|
Sagrada FamÃlia, pembinaannya diteruskan sehingga tahun 2026. |
Sebuah senibina yang menakjubkan mula didirikan pada tahun 1882 (lebih dari 100 tahun dahulu) di dimana proses pembinaannya masih diteruskan dan dikatakan hanya akan disiapkan pada tahun 2026 nanti. Bangunan yang direka oleh seorang pereka tersohor ini iaitu Antoni Gaudi merupakan antara beberapa bangunan dengan rekabentuk yang berbeza daripada rekabentuk bangunan-bangunan biasa. Ia merupakan satu daripada tujuh bangunan rekaannya yang dinobatkan sebagai bangunan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Antoni Gaudi i Cornet nama penuh Antoni Gaudi (dilahirkan pada 25 Jun 1852 – 10 Jun 1926) merupakan seorang arkitek Spanish Catalan yang berasal dari Reus. Menghasilkan rekaan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri di mana kebanyakan bangunan rekaan beliau didirikan di Bandar Barcelona dan ini termasuklah rekaan teragung beliau iaitu Sagrada Familia.
|
Proses pembinaan terus dijalankan. |
Rekaan beliau dipengaruhi dengan corak hidupnya yang mendalam terhadap; senireka, alam semulajadi dan keagamaan. Malah setiap rekaannya menitik beratkan setiap penggunaan bahan-bahan sehingga kepada perincian halus penggunaan ‘stained glass’, besi keluli, dan juga kerja-kerja kayu. Beliau juga menitik beratkan penggunaan bahan yang dikenali sebagai ‘trencadÃs’, iaitu penggunaan bahan terbuang seperti kepingan ‘ceramics’. Dimana penggunaan bahan-bahan seperti ini dapat dilihat dengan jelas pada binaan seperti Casa Milà dan juga Casa Batlló.
Sagrada FamÃlia berbeza dengan bangunan-bangunan lain rekaannya dari segi saiz dan juga rekaan. Pada rekaan Sagrada FamÃlia, Antoni Gaudi menampilkan segala luahan yang ingin dilahirkannya pada bangunan tersebut. Walaupun beliau sendiri tidak mensasarkan binaan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat, ia akhirnya memakan masa sehingga ratusan tahun untuk disiapkan setelah mengalami pelbagai fasa masa termasuk perang saudara di Sepanyol (Spanish Civil War).
|
Tiang-tiang seperti pokok yang menyokong bumbungnya. |
|
Rekaan 'facade' dipenuhi dengan ukiran halus. |
Antara lain yang menyebabkan bangunan ini dibina dengan perlahan adalah kerana ia dibangunkan dengan dana sepenuhnya daripada sumbangan orang ramai. Perang menyebabkan kerja-kerja pembinan terhenti. Malah terdapat beberapa insiden yang menyebabkan bangunan mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki semula. Kerja-kerja penyambungan semula hanya dilakukan pada tahun 1950-an. Sehingga tahun 2010 apabila ia mencapai kepada tahap-tahap mencabar pada rekaan tersebut.
Secara keseluruhan bangunan ini penuh dengan mesej yang berkait dengan Agama Kristian, dimana beliau sendiri merupakan seorang pereka yang kuat dipengaruhi dengan senibina ini. Keseluruhan binaan pada Sagrada FamÃlia banyak terselit unsur-unsur keagamaan dari segi struktur binaan, mahupun pada ukiran-ukiran yang terdapat padanya. Bukan itu sahaja, binaan struktur yang berbeza seperti ruangan dalam bangunan memperlihatkan pendekatan yang lebih unik digunakan oleh Antoni Gaudi.
|
Antara pemandangan dalaman bangunan. |
Kemajuan dalam teknik pembinaan seperti penggunaan komputer (computer-aided design) adalah antara faktor yang membantu untuk mempercepatkan lagi proses pembinaan pada bangunan unik ini. Selain itu juga penggunaan peralatan-peralatan moden lain (‘CNC milling’ misalnya) juga turut membantu berbanding dengan teknik ukiran tangan manusia.
Kerja-kerja pembinaan bangunan ini akan diteruskan sehingga tempoh jangkaan siapnya iaitu 2026 nanti. Namun begitu ia terus menjadi antara lokasi lawatan popular di Barcelona yang turut menjadi sumber pembiayaan pembangunanya yang pada tahun 2009 perbelanjaan diperlukan beranggaran €18 juta. Namun begitu ia terus berhadapan dengan ancaman lain seperti pembinaan keretapi laju AVE iaitu keretapi bawah tanah yang dibimbangi akan melemahkan struktur bangunan ini. Walaupun tiada keroskan dilaporkan disepanjang pembinaannya namun pergerakan keretapi di bawahnya ini mungkin memberi kesan jangka panjang.
|
Pemandangan bangunan pada waktu malam. |
Terlalu banyak perkara yang menarik mengenai bangunan Sagrada FamÃlia sebagai hasil rekaan senibina penuh bersejarah, budaya dan keagamaan. Ini kerana ia menampilkan ciri-ciri kepercayaan pereka dimana pada masa yang sama mengingatkan kita, bahawa kita mempunyai kepercayaan masing-masing. Maka untuk mengenali Sagrada FamÃlia dengan lebih dekat, anda perlulah membuat kajian sendiri dan melawatinya sekiranya berkesempatan.