Perkakasan Android mudah didapati dan lebih murah. |
Android adalah perisian telefon pintar dan juga tablet yang paling popular
kerana ia digunakan oleh banyak pengeluar perkakasan elektronik hari ini. Oleh kerana
ia jauh lebih murah berbanding iOS maka banyak perkakasan dihasilkan dengan
keupayaan yang berbeza-beza. Terdapat beberapa perkara yang penting untuk
diketahui oleh pengguna-pengguna Android bagi memastikan peralatan mereka bukan
sahaja beroperasi dengan baik, tetapi juga selamat – dalam memelihara data-data
peribadi. Ikuti beberapa tips asas penting ini;
1. Kemaskini Perisian Anda
Android perlu dikemaskini dengan perisian versi terbaru seperti juga
mana-mana perisian komputer yang lain. Ini bertujuan untuk memastikan ia mampu
berfungsi dengan baik malah untuk menjamin keselamatan peralatan anda dengan
ciri-ciri keselamatan baru biasanya.
2. Pilih Pemberitahuan Penting
Pemberitahuan (notification)
dapat membantu anda dalam mengelakkan ketinggalan dalam sesuatu perkara
penting. Namun begitu sekiranya anda tidak membuat aturan yang betul, ia akan
menyebabkan gangguan daripada pemberitahuan perkara-perkara yang tidak penting.
Ini pastinya akan menyebabkan banyak urusan harian anda terganggu. Untuk
mematikan sesetengah pemberitahuan ini anda bolehlah melakukan App Info ->
De-selecting Show Notification -> OK
3. Gunakan Google Maps Offline
Google Maps merupakan salah satu perisian terpenting dalam mendapatkan
maklumat sesuatu kawasan. Namun begitu ia akan menggunakan jumlah data yang
tinggi. Malah adakalanya ia akan
menyebabkan kesulitan apabila anda perlu menyemak sesuatu kawasan dalam keadaan
tiada sambungan ke internet. Pastikan anda mempunyai simpanan sesuatu kawasan
yang ingin anda gunakan secara Offline. Lakukan seperti ini Google Maps -> pilih
lokasi yang anda inginkan di dalam Google Maps -> click “make the map
available offline”.
Terdapat lebih banyak perkakasan Android yang berada di pasaran. |
4. Lindungi Android anda dari virus
Serangan virus amat mudah pada perkakasan Android anda. Untuk mengelakkan
sebarang gangguan yang mungkin akan menjejaskan perkakasan malah juga
keselamatan data-data peribadi anda anda perlu memastikan Android anda
mempunyia aplikasi anti-virus yang boleh dimuat turun daripada Google Play.
Anda boleh memilih aplikasi-aplikasi yang disediakan daripada pengeluar
anti-virus terkenal untuk PC seperti AVG, Avast, Avira, McAfee, Kaspersky dan
sebagainya.
5. Kuasa Bateri Tahan Lama
Kuasa bateri banyak digunakan untuk paparan skrin anda. Walaupun ia turut
digunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti sambungan ke internet, Wi-Fi dan
bluetooth. Pastikan anda membuat aturan untuk penjimatan tenaga bagi paparan
anda dengan mengurangkan kecerahan skrin dan pemadaman skrin yang lebih cepat.
Settings -> Display -> Brightness, juga pada Settings -> Display ->
Screen timeout (pilih masa yang anda perlukan).
6. Jadikan Android anda sebuah lampu suluh.
Bagi Android versi yang lebih baru anda tidak perlu lagi memuat turun
aplikasi tertentu. Anda hanya perlu menarik ke bawah dari atas skrin anda untuk
melihat pada Quick Setting yang akan menunjukkan fungsi untuk butang ‘flashlight’.
7. Kawal Penggunaan Data
Penggunaan data internet amat penting untuk peralatan anda. Namun begitu
adakalanya ia sukar dikawal. Kebanyakan aplikasi akan terus memuat turun data
dari internet tanpa anda sedari. Untuk memastikan penggunaan data anda terkawal
anda bolehlah menggunakan fungsi pemberitahuan penggunaan data daripada Setting
-> Data Usage.
8. Penggunaan Guest Mode
Untuk mengelakkan pengguna lain menggunakan telefon anda dan menyemak tanpa
sengaja data-data peribadi anda, ada baiknya sekiranya anda menggunakan ‘Guest
Mode’. Melalui kaedah ini, sekiranya pengguna lain ingin menggunkan telefon
anda mereka tidak menggunakan aplikasi dan juga data peribadi anda. Caranya
mudah iaitu tarik ‘Quick Setting’ dari bahagian atas Android anda dan click dua
kali pada Notification. Kemudian click dua kali lagi pada gambar profile anda
dan pilih untuk “add guest’.
Android dengan penggunaan yang betul dapat berfungis dengan lebih baik. |
9. Mengambil Gambar Skrin
Adakalanya penting untuk anda mendapatkan gambar di skrin terutama apabila
anda memerlukan paparan tersebut secara offline atau dihantarkan kepada orang
lain melalui email dan message. Kebiasaannya gambaran skrin boleh diambil
dengan mudah dengan menekan butang ‘back’ dan juga butang ‘home’ (tengah) pada
Android anda. Gambar yang telah dirakamkan akan disimpan terus ke dalam galeri gambar.
10. Clear Memory
Salah satu kelemahan Android yang paling ketara adalah penggunaan memorinya
yang adakalanya boleh mengkibatkan ia menjadi amat lembab. Jadi sesekali
apabila Android anda menjadi lembab anda perlu memastikan memory RAM dibersihkan
melalui Setting -> Data Storage -> Cached Data kemudia pilih untuk
membersihkan data di dalam cache memory anda. Anda juga sesekali perlu
membersihkan data yang dimuat turun melalui aplikasi seperti Whatsapp, FB dan
sebagainya melalui folder aplikasi tersebut.
Itu adaah sebahagian daripada tip-tip penting penggunaan Android bagi
memastikan ia dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Anda mungkin memiliki
sebuah perkakasan Android yang amat baik, namun ia tidak akan dapat berfungsi
seperti yang diharapkan jika anda tidak menggunakannya dengan betul.
Pelajarilah cara penggunaan yang betul dengan menyemak ‘manual’ peralatan anda
dan juga dari laman-laman web yang lain.