Japanese Spider Crab boleh mencapai saiz yang besar.
Japanese Spider Crab adalah spesis ketam gergasi yang mempunyai bentuk yang unik dan boleh mencapai bukaan kaki sehingga saiz 3.8 meter dan berat sehingga 19 kilogram. Ia dikenali sebagai Japanese Spider Crab kerana terdapat berhampiran dengan kepulauan Jepun. Perbezaan antara jantina pula, ketam yang jantan memiliki kaki yang lebih panjang dengan cengkerang yang lebih keras berbanding yang betina.
Ketam ini biasanya terdapat di bahagian Selatan kepulaun Jepun iaitu Pulau Honshu, dari Teluk Tokyo sehinggalah ke Wilayah Kagoshima. Terdapat juga populasi yang dijumpai di sekitar Wilayah Iwate dan sekitar Su-ao di Taiwan. Ketam-ketam ini tinggal di kedalaman sehingga 600 meter (2,000 kaki) dalam sehingga ke 50 meter (160 kaki). Ini menyebabkan ianya jarang dijumpai di perairan yang cetek.
Japanese Spider Crab berbanding dengan ketam-ketam yang lain.
Dengan saiz dan lelengan yang panjang ketam ini sememangnya dikatakan boleh mengakibatkan kecederaan kepada anggota manusia – ya, dengan pantas. Ia juga amat digemari di beberapa kawasan di Jepun. Penangkapan ketam-ketam ini juga semakin berkurangan setiap tahun dan para nelayan perlu ke perairan yang lebih dalam untuk menangkap ketam-ketam ini. Walaubagaimanapun langkah-kangkah penjagaan melarang penangkapannya pada musim bunga iaitu semasa penghijrahan ketam ke perairan cetek untuk musim pembiakan. Saiz ketam yang ditangkap biasanya adalah sekitar 1.0 – 1.2 meter (3’3’’ – 3’11”).
Perkakasan Android mudah didapati dan lebih murah.
Android adalah perisian telefon pintar dan juga tablet yang paling popular
kerana ia digunakan oleh banyak pengeluar perkakasan elektronik hari ini. Oleh kerana
ia jauh lebih murah berbanding iOS maka banyak perkakasan dihasilkan dengan
keupayaan yang berbeza-beza. Terdapat beberapa perkara yang penting untuk
diketahui oleh pengguna-pengguna Android bagi memastikan peralatan mereka bukan
sahaja beroperasi dengan baik, tetapi juga selamat – dalam memelihara data-data
peribadi. Ikuti beberapa tips asas penting ini;
1. Kemaskini Perisian Anda
Android perlu dikemaskini dengan perisian versi terbaru seperti juga
mana-mana perisian komputer yang lain. Ini bertujuan untuk memastikan ia mampu
berfungsi dengan baik malah untuk menjamin keselamatan peralatan anda dengan
ciri-ciri keselamatan baru biasanya.
2. Pilih Pemberitahuan Penting
Pemberitahuan (notification)
dapat membantu anda dalam mengelakkan ketinggalan dalam sesuatu perkara
penting. Namun begitu sekiranya anda tidak membuat aturan yang betul, ia akan
menyebabkan gangguan daripada pemberitahuan perkara-perkara yang tidak penting.
Ini pastinya akan menyebabkan banyak urusan harian anda terganggu. Untuk
mematikan sesetengah pemberitahuan ini anda bolehlah melakukan App Info ->
De-selecting Show Notification -> OK
3. Gunakan Google Maps Offline
Google Maps merupakan salah satu perisian terpenting dalam mendapatkan
maklumat sesuatu kawasan. Namun begitu ia akan menggunakan jumlah data yang
tinggi. Malah adakalanya ia akan
menyebabkan kesulitan apabila anda perlu menyemak sesuatu kawasan dalam keadaan
tiada sambungan ke internet. Pastikan anda mempunyai simpanan sesuatu kawasan
yang ingin anda gunakan secara Offline. Lakukan seperti ini Google Maps -> pilih
lokasi yang anda inginkan di dalam Google Maps -> click “make the map
available offline”.
Terdapat lebih banyak perkakasan Android yang berada di pasaran.
4. Lindungi Android anda dari virus
Serangan virus amat mudah pada perkakasan Android anda. Untuk mengelakkan
sebarang gangguan yang mungkin akan menjejaskan perkakasan malah juga
keselamatan data-data peribadi anda anda perlu memastikan Android anda
mempunyia aplikasi anti-virus yang boleh dimuat turun daripada Google Play.
