Ruppell vulture terbang di udara. |
Seperti yang terkandung di dalam artikel yang lepas corak penerbangan burung adalah berbeza-beza antara satu spesis dengan spesis yang lain. Banyak faktor yang mempengaruhi corak penerbangan ini termasuklah keupayaan fizikal burung-burung itu sendiri. Jadi untuk kali ini kita akan melihat burung yang mampu terbang terpaling tinggi di udara pula.
Rüppell's vulture atau Rüppell's griffon vulture (Gyps rueppellii) adalah jenis vulture bersaiz besar yang boleh di dapati di kawasan Sahel di Afrika Tengah. Mempunyai populasi sekitar 30,000 ekor dan semakin menurun akibat aktiviti manusia yang mengakibatkan burung ini turut terancam. Namanya diberikan bersempena seorang pengembara, pengumpul dan juga zoologist German iaitu Eduard Rüppell. Kemampuan burung ini untuk terbang setinggi 11,300 m (37,000 ft.) dari aras laut merupakan penerbangan paling tinggi dilakukan oleh burung.
Ketinggian biasa penerbangan Rüppell's vulture adalah sekitar 6,000 meter (20,000 ft.). Pada ketinggian ini kekurangan Oksigen boleh menyebabkan haiwan lain dan manusia sendiri jatuh pengsan dan membawa maut. Bagi burung istimewa ini darahnya mengandungi hemoglobin yang berbeza dikenali sebagai sub-unit alphaD yang membolehkan Oksigen diserap pada tekanan rendah pada altitude tinggi troposphere.
Burung ini pernah disahkan termasuk ke alam enjin jet pesawat yang terbang melepasti Abidjan, Côte d'Ivoire pada 29 November, 1973 pada ketinggian 11,300 m (37,00 ft.) Pelanggaran seperti ini sudah tentu membawa maut kepada burung dan ia berpotensi menyebabkan kerosakan teruk kepada pesawat juga.
Ruppell vulture, di San Diego Zoo. |
Selain itu burung Rüppell's vulture turut tersenarai sebagai "near threatened" oleh the International Union for Conservation of Nature pda tahun 2007. Senarai ini tidak kekal lama dan ia semakin meruncing apabila senarai tersebut berubah kepada status “Endangered” menjelang 2012. Sekiranya tiada usaha untuk membantu burung ini, populasinya mungkin akan pupus dalam masa beberapa tahun lagi.