaidullah di Kuala Kangsar. |
Kota Bharu boleh dilawati melalui stesyen terdekat Tumpat. |
Semakin banyak kemudahan baru yang diperkenalkan oleh KTM bagi memperbaiki mutu perkhidmatannya. Selain daripada menyediakan ‘coach’ yang lebih selesa, KTM turut menyediakan perkhidmatan 'Park & Ride', perkhidmatan bas sokongan, sistem pembelian tiket online, ‘touch n go’, pass bulanan dan sebagainya. KTM juga turut menyediakan pakej-pakej lawatan bagi mereka yang berminat menyertai pakej lawatan bersama KTM.