Sajian menggunakan truffle. |
Truffle berasal daripada keluarga kulat dan merupakan antara makanan yang termahal di dunia. Oleh kerana ia hanya didapati tumbuh di kawasan beriklim sederhana, maka kita kurang mengenali tumbuhan unik ini. Antara perkara yang menyukarkan lagi untuk mendapatkan kulat istimewa ini adalah kerana ianya tumbuh di dalam tanah sehingga kedalaman 1 meter.
Truffle telah menjadi kegilaan penggemar makanan dan ia turut diberi gelaran sebagai “berlian di dapur”. Ia menjadi antara bahan makanan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masakan French, Georgian, Greek, Italian, Croatian, Middle Eastern dan Spanish. Namun begitu dengan kepesatan dunia perniagaan industri, popularity truffles turut tersebar ke serata dunia, dan ini menambahkan lagi nilainya.
Truffle mempunyai hubungan simbiotik dengan akar beberapa tumbuhan tertentu (seperti juga fungus-fungus dari spesies yang lain) antaranya beech, poplar, oak, birch, hornbeam, hazel, dan pine. Selain daripada pokok-pokok tersebut jenis tanah seperti argillaceous atau calcareous yang mempunyai saliran yang baik serta pH tanah yang neutral ataupun beralkali. Oleh kerana truffle tidak boleh ditanam seperti cendawan-cendawan lain, ia masih lagi dicari di kawasan-kawasan atau ladang yang ditumbuhi oleh pokok-pokok seperti yang disebutkan di atas.
Black Périgord truffle. |
Black Périgord truffle yang dipotong. |
Walaupun terdapat sehingga 86 spesies truffles yang disenaraikan, terdapat beberapa jenis yang popular dan biasa digunakan di dalam masakan seperti white truffle, whitish truffle, black truffle, summer atau burgundy truffle, dan spesies-spesies truffle yang lain seperti garlic truffle, Oregon white truffles, pecan truffle dan sebagainya. Selain truffle, terdapat juga spesies-spesies kulat/cendawan ini yang menyerupai truffle daripada genus yang lain seperti Terfezia dan Tirmania dari family Terfeziaceae yang juga dikenali sebagai "desert truffles" dari bahagian Afrika dan Timur Tengah. Selain itu terdapat juga "Hart's truffle" atau Elaphomycetaceae, selain Pisolithus tinctorius yang mempunyai sejarah digunakan di bahagian German juga dikenali sebagai "Bohemian truffle".
Berbalik kepada spesies truffle yang palling mahal dan digemari iaitu "white truffle" atau "trifola d'Alba Madonna" (Tuber magnatum) yang kebanyakannya berasal dari kawasan Langhe dan Montferrat di Daerah Piedmont, Utara Itali. Selain dari beberapa kawasan lain seperti Tuscany, Istria, Croatia, Slovenia dan juga di Drome, France. White truffle kebiasaannya mencapai saiz sehingga 12 cm (5 in) diameter dengan berat sehingga 500 g. Mempunyai warna krim pucat seperti putih marmar. Namun begitu white truffle dari Itali adalah lebih terkenal di pasaran dan mempunyai permintaan yang tinggi. Harganya adalah sekitar $1,000–$2,200 per pound ($2,000–$4,500 per kg) pada tahun 2001. Manakala menjelang 2009 harganya telahpun mencecah sehingga $14,203.50 sekilogram.
White truffle yang telah dibersihkan. |
Black summer truffle di Itali. |
Antara minyak truffle di pasaran. |
Rekod penjualan truffle yang terpaling mahal adalah pada Disember 2007, dimana truffle dengan berat 1.5 kg (3.3 lb) yang dijumpai oleh Luciano Savini dengan anjingnya Rocco dilelong pada harga $330,000 (£165,000). Ianya dibeli oleh seorang pemilik kasino di Macau iaitu Stanley Ho. Malah beliau turut membeli dua lagi truffle pada harga yang sama dilelong pada November 27, 2010 dimana salah satunya mempunyai berat menghampiri sekilogram.
Truffle digemari kerana aromanya yang istimewa. Malah, truffles hanya digunakan dalam jumlah yang sedikit sebagai bahan campuran di dalam makanan samada ianya dipotong nipis ataupun diparut. Ia biasanya digunakan di dalam masakan seperti pasta, salad, atau telur goreng. Manakala hirisan nipis truffle dimasukkan ke dalam daging, disisipkan di bawah kulit ayam/burung, digunakan untuk ‘foie gras’, pâtés dan juga sebagai bahan perencah (stuffings) ke dalam ayam panggang. Ia juga adakalanya digunakan dalam penyediaan keju.
Oleh kerana harganya yang mahal, maka minyak truffle digunakan untuk mendapatkan aromanya di dalam masakan. Namun begitu kebanyakan minyak truffle ini tidak mengandungi truffle, sebaliknya hanyalah minyak zaitun yang ditambah perasa tiruan antaranya 2,4-dithiapentane. Selain daripada minyak truffle, truffle vodka juga turut digunakan untuk tujuan masakan selain untuk diminum.
Proses pemburuan truffle juga adalah merupakan proses yang rumit. Kerja-kerja mencari truffle hanya boleh dilakukan oleh haiwan-haiwan yang boleh mengesan fungus tersebut antaranya adalah khinzir. Namun begitu, anjing yang dilatih juga lebih banyak digunakan kerana khinzir akan cuba memakannya apabila menemuinya. Truffle yang ditemui pula perlulah sudah cukup matang, sekiranya ia belum matang, ia perlu ditanam semula dan dituai hanya apabila ia telah cukup matang.
Jadi anda telah mengetahui bahannya iaitu truffle. Namun begitu anda perlu pula mengetahui kaedah penggunaan dan tips-tips pentingnya yang lain. Mungkin itu merupakan perkara yang perlu anda lakukan sekiranya anda ingin mengetahuinya lebih lanjut. Sehingga ke hari ini, truffle masih belum berjaya ditanam secara komersial seperti cendawan/fungus yang lain. Maka, sekiranya anda ingin merasai aroma truffle anda perlu sanggup mengeluarkan belanja yang lebih, atau mungkin anda berpeluang menemuinya pula suatu hari nanti.