Anda boleh memilih aplikasi-aplikasi yang disediakan daripada pengeluar
anti-virus terkenal untuk PC seperti AVG, Avast, Avira, McAfee, Kaspersky dan
sebagainya.
5. Kuasa Bateri Tahan Lama
Kuasa bateri banyak digunakan untuk paparan skrin anda. Walaupun ia turut
digunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti sambungan ke internet, Wi-Fi dan
bluetooth. Pastikan anda membuat aturan untuk penjimatan tenaga bagi paparan
anda dengan mengurangkan kecerahan skrin dan pemadaman skrin yang lebih cepat.
Settings -> Display -> Brightness, juga pada Settings -> Display ->
Screen timeout (pilih masa yang anda perlukan).
6. Jadikan Android anda sebuah lampu suluh.
Bagi Android versi yang lebih baru anda tidak perlu lagi memuat turun
aplikasi tertentu. Anda hanya perlu menarik ke bawah dari atas skrin anda untuk
melihat pada Quick Setting yang akan menunjukkan fungsi untuk butang ‘flashlight’.
7. Kawal Penggunaan Data
Penggunaan data internet amat penting untuk peralatan anda. Namun begitu
adakalanya ia sukar dikawal. Kebanyakan aplikasi akan terus memuat turun data
dari internet tanpa anda sedari. Untuk memastikan penggunaan data anda terkawal
anda bolehlah menggunakan fungsi pemberitahuan penggunaan data daripada Setting
-> Data Usage.
8. Penggunaan Guest Mode
Untuk mengelakkan pengguna lain menggunakan telefon anda dan menyemak tanpa
sengaja data-data peribadi anda, ada baiknya sekiranya anda menggunakan ‘Guest
Mode’. Melalui kaedah ini, sekiranya pengguna lain ingin menggunkan telefon
anda mereka tidak menggunakan aplikasi dan juga data peribadi anda. Caranya
mudah iaitu tarik ‘Quick Setting’ dari bahagian atas Android anda dan click dua
kali pada Notification. Kemudian click dua kali lagi pada gambar profile anda
dan pilih untuk “add guest’.
Android dengan penggunaan yang betul dapat berfungis dengan lebih baik.
9. Mengambil Gambar Skrin
Adakalanya penting untuk anda mendapatkan gambar di skrin terutama apabila
anda memerlukan paparan tersebut secara offline atau dihantarkan kepada orang
lain melalui email dan message. Kebiasaannya gambaran skrin boleh diambil
dengan mudah dengan menekan butang ‘back’ dan juga butang ‘home’ (tengah) pada
Android anda. Gambar yang telah dirakamkan akan disimpan terus ke dalam galeri gambar.
10. Clear Memory
Salah satu kelemahan Android yang paling ketara adalah penggunaan memorinya
yang adakalanya boleh mengkibatkan ia menjadi amat lembab. Jadi sesekali
apabila Android anda menjadi lembab anda perlu memastikan memory RAM dibersihkan
melalui Setting -> Data Storage -> Cached Data kemudia pilih untuk
membersihkan data di dalam cache memory anda. Anda juga sesekali perlu
membersihkan data yang dimuat turun melalui aplikasi seperti Whatsapp, FB dan
sebagainya melalui folder aplikasi tersebut.
Itu adaah sebahagian daripada tip-tip penting penggunaan Android bagi
memastikan ia dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Anda mungkin memiliki
sebuah perkakasan Android yang amat baik, namun ia tidak akan dapat berfungsi
seperti yang diharapkan jika anda tidak menggunakannya dengan betul.
Pelajarilah cara penggunaan yang betul dengan menyemak ‘manual’ peralatan anda
dan juga dari laman-laman web yang lain.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
Raspberry Pi, komputer 'Open Souce' yang terpaling murah.
Komputer peribadi atau lebih dikenali sebagai Personal Computer atau PC
mungkin menjadi sebahagian keperluan kebanyakan kita untuk menjalankan urusan
harian mahupun keperluan hiburan. Kepesatan dunia penghasilan chip pada kos
yang lebih murah membolehkan PC dihasilkan pada kos yang lebih murah berbading
dahulunya.
