Coconut octopus menggunakan tempurung kelapa sebagai pelindung.
Coconut octopus (Amphioctopus marginatus) juga tergolong di dalam kumpulan cephalopod (dari jenis sotong). Menadapat jolokan namanya daripada perilakunya yang unik dengan tempurung kelapa. Mendiami perairan tropika di bahagian barat Lautan Pasifik termasuk Sulawesi dan Bali. Sotong ini menjadikan udang, ketam dan juga kerang sebagai makanannya.
Pemerhatian kita terhadap haiwan ini adalah kebolehannya menggunakan tempurung kelapa sebagai alat memberikan perlindungan kepadanya. Tempurung kelapa akan dijadikan penutup dan ia akan berada di dalamnya – dengan menggulingkan tempurung kelapa tersebut seperti roda.
Perlakuan sotong ini kali pertama direkodkan oleh pengkaji dari University of California, Berkeley yang diterbitkan dalam artikel Science di mana A. Marginatus dilaporkan seperti berjalan dengan dua kaki. Terdapat hanya dua octopus yang diketahui melakukan perlilaku seperti ini dimana satu lagi adalah Abdopus aculeatus. Menurut artikel itu juga perilaku ini dijumpai di perairan Sulawesi, Indonesia - kerana di perairan ini tempurung kelapa lebih mudah untuk didapati oleh sotong-sotong ini.
Coconut octopus spesis unik yang menggunakan peralatan.
Menggunakan cengkerang siput sebagai tempat berlindung.
Tempurung kelapa merupakan pilihan terbaik.
Kulit kerang juga antara pilihan coconut octopus.
Menurut pengkaji dari Museum Melbourne di Australia sotong ini menggunakan peralatan untuk tujuan perlindungan atau persembunyian. Beliau juga turut merakamkan aksi sotong ini mengutip dan menggunakan tempurung kelapa yang didapati daripada lantai laut dan dijadikan sebagai alat perlindungannya.
Apa yang unik di sini adalah kemampuan haiwan kecil ini menggunakan peralatan untuk memenuhi keperluannya dalam melindungi diri dan berburu. Ini kerana bukan tempurung kelapa sahaja yang digunakan, malah kulit kerangan juga turut digunakan. Sekiranya haiwan sekecil ini mampu berfikir dengan kreatif untuk menyelesaikan masalahnya, maka kita juga patut memikirkan sesuatu dalam situasi yang sama. Fikir-fikirkan.
Pembelajaran secara online boleh diikuti dengan lebih mudah.
MOOC singkatan kepada ‘massive open online course’, merupakan kursus-kursus yang disediakan melalui web. Mula diperkenalkan pada tahun 2008 dan mendapat sambutan menjelang 2012 sehingga kini terdapat ribuan kursus yang disediakan oleh universiti-universiti terkemuka mahupun orang persendirian bagi membantu sesiapa sahaja untuk menambahkan ilmu di dalam bidang yang diminati.
Melalui MOOC ini maka lebih mudah bagi kebanyakan individu yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di dalam bidang tertentu mendapat kemudahan untuk mengikuti kursus-kursus yang disediakan yang kebanyakannya secara percuma. Walaupun ia tidak memberikan anda segulung ijazah, namun ilmu yang ditimba melalui kursus-kursus ini tidak kurang hebatnya dengan mengikuti kursus-kursus di dalam kelas. Malah ada di antaranya yang memerlukan anda menghasilkan tugasan yang sama dan mengambil peperiksaan untuk penilaian.
Selain itu juga melalui MOOC anda dapat mengikuti kursus dengan lebih menjurus kepada bidang yang berkaitan dengan minat anda tanpa perlu mencampur adukkan dengan subjek-subjek lain seperti mengikuti program yang dijalankan oleh sesebuah universiti. Ini dapat menjimatkan masa malah membolehkan anda memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran tersebut. Manakala dengan bahan-bahan yang disediakan melalui internet – anda boleh mengikutinya pada bila-bila masa 24 jam sehari.
Berikut adalah beberapa kelebihan yang disediakan melalui MOOC;
Bertepatan dengan sebarang tetapan yang mempunyai sambungan ke internet (web atau Wi-Fi)
Disediakan dalam pelbagai bahasa (Kebanyakannya Bahasa Inggeris)
Sebarang kaedah secara online
Mejangkau zon waktu mahupun batasan sempadan
Penyediaan dan penyampaian dalam masa yang lebih singkat
Bahan berkaitan boleh dikongsi secara bersama
Lebih informal
Hubugan dengan rakan lain dengan mudah
Mudah mengelakkan kekangan batasan sesebuah institusi (peraturan)
Tidak menghadkan pelbagai pra-syarat untuk mengikuti kursus yang diminati
Mempertingkatkan suasana pembelajaran dengan penyediaan ruang perbincangan
Menyediakan ruang untuk pembelajaran berterusan
Sebahagian institusi penyumbang isi pembelajaran.
Bagi mengiktuti kursus-kursus MOOC ini anda bolehlah mendaftarkan diri di beberapa laman web yang disediakan khas untuk proses pendaftaran. Walaupun ada diantaranya yang mengenakan bayaran (untuk tujuan persijilan dan sebagainya), anda boleh membuat pilihan sendiri mengikut keperluan anda. Kebanyakan kursus ini turut disediakan oleh universiti terkemuka dan mempunyai bahan kursus yang amat berkualiti. Jadi amatlah sayang sekiranya anda tidak menggunakan peluang ini dengan baik – kerana tidak mustahil ia akan mengenakan bayaran untuk masa-masa akan datang.
