Rabu, 10 Februari 2016

YoCam Kamera Kalis Air Terkecil Untuk Aksi Berterusan

Kamera kecil yang mudah digunakan - YoCam.

Sebuah kamera yang sangat kecil dan mudah di bawa ke mana-mana dipanggil YoCam membantu anda membuat rakaman video walaupun dalam pelbagai persekitaran. Ini kerana kamera ini juga merupakan kamera yang kalis air.

Kamera yang mendapat sokongan penuh “backers” melalui laman ‘crowdfunding’ Indiegogo ini masih boleh dipesan dengan harga yang istimewa dari laman tersebut pada harga yang istimewa. Selain saiznya dan penggunaannya yang ‘versatile’, ia juga mempunyai kualiti gambar yang menarik.

Mempunyai saiz 85 x 30 x 21mm / 3.3 x 1.2 x 0.8in dan berat  55g / 1.9oz, dipadankan dengan klip dan mounting, ia boleh digunakan di dalam air sehingga ke dalaman 6 m/ 20 ft. Kualiti gambarnya pula adalah pada resolusi 2.7K /30 fps (1080P/60fps dan 720P/120fps) dengan aperature F2.0, dan kanta 140 darjah. Ia turut didatangkan bersama P2P ‘remote connection’ untuk video ‘live’, penstabilan untuk gambar dan video, HDR, dan beberapa fungsi operasi lagi.


Bersaiz kecil dan juga kalis air.

Pelbagai kaedah penggunaan YoCam.

Selain daripada pelbagai aksesori untuk kegunaan pelbagai keadaan, ia juga boleh digunakan bersama dengan Bluetooth ‘remote control’ untuk memudahkan anda membuat rakaman hampir di mana sahaja pada bila-bila masa. YoCam adalah kamera yang mudah digunakan untuk membantu anda membuat rakaman saat-saat beharga.

Harga pre-order YoCam adalah US$169 melalui laman YoCam Indiegogo, manakala harga pasarannya nanti adalah US$199. Penghantaran tempahan awal adalah dijangka dilakukan bermula April ini.

*maklumat lanjut boleh didapati melalui link tersebut.

Mounting yang digunakan di dalam kereta.

YoCam untuk semua.




Kualiti Gambar Terbaik Menggunakan Phase One’s A-series IQ3 100MP

Kamera berprestasi tinggi Phase One IQ3 100MP

Salah satu model terbaik daripada Phase One A-series iaitu IQ3 100MP dengan design terbaik, dikhususkan keada peminat-peminta photography seni halus (fine art). Kamera dengan keupayaan pixel sehingga 100-megapixel ini adalah juga merupakan sebuah kamera “full frame” dengan harga US$56,000.

A-series IQ3 100MP dari Phase One ini sememangnya dikhususkan untuk menghasilkan gambar yang baik bukan hanya mempunyai jumlah MP yang besar semata. Mepunyai sensor yang berukuran 2.5 kali ganda lebih besar daripada kamera DSLR 35-mm “full frame” biasa. Ia juga mempunyai ciri-ciri lain antaranya adalah julat ISO dari 50 hingga 12,800, 15 F-stops dynamic range dan juga full 16-bit color. Masa bukaan juga adalah dari 1/500 saat sehingga 60 minit – iaitu ciri-ciri yang jauh berbeza daripada kamera DSLR yang biasa kita gunakan.





Kamera ini mempunyai ciri-ciri penggunaan dan binaan yang sangat kemas, ringkas dan praktikal. Terdapat beberapa bahagian yang diberikan kemasan menggunakan ‘rosewood’ yang menonjolkan lagi ketelitian pembuatannya. Ia adalah gabungan ketepatan gabungan fungsi mekanikal, analog dan juga integrasi bersama dengan paltform ALPA. Walaupun ianya padat dengan ciri-ciri yang mengagumkan ini, ia masih boleh dikatakan agak ringan dan hanya seberat 1,900 g (67 oz.).

