Sayuran berwarna-warni bukan sahaja cantik namun berkhasiat. |
Makanan merupakan faktor yang berkait rapat dengan tahap kesihatan
seseorang. Sejak sekian lama kita sering mendengar ungkapan “anda adalah apa
yang anda makan”. Walaupun ungkapan ini adalah satu ungkapan yang biasa, namun
tidak ramai yang memberikan perhatian terhadap pemakanan mereka. Ianya hanya
akan menjadi penting semula apabila seseorang mengalami masalah kesihatan –
dimana segala pemakanan perlu dikawal dengan ketat?
Seperti biasa saya lebih suka mengaitkan alam secara semulajadi tentang
bagaimana kita sebenarnya telah disediakan dengan kelengkapan yang cukup untuk
hidup dengan lebih sihat dan ceria. Seperti yang kita ketahui alam mempunyai
pelbagai kaedah unik dalam memastikan hidupan, malah manusia sendiri mendapat
kebaikan dari segala isinya.
Pernahkah anda terfikir mengapa sayuran dan buah-buahan merupakan sumber
makanan yang terpaling mudah didapati di sekeliling kita? Begitu juga pernahkah
anda terfikir mengapa sayuran dan buah-buahan ini mempunyai warna yang
pelbagai berbeza bagaimana pada mulanya (sewaktu
muda atau tahap pucuk) semuanya adalah sama iaitu berwarna hijau.
Alam mempunyai keunikan dalam berkomunikasi melalui beberapa kaedah
daripada bentuk, warna, bau dan rasa – dan ada di antaranya yang hanya boleh
dikesan oleh sesetengah hidupan (seperti apabila dilihat di bawah cahaya UV).
Walaupun perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana tumbuh-tumbuhan wujud
sejak berjuta-juta tahun dahulu. Apa yang ketara adalah, kita tidak memikirkan
betapa kita sentiasa dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi.
Gabungan sayuran dan buah-buahan. |
Keunikan Warna Pada Tumbuhan
Warna pada tumbuhan memainkan peranan yang amat penting. Selain daripada
untuk kepentingan tumbuhan itu sendiri mahupun pada haiwan ataupun manusia yang
memakannya. Warna memberikan maklumat tertentu mengenai tumbuhan tersebut –
iaitu khasiat yang terkandung di dalamnya. Ini kerana warna tersebut adalah
hasil daripada sesetengah zat galian yang terkandung pada daun ataupun buah
yang dijadikan sebagai sumber makanan. Selain itu juga warna yang terang pada
buah menarik perhatian haiwan-haiwan yang akan membantu menyebarkan biji-benih
tumbuhan tersebut bagi memastikannya dapat terus membiak.
Melalui pemahaman inilah maka khasiat daripada pelbagai tumbuh-tumbuhan dapat
dikenal pasti dan didapati hampir kesemua zat pemakanan yang diperlukan oleh
manusia dapat disediakan daripada tumbuh-tumbuhan. Selain daripada ianya mudah
didapati atau ditanam tumbuhan juga mudah disimpan dan tidak mudah rosak
seperti makanan lain (ikan, ayam, daging dan lain-lain).
Berikut adalah beberapa panduan mengenai warna tumbuh-tumbuhan dan beberapa
ciri khasiat yang terkandung di dalamnya:
Warna Merah:
Mengandungi nutrient seperti lycopene ellagic acid, quercetin dan
hesperidin. Nutrient-nutrient ini dapat mengurangkan risiko kanser prostat,
menurunkan tekanan darah, mengurangkan pertumbuhan tumor dan juga kadar
kolesterol. Ia membantu menghapuskan radikal bebas serta menyokong tisu sendi
dalam kes arthritis.
Warna Oren:
Mengandungi beta-carotene, zeaxanthin, flavonoids, lycopene, potassium dan
vitamin C. Nutrient-nutrient ini mengurangkan deregenerasi otot-otot yang
berkait dengan usia dan juga risiko kanser prostat, mengurangkan kolestrol dan
juga tekanan darah, menggalakkan pembentukan callogen dan sendi yang sihat,
membasmi radikal bebas, menggalakkan keseimbangan alkali, memperbaiki kerosakan
DNA dan membantu magnesium dan kalsium.
Warna Kuning:
Mengandungi beta-crypthothanxin dan carotenoids lutein serta zeaxanthin
yang membantu perhubungan dalaman sel, mengelakkan masalah jantung,
mengurangkan risiko katarak serta mengurangkan
deregenerasi otot-otot yang berkait dengan usia.
Warna Hijau:
Mengandungi chlorophyll, fiber, lutein, zeaxanthin, magnesium, kalsium,
folate, vitamin C dan beta-carotene yang menghalang tindakan carcinogen serta
membantu fungsi badan yang lebih sihat.
Warna Ungu dan Biru:
Mengandungi phytochemical seperti anthocyanin dan phenollic yang merupakan
antioksidan yang kuat bagi membantu mengurangkan risiko penyakit seperti kanser,
penyakit jantung dan alzheimers, menguatkan memori dan komunikasi sel serta
memperlahankan proses penuaan.
Warna Putih:
Mengandungi beta-glucans, EGCG, SDG, flavonoids, alicon dan lignan yang mengaktifkan sel darah putih B dan
T, membantu sistem imunisasi dan keseimbangan hormon.
Gabungan sayuran berwanra-warni menambahkan lagi selera. |
Itu adalah antara warna-warna biasa yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan yang
biasa menjadi sumber makanan bagi haiwan mahupun manusia. Ternyata banyak
sekali tumbuh-tumbuhan yang dijadikan sayuran dan ini merupakan keperluan bagi
manusia dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik.
Namun apabila tumbuh-tumbuhan dijadikan sebagai makanan kedua selepas sumber
haiwan (termasuk ikan, ayam, daging dan sebagainya) tahap kesihatan mudah
mengalami masalah.
Sekiranya anda masih berada dalam keadaan sihat atau ingin mengembalikan
tahap kesihatan anda menjadi lebih baik diharap artikel kali ini dapat
memberikan sedikit bantuan tentang memahami kelebihan khasiat yang terdapat
pada tumbuh-tumbuhan. Mungkin selama ini kita terlupa bahawa kita sentiasa disediakan
dengan kelengkapan yang cukup untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat dan
sejahtera.