Sebuah kawasan percutian tanah tinggi dikelilingi dengan kehijauan kebun teh. Hotel ini menyediakan kemudahan penginapan yang penuh ekslusif untuk anda merehatkan minda dan juga menikmati suasana nyaman alam sekeliling. 98 Acres Resort and Spa merupakan antara hotel yang tersenarai sebagai calon World Luxury Hotel Award 2015 dan juga pemenang anugerah Tripadvisor Traveler’s Choice 2014 dan calon bagi 2015 kategori Romance | Luxury.
Terletak di Daerah Ella, 98 Acres Resort and Spa, berjarak kira-kira 180 km daripada Bandar Comlombo, Sri Lanka (4.30 jam memandu). Berada jauh dari kawasan bandar, and juga berpeluang mengenali dengan lebih dekat keadaan di pendalaman Sri Lanka yang kaya dengan keunikan budaya. Manakala pekan berhampirannya adalah Bandarawella (20 minit) mengikuti laluan yang sama dari Wellawaya.
Kemudahan penginapan di sini terdiri daripada 12 bilik penginapan mewah (6 deluxe dan 6 standard) yang menyediakan anda lebih sekadar dari sebuah bilik biasa kerana ia turut dilengkapi dengan balcony yang luas menghala ke arah lembah Ella yang saujana memandang ke arah Gunung Puncak Adam. Anda juga berpeluang menyaksikan keindahan pemandangan matahari terbit dari balcony anda sendiri (atau mungkin dari tempat tidur sahaja).
Ruang bilik dan kamar mandi untuk kedua-dua jenis bilik dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang terpilih. Lantainya diperbuat daripada kayu landasan keretapi yang digilap. Manakala kamar mandi pula berdindingkan pecahan batu-batu yang mempunyai tekstur yang amat menarik.
Anda boleh menikmati makan malam di Café 98 restaurant yang terletak di atas puncak bukit yang memberikan anda pandangan luas lembah Ella disekelilingnya. Anda boleh memilih untuk menikmati makanan anda di bawah bumbung atau di kawasan terbuka untuk menikmati pandangan langit malam dipenuhi bintang. Suasana makan malam anda di atas puncak bukit ini sudah tentu menyamankan dengan tiupan angin dingin tanah tinggi.
Kolam mandi juga berada di atas bukit, turut menyediakan kolam mandi kanak-kanak. Suasana berehat di persekitaran kolam renang ini tentulah berbeza sekali dengan pemandangan kebun teh disekelilingnya. Anda mungkin dapat melihat para pekerja yang sedang memetik daun teh dari sini.
Suasana makan malam yang unik. |
Persekitaran yang cantik dari puncak bukit. |
Nyaman dan selesa. |
Pemandangan tak dapat dilupakan. |
Selain menyediakan tempahan penuh, sekiranya perlu – dengan kapasiti menempatkan kemudahan bagi 75 orang dalam satu-satu masa. Ia juga menawarkan pakej untuk melawat ke kawasan persekitaran mengikut tempahan. Jadi anda tidak perlu risau tentang lawatan ke tempat-tempat sekitarnya sekiranya perlu yang terdiri daripada lokasi bersejarah seperti Kataragama, Mahiyangana, Nuwaraeliya, Haputale, dan air terjun seperti Rawana falls, Diyaluma falls, Dunhinda falls & Babarakande falls.
Sri Lanka merupakan destinasi pelancongan yang unik penuh dengan mitos, sejarah dan keunikan alam semulajadi. Sekiranya anda mempunyai perangan untuk melawat ke sini, pastikan and tidak melepaskan peluang untuk menginap di 98 Acres Resort and Spa bagi menyerikan lagi percutian anda.
Link-link berkaitan:
- Destinasi - Fairy Chimney Hotel, Turkey
- Destinasi - Hotel Kakslauttanen, Finland
- Destinasi – Hotel Terapung di Zanzibar, Tanzania
- Destinasi – Amsterdam Zaandam Inntel Hotel, Netherlands