PC ‘Open Source’, iaitu komputer peribadi yang dihasilkan tanpa sebarang ‘operating
system’ seperti Microsoft Windows ataupun Mac. Jadi ia boleh digunakan untuk
sebarang ‘operating system’ mengikut pilihan pengguna untuk menyempurnakan
pelbagai keperluan termasuk menjalankan mesin mahupun mereka bentuk produk
baru.
PC – PC ini bukan sahaja murah malah ia amat sesuai untuk digunakan bagi
tujuan pendidikan, malah ia digunakan untuk tujuan mempelajari teknik-teknik pemprogramman
komputer di negara seperti United Kingdom yang terkenal dengan Raspberry Pi.
Terdapat banyak projek-projek yang dikongsi oleh pengemar-pengemar hobi ini di
laman web. Bagi mengenali PC-PC ‘Open Source’ ini, berikut adalah beberapa
jenis model yang boleh didapati secara online.
Raspberry Pi
Merupakan antara PC yang paling popular kerana harganya yang paling murah
dan mudah dikendalikan. Bersesuaian untuk mengendlikan Android ia biasa
digunakan oleh programmer bagi menguji aplikasi untuk telefon pintar dan
tablet. Banyak projek yang boleh dihasilkan menggunakan Raspberry Pi
termasuklah ‘jukeboxes’, kamera digital, media station, mesin kopi, mini robot
dan sebagainya.
Raspberry Pi diperkenalkan dengan 2 model iaitu model A berharga USD25 dan
Model B USD35. Perkakasan utamanya termasuklah chip CPU Broadcom dengan
kelajuan 700MHz berdasarkan rekaan ARM11. Pemprosesan videonya mampu
mengendalikan kandungan multimedia sehingga 1080p dan dilengkapi dengan port
HDMI menjadikan ianya amat sesuai sebagai server media.
Papan utama Raspberry Pi ini turut menyediakan ‘slot’ Secure Digital dan
MultimediaCard untuk tambahan ruang simpanan. Perbezaan ketara adalah Model A
mempunyai RAM bersaiz 256MB dan satu port USB, manakala Model B mempunyai 512MB
RAM, port ethernet dan dua port USB.
BeagleBoard
BeagleBoard lebih kuat berbanding Raspberry Pi.
Sekiranya anda ingin memilih PC yang mempunyai keupayaan yang lebih tinggi
berbanding Raspberry Pi, BeagleBoard menyediakan rangkaian yang bermula dengan
harga USD45. Selain daripada boleh dikendalikan menggunakan Android,
BeagleBoard dan BeagleBone turut mengendalikan variasi Linux seperti Ubuntu,
ArchMobile, Gentoo and Angstrom.
BeagleBoard juga boleh digunakan mengikut kesesuaian kreativiti pengguna
dan boleh digunakan untuk jam penggera radio Wi-Fi, kereta kawalan berkuasa
solar, komputer di dalam kereta dan sebagainya. Sama juga dengan
komputer-komputer ‘Open Source’ yang lain senarai projek ini biasanya terdapat
banyak disedikan di laman web kelab PC-PC tersebut.
Sesuai dengan harganya, BeagleBoard menggunakan ARM Cortex-A8 processor
daripada Texas Instrument, 3D graphics accelerator dan port USB. Lain-lain
perkakasan termasuklah 512MB RAM DDR3 beserta 2GB memori dan soket HDMI dan
juga ethernet. Harga BeagleBoard terpaling mahal adalah USD149 iaitu
BeagleBoard-XM menyediakan lebih kuasa dengan 1GHz Cortex-A8 processor dengan
lebih soket USB iaitu 4, soket ethernet dan juga slot MMC/SD.
PandaBoard ES
PandaBoard ES menyediakan lebih ciri-ciri tambahan.
Merupakan antara PC ‘Open Source’ yang terpantas setakat ini dengan
dilengkapi oleh processor daripada Texas Instrument ‘dual-core’ OMAP4460 dengan
1.2GHz ARM Cortex-A9 CPU. Walaupun mempunyai harga yang agak mahal iaitu
USD182, ia turut menyediakan pelbagai kelebihan yang tidak terdapat pada PC-PC ‘Open
Source’ yang lain.
