|
Hydra hidupan yang akan terus hidup tanpa kesan penuaan. |
Rahsia keremajaan merupakan impian manusia sejak dahulu lagi baik lelaki mahupun peremuan. Dalam mencapai tujuan ini palbagai kaedah yang dilakukan termasuklah dengan penggunaan pelbagai petua, barangan kosmetik, amalan pemakanan, senaman dan juga pembedahan kosmetik. Usaha mencari jawapan untuk kekal muda dan sihat selamanya sentiasa menjadi buruan tanpa henti manusia.
Setakat ini jawapan sebenar masih belum ditemui tetapi beberapa kajian hampir menunjukkan beberapa hidupan mungkin boleh memberikan panduan mengenai rahsia tentang bagaimana untuk mengekalkan keremajaan semulajadi mereka. Daripada kajian ini, ia boleh memberikan manusia panduan bagaimana keremajaan tersebut boleh dikekalkan. Antara lain tujuan mengekalkan keremajaan adalah untuk memastikan tahap kesihatan yang lebih baik selain hanya mengekalkan rupa dan fizikal seseorang.
Manusia sejak dahulu lagi mengkaji alam sekeliling untuk mempelajari teknik-teknik ini dengan melihat jangka hayat hidupan yang mampu hidup paling lama antaranya termasuklah;
Rougheye rockfish (Sebastes aleutianus) – 205 tahun
Olm (Proteus anguinus) – 102 tahun
Painted turtle (Chrysemys picta) – 61 tahun
Blanding's turtle (Emydoidea blandingii) – 77 tahun
Eastern box turtle (Terrapene carolina) – 138 tahun
Red sea urchin (Strongylocentrotus franciscanus) – 200 tahun
Ocean quahog clam (Arctica islandica) – 507 tahun
Great Basin bristlecone pine (Pinus longaeva) – 4,713 tahun (tumbuhan)
Namun dengan kaedah saintifik moden, pemahaman mengenai keremajaan ini, bukanlah semata-mata berdasarkan jangka hayat sahaja kerana kesan penuaan tetap berlaku kepada hidupan yang mempunyai umur yang panjang. Kesan keremajaan ini dapat dikekalkan apabila sesuatu hidupan dapat mengekalkan kadar pertumbuhan sel yang sama di sepanjang hayatnya. Ini kerana sel-sel tidak akan mampu membahagi setelah mencapai tahap yang dikenali sebagai “Hayflick limit”, disebabkan kerosakan pada struktur DNA atau pemendekan “telomeres”. Jadi kajian terbaru menumpukan kepada beberapa hidupan yang dijangkakan berpotensi.
Tardigrades
|
Dari segi ketahanan, tiada yang menandingi tardigrades. |
Tardigrades atau “water bears” telah diketahui sebagai hidupan yang paling tahan dengan pelbagai keadaan yang extreme seperti suhu, radiasi, tekanan, kekeringan malah keadaan vakum di angkasa. Hidupan ini mampu berada dalam keadaan pasif (Cryptobiosis) sehingga menunggu keadaan kembali sesuai untuk ia kembali aktif.
Namun begitu untuk membantunya hidup lama tardigrades perlu berada dalam keadaan “cryptobiotic”. Jangka hayat hidupan ini adalah kurang setahun sekiranya ia tidak berada dalam keadaan tersebut. Jangka hayat biasa tardigrades yang dapat menukar keadaan antara aktif dan “cryptobiotic” adalah sehingga 60 tahun – namun kebiasaannya adalah 10 tahun. Bagi rekod yang diketahui adalah specimen yang disimpan di muzium selama 120 tahun dalam keadaan kering dan mengandungi tardigrades; apabila dilembabkan, sebahagian daripada tardigrades ini kembali hidup semula, namun kemudiannya mati beberapa minit kemudian.
Bakteria dan Yis
|
Yeast boleh membiak secara symmetrik dan menghasilkan sel yang baru. |
Proses pembahagian sel akan menjadi semakin berkurangan bagi hidupan unisel (bakteria dan yis). Perkara ini berlaku kepada bakteria dan yis yang membahagi secara asimmetrik (asymmetrically), namun sebaliknya bagi bakteria dan yis yang membahagi secara simmetrik (symmetrically) pula akan kekal dalam keadaan yang sama dalam persekitaran yang ideal. Pembahagian sel secara ‘symmetrically’ ini akan menghasilkan dua sel baharu yang mengembalikan semula ia kepada keadaan asalnya. Bagi pembahagian secara ‘asymmetrically’ pula, satu sel baru terbentuk daripada tunas dari sel asal dan sel akan menua dan mengakibatkan ia mati.
