Baru-baru ini Facebook mengumumkan VR set Oculus pada harga $599 dan hanya boleh digunakan pada peralatan-peralatan tertentu (PC berkeupayaan) tinggi pada harga sekitar $1,500 pula. Namun itu bukanlah halangan bagi para peminat VR untuk turut serta dalam fenomena ini. Bagaimana dengan kita semua?
Peralatan VR mungkin tidak mampu dimiliki semua, namun teknologi ini masih boleh dinikmati oleh semua golongan mengikut kemampuan masing-masing. Kebaikan teknologi VR adalah kemampuannya memberikan ada pengalaman berada di satu-satu tempat berbanding dengan video 2D biasa. Sekiranya ianya dimanfaatkan dengan baik, maka banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui penggunaan teknologi ini.
Oculus bukanlah satu-satunya peralatan yang boleh memberikan anda pengalaman menggunakan peralatan VR. Samsung, Sony, HTC dan Microsoft juga turut menghasilkan peralatan VR mereka sendiri. Namun tidak ketinggalan Google sebagai syarikat mesra rakyat yang membolehkan orang ramai merasai kelebihan dunia VR tanpa peralatan yang mahal.
Google Cardboard merupakan satu usaha yang cukup baik dalam memberikan pengalaman VR dengan harga yang cukup murah. Malah boleh dihasilkan sendiri oleh setiap individu tanpa menggunakan kos yang tinggi. Hampir semua orang yang mampu menggunakan gunting dan pisau, boleh menghasilkan ‘Google Cardboard’, dengan kos yang amat murah. Ia juga boleh dibeli melalui laman Google Cardboard.
Seperti biasa, fenomena baru akan bermula dengan harga yang amat mahal dan mengalami pelbagai masalah. Bagi yang mampu mungkin boleh mencuba teknologi VR lebih awal bersama-sama dengan Oculus dalam masa terdekat. Bagi yang kurang mampu pula, jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan teknologi ini, kerana ia amat menarik dan anda sentiasa boleh mengikutinya tanpa belanja yang mahal.
'Virtual Reality in a box' - Google Cardboard |
Pelan menghasilkan Google Cardboard. |
Langkah-langkah untuk menghasilkan Google Cardboard. |
Satu hari nanti, teknologi VR akan menjadi sama seperti video yang kita tonton hari ini. Maka pendedahan awal membolehkan anda melibatkan diri dengan lebih aktif – Hasilkan video VR anda sendiri.