Antara ciri yang membuatkan PandaBoard lebih istimewa adalah ‘Imagination
Technologies’ PowerVR SGX540 pemprosesan graphic yang digunakan untuk
menghasilkan gambar 1080p pada telefon pintar dan juga tablet. Ia juga turut
dilengkapi dengan Wi-Fi dan Bluetooth selain menyediakan 1GB DDR2 DRAM, komponen
sisipan kamera, dan soket-soket SD, USB dan HDMI.
MinnowBoard
MinnowBoard yang menggunakan chip Intel x86.
MinnowBoard merupakan PC ‘Open Source’ pertama yang dilengkapi dengan Intel
x86 processor. Namun begitu pada harga USD200 ia masih agak mahal berbanding
PC-PC lain yang menggunakan CPU ARM.
Walaubagaimanapun MinnowBoard dengan pemprosesan 1GHz Intel Atom E640 menyediakan
lebih kuasa berbanding ARM processor. Selain daripada dilengkapi dengan soket Gigabit
ethernet dan SATA untuk menyokong keupayaan penyimpanan yang lebih tinggi. Ia
juga dilengkapi dengan soket HDMI dan
micro-SD untuk penambahan simpanan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MinnowBoard ini pengguna
perlulah mencari lebih maklumat mengenainya kerana MinnowBoard mempunyai
ciri-ciri tersendiri yang membezakan ianya daripada PC-PC ‘Open Source’ yang
lain.
Bagi anda yang mahu berjinak-jinak dengan dunia PC ‘Open Source’ ini adalah
digalakkan untuk mencuba Raspberry Pi kerana ianya jauh lebih murah dan mudah
untuk diselenggarakan. Sekiranya dimanfaatkan dengan betul, ia mungkin dapat
membantu anda untuk menyediakan sendiri sebuah PC yang boleh digunakan untuk
melayari internet dan menikmati hiburan pada harga yang jauh lebih murah
berbanding sebuah telefon pintar berjenama.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
Nick D'Aloisio bersama Summly semasa berusia 17 tahun.
Nick D’Aloisio bukanlah remaja yang pertama mencipta nama melalaui dunia
perkomputeran namun kejayaan beliau merupakan kejayaan terbesar apabila berjaya
menjual hasil ciptaan beliau kepada syarikat internet gergasi seperti Yahoo
pada harga USD30 juta yang menjadikan beliau jutawan termuda hasil dari titik
peluhnya sendiri.
Seperti yang kita sedia maklum mencipta satu kejayaan besar bukanlah mudah.
Menjalani satu perjalanan hanya akan terasa manisnya saat tiba ke sesuatu
destinasi sehingga susah payah menempuh perjalanan tersebut tidak lagi dirasai.
Namun begitu apa yang jelas remaja ini telahpun memilih satu minat yang amat
memberikan keberuntungan kepada dirinya sendiri.
Dilahirkan pada 1 November, 1995 di England dari sebuah keluarga yang berasal
dari Australia. Dimana mereka kemudian berpindah semula sejurus selepas D’Alosio
dilahirkan. Keluarga ini kemudiannya kembali semula ke United Kingdom apabila D’Alosio
mencapai umur tujuh tahun. Beliau kemudiannya meneruskan kehidupan dan
berpendidikan di sana.
Nick D'Aloisio berusia 15 tahun bersama Trimit.
Merujuk kepada kejayaan beliau di dalam dunia pemprogramman D’Alosio
menjelaskan beliau mempelajari dunia pemprogramman selama 12 tahun. Dengan
menjelaskan dirinya sebagai ‘asli internet’ (native internet) iaitu lahir ketika internet telah wujud dan tidak
tahu bagaimana dunia tanpa internet. Nick juga menjelaskan – “beliau letih
dengan jumlah carian yang terlalu besar di internet, jadi memutuskan mencipta
satu algoritma untuk memotong teks yang kemudiannya membawa idea algoritma
untuk memadatkan isi berita”. Idea beliau ini kemudiannya mendapat perhatian
daripada syarikat gergasi Yahoo.
Kejayaannya bermula apabila dapat menghasilkan Trimit sebuah aplikasi iOS pada Mac 2011, yang menggunakan
perkakasan analitikal untuk memadatkan isi kandungan teks kepada 1000, 500,
atau 140 – huruf ringkasan teks. Aplikasi ini turut mendapat perhatian Apple
yang menyenaraikan Trimit sebagai
salah sebuah aplikasi yang perlu diberikan tumpuan di dalam App Store. Malah ia
turut menarik minat billionaire terkenal Hong Kong iaitu Li Ka-shing yang
menyediakan dana sebanyak USD300,000 sebagai modal teroka (venture capital). Dengan mengambil kira pelbagai komen pendapat
daripada aplikasi Trimit ianya
kemudian diperbaik pulih, dilancarkan semula pada 2011 sebagai Summly.