Kamera ini juga boleh dipadankan bersama-sama dengan peralatan iOS menggunakan ‘Capture Pilot’ dan memberikan anda kawalan ‘Live View’ menggunakan Wi-FI. Terdapat aksesori yang membolehkan peralatan tambahan digunakan bersama-sama dengan kamera ini.


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknologi pengambaran digital professional, maka peralatan seperti ini perlu anda ketahui serba sedikit. Mungkin anda masih belum mampu memilikinya sendiri, namun sedikit sebanyak anda mengetahui apa yang membezakan kualiti sesuatu gambar yang dihasilkan.






Free Download



Selasa, 9 Februari 2016

Bateri Telefon Menggunakan Fuel Cell Tahan Untuk Seminggu

Telefon bimbit mungkin hanya perlu dicas sekali dalam seminggu.

Adakalanya kita pasti berasa agak cemas apabila kuasa di dalam bateri telefon semakin berkurangan. Keadaan ini lebih mencemaskan apabila anda berada di kawasan yang asing dan mencari sumber tenaga untuk mengecas bateri adalah sukar.

Pelbagai pengubahbaikan dijalankan kepada teknologi telefondalam memastikan kausa baterinya dapat bertahan lama. Walaupun bateri telefon hari ini mampu bertahan lebih lama, teknologi terbaru ini mungkin membolehkan telefon anda hanya di cas untuk tempoh seminggu sekali sahaja. Bagaimana ia boleh dilakukan?

Sebuah syarikat tenaga dari Britain iaitu Intelligent Energy merupakan pengeluar ‘hydrogen fuel cell’ untuk kegunaan kenderaan dan industri kini mengalihkan perhatian kepada peralatan elektronik pula termasuk telefon bimbit. Malah ianya telah diuji ke atas peralatan seperti iPhone dan Macbook Air. Apa yang menarik, penggunaan teknik ini tidak memerlukan perubahan fizikal (dari segi saiz) peralatan tersebut, hanya memerlukan saluran untuk membolehkan wap air keluar.


Telefon yang menggunakan batery 'fuel cell'.

Tindakbalas kimia di dalam 'fuel cell'.

Penggunaan ‘hydrogen fuel cell’ sebelum ini hanya digunakan untuk generator dan kenderaan bagi menghasilkan tenaga elektrik disamping mengurangkan pencemaran udara. Proses tindakbalas hidrogen bergabung dengan oksigen (melalui ‘proton exchange membrane’) bagi membentuk air menghasilkan arus elektrik dan juga sedikit haba.

Fuel Cell telah mula digunakan untuk kenderaan oleh beberapa syarikat terkemuka sejak beberapa tahun dulu lagi seperti Honda FCX (2007) dan juga Ford Airstream (2007). Ia kemudiannya digunakan hampir untuk kesemua jenis kenderaan sebagai termasuk bas, lori dan juga kapal terbang. Teknologi ini dikatakan akan terus dimajukan kerana ia tidak mencemarkan seperti penggunaan bahanapi fosil ataupun bateri sel kering biasa.


Toyota Mirai - kereta yang menggunakan 'hydrogen fuel cell' komersil pertama.

Jadi, sekiranya ia boleh digunakan  pada telefon bimbit dan gadget-gadget lain, ia bukan sahaja dapat memanjangkan tempoh mengecas batery, malah ia juga akan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Ini juga diharap dapat menarik minat anda untuk mengetahui mengenai ‘hydrogen fuel cell’ dengan lebih lanjut.



Free Download



Kapal Terbang Kargo Supersonic Russia

Kapal terbang kargo berkelajuan 'supersonic'.

Anda mungkin pernah mendengar bahawa kapal terbang kargo sebelum ini iaitu Antonov An-225 adalah buatan Russia dengan keupayaan membawa muatan sehingga 250 tan. Maka sekiranya Russia sekali lagi merancang membina kapal terbang kargo, ia merupakan satu kemungkinan yang besar namun kali ini ia turut mempunyai keupayaan ‘supersonic’.