Hydra
|
Hydra akan terus menghasilkan sel-sel baru dan kekal dalam keadaan yang sama. |
Hydra merupakan bahan kajian yang paling penting dalam subjek ini. Ini kerana hydra mempunyai sel-sel yang sentiasa membahagi dan tidak mengalami penuaan sel (senescence) yang menepati ciri-ciri keremajaan yang dimaksudkan. Hydra mengambil masa antara 5 – 10 hari untuk mencapai usia kematangannya, namun dalam kajian yang dijalankan selama 4 tahun, hydra tidak menunjukkan kesan-kesan penuaan.
Kajian susulan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat oleh Daniel MartÃnez, seorang biologist di Panama College untuk tempoh yang lebih lama iaitu 8 tahun. Kali ini kajian bukan sahaja dilakukan untuk tempoh yang lebih lama, malah dalam jumlah yang lebih banyak iaitu 2,256 hydra. Walaupun terdapat hydra yang mati, namun ia tidak menunjukkan kesan-kesan penuaan. Kadar kematian ini pula adalah kecil iaitu setiap satu daripada 167 hydra bagi setahun. Kematian ini adalah berpunca daripada persekitaran dan bukan disebabkan kesan fisiologi hydra tersbut.
Sehubungan itu hidupan ini memberikan bukti yang kukuh mengenai kebolehannya mengekalkan ciri-ciri keremajaan untuk rahsia hidup yang kekal dalam keadaan yang sesuai.
Obor-obor (jellyfish)
|
Turritopsis dohrnii, mempunyai kitar hidup unik. |
Sejenis obor-obor yang dikenali sebagai Turritopsis dohrnii, yang hanya berukuran 5 mm (0.2 in) yang menggunakan kaedah transdifferentiation untuk mengembalikan ia semula ke keadaan asalnya. Keadaan ini akan terus berulang bagi obor-obor ini dan menjadikan ia kekal hidup selamanya. Hidupan yang berasal dari Caribbean ini kini tersebar ke bahagian-bahagian lain di dunia.
Lobster
|
Lobster, mempunyai kelebihan unik. |
Lobster juga dikatakan mempunyai kadar regenerasi yang kekal di sepanjang hayatnya dan lobster menjadi semakin subur mengikut usia. Namun ini tidak cukup untuk menjadikan lobster sebagai hidupan yang kekal dalam erti kata biologi dan lobster juga mempunyai jangka hayat tertentu.
Namun lobster mempunyai kelebihan dengan ‘telomerase’ iaitu enzim yang memperbaiki struktur DNA di hujung kromosom. Telomerase adalah perkara biasa bagi hidupan ‘vertabrate’ di peringkat embrio namun ia hilang apabila mencapai usia dewasa. Bagi lobster pula ‘telomerase’ ini terus kekal di sepanjang usianya. Pusingan hidup haiwan istimewa ini memerlukan ia untuk terus melakukan pertukaran kulit (moulting) dan lobster dewasa dikatakan akan berhenti untuk menukar kulitnya – kerana ia satu proses yang memerlukan banyak tenaga. Tanpa proses penukaran kulit ini, kulit lamanya akan menjadi rosak, dijangkiti, mengelupas dan boleh mengakibatkan ia mati. Antara spesis lobster iaitu ‘European lobster’ dikatakan mempunyai umur di antara 31 tahun bagi jantan dan 54 tahun bagi lobster betina.
Planarian flatworms
|
Polycelis felina - dari jenis planarian flatworms. |
Terdapat dua jenis ‘Planarian faltworms’ iaitu yang membiak secara seks dan juga aseks. Kajian ke atas genus ‘Schmidtea mediterranea’, mencadangakan spesis hidupan ini mampu memperbaiki semula bahagian-bahagiannya yang rosak. Manakala dari spesis yang membiak secara aseks pula didapati menunjukkan kadar telomerase yang berterusan untuk membantu perkembangan stem sell pada usia dewasa. Sebenarnya kedua-dua spesis ini menunjukkan kesan penuaan dengan kadar pengurangan telomerase. Sehubungan itu kadar usia pada spesis yang membiak secara seks boleh menjangkau sehingga 3 tahun, sebaliknya bagi spesis yang membiak secara aseks pula mampu mencapai usia sehingga 15 tahun.
Bagi kesemua spesis hidupan di atas, hydra merupakan satu-satunya hidupan yang dikatakan mempunyai ciri-ciri ‘immortal’ seperti yang diinginkan. Ia dikatakan akan terus hidup selagi mempunyai persekitaran yang sesuai tanpa mengalami penuaan (penurunan kadar regenerasi). Penemuan ini bagaimanapun perlu mencari bagaimana ianya boleh dipindahkan kepada hidupan lain, tentunya manusia.
Jadi begitulah bagaimana manusia mempelajari dan mendapat kebaikan daripada pemerhatian alam sekeliling. Adakalanya penemuan tersebut ditemui daripada hidupan yang amat kecil yang mungkin sukar untuk dikesan tanpa pengamatan yang teliti. Walaupun manusia tidak semestinya boleh hidup selamanya, adalah penting bagi mengekalkan kesihatan dan kesan penuaan dapat dielakkan. Semoga berjaya.