Aplikasi Summly untuk iOS.
Summly dapat menyelesaikan masalah bagaimana
berita dibentangkan di dalam telefon pintar, dengan versi pengenalannya dimuat
turun lebih daripada 200,000 pengguna. Sehingga November, 2012 D’Aloisio
menerima USD1,000,000 modal teroka (venture
funding) baru daripada beberapa celebriti seperti Yoko Ono, Ashton Kucher
dan Stephen Fry, sebagai tambahan daripada usahawan Hong Kong, Li Ka-shing.
Sehingga pada Mac, 2013 Summly dijual kepada Yahoo pada harga USD30 juta.
D'Aloisio di Central Hall Westminster, London 2012, .
Itu adalah sedikit sebanyak perkara menarik yang anda ketahui mengenai
remaja yang menjadi jutawan pada usia belasan tahun ini hanya dengan pemprogramman
komputer. Walaupun secara ringkasnya ia kelihatan bagaikan satu perjalanan
mudah, anda perlulah membuat carian sendiri bagaimana D’Aloisio melakukan usaha
beliau membangunkan Summly sehingga
mendapat perhatian dunia. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira selain
daripada idea yang baik sahaja.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
Hari ini komputer menjadi sebahagian daripada keperluan kehidupan seharian
kita. Samada daripda komputer berbentuk Komputer Peribadi (personal computer) di rumah sehinggalah kepada telefon pintar
(smart phone) yang digunakan oleh sebahagian besar daripada kita. Ramai yang
biasa menggunkan peralatan komputer/berkomputer namun dalam masa yang sama
tidak ramai yang boleh menjadikan ianya berfungsi sebagaimana dikehendaki iaitu
melalui pemprograman (programming).
Baru-baru ini BBC mengumumkan akan mengagihkan sehingga sejuta unit
mikro-komputer untuk kanak-kanak yang berumur 11 tahun di serata UK bagi
memastikan mereka mendapat pendedahan kepada dunia pemprograman. Dianggarkan
jumlah keperluan pemprogram (programmer)
akan terus meningkat di masa-masa akan datang dan jumlah mereka yang
berkemampuan untuk tujuan ini semakin berkurangan.
Raspberry Pi, merupakan komputer mini pada kos yang berpatutan.
Ini bukanlah kali pertama BBC melakukan usaha seperti ini malah kali
pertama ianya dilakukan adalah padatahun 1980 dengan projek yang dikenali
sebagai BBC Computer Literacy Project dengan mewujudkan sebuah rancangan yang
dikenali sebagai The Computer Programme.
Melalui syarikat Acorn Computers sebuah komputer baru direka dan dinamakan sebagai
BBC Micro yang digunakan dari tahun 1981 sehinggalah pada tahun 1994.
Oleh kerana komputer ini mempunyai kelajuan yang amat terhad – sesuai untuk
digunkan untuk teknologi perkomputeran pada awal pengenalan komputer, ianya
digunakan untuk tujuan pemprograman sahaja. Malah BBC turut mempunyai bahasa
pengatucaaran sendiri yang dikenali sebagai BBC Basic. Pada masa tersebut
antara bahasa pengatucaraan yang biasa digunakan adalah Microsoft Basic, ISO
Pascal, S-Pascal, BCPL, Forth, LISP, Logo, Turtle Graphics, Micro-PROLOG,
COMAL, Microfocus CIS COBOL.
Arduino untuk fungsi pemprograman mudah.
Berbalik kita kepada projek yang akan dilakukan oleh BBC kali ini agak jauh
berbeza. Hari ini komputer mempunyai keupayaan yang lebih tinggi disamping kos
penghasilan yang jauh lebih murah. Namun begitu keperluan kepakaran pemprogram
(programmer) juga semakin berkurangan
untuk mengolah kemampuan komputer/peralatan berkuasa tinggi di masa-masa akan
datang.