Pesawat Kargo PAK TA (Perspective Airborne Complex of Transport Aviation) dikatakan mampu terbang pada kelajuan sehingga 2,000km/h (1,243 mph), dengan muatan 181 tan dengan jarak sehingga 7,000 km (4,350 mi.). Program pembinaan pesawat adalah untuk membina sejumlah 80 pesawat baru menjelang 2024, untuk membolehkan tentera Russia keupayaan menghantar 400 kerata kebal Armata atau 900 kenderaan kenderaan perisai ke medan pertempuran dengan lebih pantas.

PAK TA mempunyai rekabentuk yang lebih 'aerodynamic'.

Ruang masuk kargo untuk membawa muatan yang lebih besar.

Belum ada kepastian mengenai bilakah kapal terbang ini akan siap di bina namun kemungkinan ia bukanlah dibina untuk kegunaan Russia sahaja  bahkan kemungkinan juga untuk negara-negara lain. Pembinaan Antonov An-225 membuktikan pesawat seumpamanya pernah di bina. Namun hanya sebuah yang sempat disiapkan dan sebuah lagi masih terbengkalai sehingga ke hari ini.


Sekiranya ianya mampu dibina, mungkin ia juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain selain daripada kententeraan. Apa yang penting teknologi penerbangan ‘supersonic’ dengan keupayaan kargo, itu adalah sesuatu yang istimewa.








Free Download



Generator Hydro Mudah Alih Muat di Dalam Beg

Penjana tenaga 'Hydro' mudah alih yang praktikal.

Satu lagi rekaan unik yang kreatif adalah ‘Generator hydro’ mudah alih untuk kegunaan peribadi samada ketika berkelah mahupun bagi yang tinggal jauh dari punca bekalan elektrik. Walaupun kita hari ini mendapat punca bekalan elektrik dengan mudah, sebenarnya di luar sana masih terdapat sekitar 1.6 billion penduduk dunia yang masih tidak mendapat bekalan elektrik.

Selain mendapatkan punca tenaga, apa yang lebih penting sebenarnya adalah faktor keselamatan kepada pengguna mahupun alam sekitar. Penggunaan bateri sebenarnya menggunakan bahan kimia yang boleh mengakibatkan pencemaran, keracunan dan juga kesan-kesan negatif lain kepada manusia dan alam sekitar. Walaupun punca tenaga ini tidak dapat memberikan jumlah tenaga yang besar, namun ia mampu membantu dalam membekalkan tenaga untuk keperluan penting seperti peralatan komunikasi (telefon/radio) dan keselamatan (lampu isyarat keselamatan).


Rekabentuk yang menarik.

Unit 'turbine' yang diletakkan di dalam air.

Penghasilan Blue Freedom misalnya antara satu lagi rekaan kreatif bagi membolehkan para penggemar aktiviti lasak dan mereka yang tinggal jauh dari punca kuasa untuk menjana kuasa elektrik mereka sendiri menggunakan kuasa air (sungai-sungai kecil, laluan air dan parit). Saiznya yang kecil (20 centimeter) dan berat hanyalah 400 gram membolehkan ia di bawa kemana-mana dengan mudah di dalam ‘backpack’ mereka, selain tidak memerlukan sungai berarus deras untuk berfungsi.

Menggunakan kuasa daripada air yang mengalir, tenaga elektrik dapat dihasilkan pada waktu malam dan siang selagi Blue Freedom di letakkan di dalam arus air yang mengalir. Waktu penjanaan sejam oleh Blue Freedom dapat mengecas bateri telefon bimbit untuk tempoh 10 jam. Pengguna mungkin memiliki peralatan lain seperti kamera, peralatan navigasi, radio, tablet dan seabgainya.


Blue Freedom amat mudah digunakan.

Turbine dilepaskan tanpa anda perlu turun ke dalam air.

Peralatan inovatif kali ini adalah hasil kreativiti oleh Fürth, Germany. Peralatan ini bertujuan membantu para pengembara ataupun mereka yang melawati ke kawasan yang mengalami krisis tenaga selepas bencana.


Paparan kali ini adalah untuk membuka mata bagi para pereka peralatan enovatif untuk terus menyumbangkan idea-idea kreatif bagi kegunaan ramai dalam memberikan kemudahan kepada orang ramai di saat-saat memerlukan.






Free Download



Arkib Blog