Antara penyedia kursus-kursus MOOC adalah seperti berikut;
Penyedia
Komersil (Keuntungan)
Akses Percuma
Bayaran Pensijilan
Kredit Institusi
Petrolessons
Ya
Tidak
Ya
Sebahagian
EdX
Tidak
Ya
Ya
Tidak
Cousera
Ya
Ya
Ya
Sebahagian
Udacity
Ya
Tidak
Ya
Sebahagian
Udemy
Ya
Sebahagian
Ya
Sebahagian
P2PU
Tidak
Ya
Tidak
Tidak
Malah untuk sekadar menambahkan kemahiran di dalam sesuatu perkara sahaja anda boleh mengikuti pelbagai bahan yang disediakan secara percuma dari iTunesU, Khan Academy, Open Culture, Academic Earth, Open Access Journals, Open Education Consortium, Codecedemy dan banyak lagi. Anda boleh mengikuti senarai ini di sini.
Kursus-kursus yang disediakan secara online ini bukanlah ala kadar seperti kursus yang biasa anda hadiri. Malah banyak diantaranya dihasilkan dengan teliti oleh badan-badan pendidikan professional seperti HarvardX, MIT, Berkeley, Boston University, TU Delft, Cornell University dan banyak lagi. Malah universiti-universiti tempatan juga sudah mula menyediakan kursus dalam bentuk ini di OpenLearning.
Secara ringkas dan padat mengenai MOOC.
Berbanding daripada anda menghabiskan masa untuk menunggu peluang mendapat tawaran belajar di universiti yang memerlukan belanja puluhan, hingga ratusan ribu ringgit tanpa sebarang jaminan anda akan mampu membayar semula pinjaman pelajaran PTPTN anda – yang akhirnya akan membebankan diri anda sendiri. Apa yang anda perlukan sebenarnya adalah pengetahuan dan usaha untuk menampilkan kemahiran dalam bidang yang anda ceburi.
Janganlah menghabiskan masa anda menuding jari kepada orang lain. Mulakanlah dengan mengambil tindakan untuk memperbaiki kemahiran anda dan menggunakannya sebaik mungkin. Akhir sekali, jangan lupa kongsi-kongsikan berita baik ini kepada semua.
Bangunan tertinggi masih menjadi tarikan bandar-bandar pesat di serata dunia. Selain daripada menjadi sebagai ikon kepada pembangunan persekitaran ia sendiri menjadi tarikan para pelabur dan pelawat untuk terus membanjiri kawasan ini. Berikutan kepesatan pembangunan yang semakin rancak, maka semakin banyak pula bangunan-bangunan pencakar langit ini dibina.
Perkara yang menarik bagi bangunan-bangunan ini selain daripada ketinggiannya adalah rekabentuk, fungsi, lokasi, dan pembinaannya yang memerlukan kepakaran yang juga luar biasa. Walaupun sebenarnya mendiami menara-menara tinggi ini agak menyusahkan – kerana memerlukan masa yang lama untuk sampai ke puncak menara (walaupun menggunakan lift) menjadikan ianya kurang efektif dari segi penggunaan masa. Selain itu juga kos penhyelengaraan juga jauh lebih tinggi (seperti menyediakan bekalan air ke puncak menara).
Disinilah sebenarnya yang menjadikan jurutera-jurutera pembangunan memikirkan idea-idea terbaru untuk dicuba pada setiap bangunan baru yang direka. Kebiasaannya dalam pembangunan sebuah menara pencakar langit memerlukan lebih daripada satu syarikat gergasi yang akan terlibat untuk menyumbangkan kepada kejayaan keseluruhan struktur bangunan tersebut.
Burj Khalifa bangunan tertinggi sehingga 2019!
Berikut adalah senarai 10 Bangunan Tertinggi Dunia sehingga 2015:
Abraj Al-Bait menara jam tertinggi dan bangunan ke-3 tertinggi di dunia.
Tersenarai di atas adalah bangunan yang sedia ada dan tahun siap bangunan-bangunan tersebut dan lokasinya. Hampir setiap bandar di dunia mahu mempunyai bangunan pencakar langit bagi menjadi daya tarikan masing-masing. Sehubungan itu lebih banyak bangunan pencakar langit yang lain akan dibina terutama oleh negara-negara yang mempunyai kepesatan ekonomi yang semakin progresif seperti China dan India.
Senarai bangunan tertinggi dunia.
*Bangunan Sky City - di tangguhkan
Bangunan-bangunan pencakar langit dan bangunan tertinggi seterusnya tentu akan lebih menarik kerana akan mengatasi bangunan tertinggi Burj Khalifa di UAE. Dijangka akan siap pada tahun 2019 bangunan yang dikenali dengan jolokan 1 kilometer tinggi ini (Kingdom Tower) sememangnya akan mencapai ketinggian tersebut didirikan di Jeddah, Saudi Arabia di mana bangunan-bangunan tertinggi lain (rata-ratanya mencapai ketinggian melebihi 500 meter) akan dibina di China, Korea Selatan, US, Indonesia (Pertamina Tower) dan Russia. Manakala bangunan-bangunan tinggi terus dibina di negara-negara lain termasuk India, Vietnam, Colombia, Taiwan , Kazakhstan, Australia, Thailand, Philippines, Mexico dan Pakistan.
Banyak perkara yang menarik mengenai bangunan pencakar langit ini selain daripada ketinggiannya sahaja. Ini kerana bukan sahaja faktor kepesatan yang menentukan sesuatu bangunan tinggi boleh dibina tetapi – faktor muka bumi dan keselamatan merupakan faktor utama yang menentukannya. Jadi fungsi jurutera-jurutera pembinaan memainkan peranan paling penting dalam pembinaan ini. Ilmu pengetahuan adalah segalanya.