Kali ini BBC akan bekerjasama dengan lebih banyak organisasi bagi
memastikan komputer yang akan dibekalkan nanti mampu berdaya saing untuk
keperluan pasaran dalam jangka panjang. Antara organisasi terlibat termasuklah
ARM, British Computing Society, Freescale, Google, Microsoft dan Samsung untuk
mewujudkan satu lagi revolusi media digital. Bersama-sama dengan
organisasi-organisasi ini sebuah peranti baru direka khas yang dikenali sebagai
Mirco Bit untuk membantu golongan muda mempelajari coding dan memprogram
basics.
Galileo seperti juga Raspberry tetapi lebih mahal.
Walaupun peralatan sebenar masih belum lagi dikeluarkan, namun BBC telah
mengumunkan bahawa peralatan tersebut akan lebih menyerupai komputer Pi yang
mudah dipadankan dengan peralatan-peralatan lain seperti Arduino, Galileo, Kano
dan Raspberry Pi (juga boleh dipadankan dengan Micro Bit yang lain). Ia akan
dilancarkan menjelang September ini dan bersesuaian dengan beberapa perisian
pemprogramman seperti Touch Develop, Python dan juga C++.
Sejajar dengan ini BBC turut akan mengadakan kursus khas untuk melengkapkan
latihan yang akan membantu para pelajar mempelajari pemprograman dengan lebih
berkesan melalui pejabatnya di Birmingham dan seterusnya ke seluruh negara.
Itu adalah antara beberapa usaha negara maju seperti UK yang sememangnya
sudah terkenal dengan kepesatan teknologi. Manakala negara-negara lain seperti
India juga tidak ketinggalan dalam usaha membangunkan tenaga-tenaga pakar masa
hadapan mereka termasuk dalam menyediakan komputer dan harga pelan internet
yang lebih murah.
Menyedari keperluan ini samada anda ingin mengambil tahu tentang
kepentingan pemprograman atau hanya ingin terus menggunakan sahaja peralatan
komuter sebagai pengguna merupakan pilihan masing-masing. Namun begitu usaha
yang ditunjukkan oleh BBC ini merupakan satu contoh yang patut dicontohi oleh
kita yang terlalu bergantung kepada apa yang telah disediakan dan menjadi
pengguna sahaja.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
Tenaga elektrik merupakan sumber tenaga terpenting untuk pembangunan sesebuah negara. Usaha dalam penjanaan tenaga elektrik dibangunkan dalam pelbagai usaha bagi memastikan ia dapat dihasilkan dengan lebih efisyen dari segi kos mahupun kesannya kepada alam sekitar.
Penghasilan tenaga elektrik melalui empangan hidro merupakan antara kaedah yang paling menjimatkan. Berbanding penghasilan tenaga menggunakan arang batu ataupun pembakaran petroleum, ia tidak membawa kepada pencemaran udara. Namun begitu ia mungkin membawa kesan kepada kemusnahan kawasan takungan yang luas dan juga mendapan kepada sungai.
Pembinaan Empangan Three Gorges Dam yang dibina di Hubei, China merupakan empangan hidro terbesar dari segi kapasiti penjanaan tenaganya yang mampu mencapai sehingga 22,500 MW, manakala Empangan Itaipu di Brazil/Paraguay pula mampu menjana sehingga 14,000 MW yang siap dibina pada tahun 2003.
Empangan yang dibina di lembangan Sungai Yangtze yang juga merupakan sungai terbesar merentasi China mengambil masa lebih 10 tahun untuk dibina (Desember 14, 1994 – 2008 : tarikh siap sebenar 2012) dan menelan belanja sekitar USD26 billion. Selain daripada membekalkan tenaga elektrik ia juga bertujuan untuk mengawal banjir selain daripada menyediakan laluan kapal yang melalui sungai terbesar di China ini.
Kerja-kerja pembinaan empangan sedang dijalankan.
Antara keunikan empangan terbesar ini adalah laluan kekunci air untuk laluan kapal perdagangan dari Shanghai menuju ke Chongqing. Pembinaan laluan kapal ini bertujuan membolehkan jumlah pengangkutan kapal di laluan tersebut dipertingkatkan daripada 10 juta tan ke 100 juta tan setahun. Hasilnya bukan sahaja kapasiti laluan kapal yang dapat dipertingkatkan malah kos pengangkutan kapal juga dapat dikurangkan sebanyak 25% yang pastinya dapat mempertingkatkan lagi kadar perdagangan di kawasan tersebut.
Sememangnya China memerlukan jumlah penghasilan tenaga yang amat tinggi. Ini kerana jumlah permintaan tenaga yang semakin meninggi tidak dapat menampung keupayaan penghasilan tenaga yang mampu dihasilkan daripada empangan-empangan hidro sedia ada di serata China. China masih lagi bergantung kepada penghasilkan tenaga menggunakan bahanapi fosil iaitu arang batu dan petroleum pada kadar yang jauh lebih tinggi berbanding tenaga yang dihasilkan oleh empangan hidroelektrik ini.
Kunci air yang unik untuk laluan kapal.
Ianya memerlukan 366 gram arang batu untuk menghasilkan 1 kWh tenaga elektrik melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2006. Pada penghasilan penuh Empangan Three Gorges dapat mengurangkan penggunaan arang batu sebanyak 31 juta tan setahun dan mengelakkan penghasilan 100 juta tan pembebasan gas rumah hijau, jutaan tan habuk, satu juta tan sulfur dioksida, 370,000 nitrik oksida, 10,000 tan karbon monoksida dan sejumlah besar merkuri. Selain daripada megelakkan kerja-kerja perlombongan, pembersihan dan pengangkutan arang batu dari bahagian Utara China.
Walaupun ia membawa kesan yang baik kepada penghasilan tenaga dan ekonomi kepada China. Empangan ini juga turut menghasilkan pelbagai kesan kepada alam yang turut mendapat tentangan daripada dalam dan luar negara. Ia bukan sahaja menenggelamkan sejumlah besar kawasan penempatan biasa, malah kawasan pertanian dan 1,300 kawasan arkeologi di mana sebahagian besarnya tidak dapat dipindahkan.
Kawasan yang dibanjiri oleh empangan.
Walaupun pembinaan empangan terbesar dunia ini mempunyai penghasilan tenaga yang amat diperlukan oleh China, ia terpaksa mengorbankan banyak perkara yang tidak ternilai harganya. Apa yang menarik bagi peminat dunia kejuruteraan pembinaan empangan gergasi ini memberikan satu inspirasi baru tentang pembinaan berskala gergasi. Namun begitu seperti yang kita ketahui China masih memerlukan kapasiti penghasilan tenaga yang jauh daripada mencukupi.
Banyak lagi perkara yang perlu anda ketahui mengenai empangan terbesar ini yang perlu anda terokai sendiri. Adalah diharap ianya sedikit sebanyak menarik minat anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknologi penghasilan tenaga, pembinaan, ekonomi dan sebagainya. Adalah diharap di dalam artikel-artikel yang akan datang lebih banyak teknologi kejuruteraan yang akan dapat dikongsikan untuk tatapan para pembaca.
Film 1001 Inventions and The Library of Secret bersempana pameran tersebut.
1001 Invention merupakan sebuah organisasi pendidikan yang mempopularkan sejarah perkembangan sains dan teknologi dunia Tamadun Islam suatu ketika dahulu yang juga lebih dikenali sebagai Zaman Kegemilangan. Walaupun turut menghasilkan pelbagai bahan termasuk penerbitan bahan secara online dan bahan cetakan ia turut menghasilkan filem dan pameran di galeri tetap dan juga pameran bergerak.
Selain daripada menerima pelbagai pengiktirafan untuk bahan-bahan yang dihasilkan, pameran ini semakin mendapat sokongan dan minat orang ramai dari seluruh dunia. Melalui bahan-bahan yang dihasilkan ia telah berjaya mendekati lebih 100 juta orang dari seluruh dunia.
Melalui 4 tahun pameran 1001 Invention telah dikunjungi oleh seramai 6 juta pengunjung. Ia juga turut mendapat kejaan besar-besaran di beberapa bandar terkemuka dunia termasuk seperti di Science Museum of London, New York Hall of Science di New York, California Science Ceter di Los Angeles, Malaysia National Science Center di Kuala Lumpur dan Museum of Islamic Art di Doha.
Buat masa ini pameran 1001 Inventions akan diadakan di Melaka, Malaysia dari tempoh 17 Febuari 2015 – Jun 2015. Adalah baik bagi penduduk sekitar untuk mengambil peluang ini untuk membuat kunjungan ke pameran yang jarang-jarang diadakan ini. Pada masa yang sama juga pameran ini turut diadakan di The Scientific Center, Kuwait dari tempoh 4 Febuari 2015 – 7 Mac 2015. Jadi rakyat Malaysia sememangnya lebih beruntung kerana diberikan peluang untuk melihat sendiri pameran ini untuk tempoh yang lebih lama.
Poster pameran yang diadakan di Melaka.
Sejarah Pameran
Logo Pameran 1001 Inventions yang bertaraf antarabangsa.
Pameran bergerak 1001 Inventions mula diperkenalkan pada tahun 2006 di Manchester Museum of Sciece and Industry sebagai ekoran daripada penghasilan bukunya. Pameran ini kemudiannya terus diadakan di sekitar United Kingdom antaranya Birmingham Thinktank, Glasgow Science Center, National Museum Cardif dan Museum of Croydon.
Pameran bergerak yang sama turut diadakan di British Parliment di London, juga di European Parliment di Brussels dan United Nation di New York.
Menjelang 2010, 1001 Inventions melancarkan pameran yang lebih besar di Science Musem of London dengan penilaian daripada pelbagai pihak dan pakar sejarah. Semasa pameran tersebut berlansung, dalam tempoh 5 bulan lebih daripada 400 000 orang telah mengunjungi pameran ini.
Berikut adalah beberapa lokasi yang pernah dikunjungi oleh 1001 Inventions di seluruh dunia. Di Malaysia ia pernah di langsungkan di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu sebelum ianya kini berada di Melaka.
Lokasi pameran sebelum ini:
UNESCO
Sao Paulo
K. Terengganu
Riyadh
Kuala Lumpur
Sweeden
Washington DC
Rotterdam
Los Angeles
New York
Instanbul
Sharjah
Doha
Al Ahsa
Jeddah
Abu Dhabi
Dhahran
London
UK Parliment
United Nations
Buku 1001 Inventions Edisi Kedua.
Bahan Cetakan:
Pada tahun 2006, edisi pertama 1001 Inventions: Muslim Heritage in Our World diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris dan edisi kemaskini yang kedua dihasilkan pada Mac 2011. Terdapat juga edisi di dalam Bahasa Turki pada tahun 2010 dan edisi Berbahasa Arab pada tahun 2011.
Edisi ketiganya diterbitkan oleh National Geaographic pada Febuari 2012 dengan tajuk yang ditukarkan kepada 1001 Inventions: The Enduring Legacy of Muslim Civilization.
Manakala pada 10 Januari 2013 edisi khas untuk kanak-kanak diterbitkan dengan tajuk 1001 Inventions and Awesome Facts From Muslim Civilization yang juga diterbitkan oleh National Geographic.
Anugerah:
Pameran 1001 Inventions ini telah menerima beberapa anugerah bagi bahan yang dihasilkan mahupun pameran ini sendiri. Pada May 2011, 1001 Invention diisytiharkan sebagai Best Temporary/Touring Exhibition 2011 di acara tahunan Museum and Heritage Award di London.
Selain itu juga filem yang dihasilkan 1001 Inventions and The Library of Secrets yang dibitangi oleh Sir Ben Kingsley juga telah menerima beberapa anugerah antarabangsa, antaranya:
Best Film (Arts and Humanities) – New York Festival, 2010 (yang turut menerima 8 lagi anugerah di 2010 New York Festival).
Best Film (Education) – Cannes Corporate Media and TV Festival 2010
Best Education Film – US International Film Festival, 2010 (Los Angeles) / (turut menerima 3 lagi anugerah pada 2010 US International Film Festival).
Best Film (Education) – IVCA Awards, 2010 (London)
Best Film (Education) – World Media Festival, 2010 (Hamburg)
* Filem ini merupakan sebahagian daripada isi kandungan pameran 1001 Inventions.
Bagi anda yang terlepas untuk menyasikan pameran ini semasa ianya diadakan di Kuala Lumpur mahupun di Kuala Terengganu, anda masih berpeluang untuk menyaksikannya di Melaka. Jadi pastikan anda tidak terlepas lagi. Pastikan juga anda menyebarkan peluang terbaik ini kepada sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga mahupun cadangan lawatan sekolah anak-anak anda nanti. Peluang sebegini bukan sentiasa kekal selamanya. Luangkan sedikit masa anda kerana ia mungkin dapat mengubah sedikit sebanyak pandangan anda terhadap dunia sains moden kita hari ini.
Melalui laman web tersebut anda juga boleh mendapatkan lebih maklumat, barangan seperti buku dan sebagainya. Anda boleh mulakan penerokaan anda.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.