|
Salah sebuah peti TV lama. |
Televisyen (TV) merupakan peralatan yang boleh dikatakan ada hampir di
setiap rumah hari ini. Oleh kerana kepesatan teknologi menyebabkan hari ini
terdapat pelbagai jenis TV yang disediakan untuk memenuhi pelbagai keperluan
pengguna. Namun begitu sebelum kita membeli set TV yang baru beberapa perkara
perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan pembaziran.
Tahukah anda yang menukar set televisyen anda yang lama mungkin dapat
menjimat bil elektrik anda? Ia merupakan satu perkara yang penting mengapa kita
perlu menukar peti TV dengan jenis TV yang baru kerana ia jauh menjimatkan dari
segi penggunaan tenaga elektrik. TV dari jenis Plasma dan LED menggunakan tenaga
elektrik yang lebih rendah (dengan keluasan skrin yang sama) berbanding peti TV
yang lama menggunakan CRT (Cathode Ray Tube). Namun begitu TV LED adalah lebih
menjimatkan berbanding TV Plasma dan mempunyai kualiti gambar yang lebih baik –
dengan nisbah contrast yang tinggi.
|
LED TV bukan sahaja nipis malah mempunyai gambar yang lebih menarik. |
Teknologi TV lama yang menggunakan CRT bukan sahaja mempunyai saiz yang
besar dan berat malah memerlukan voltan tinggi untuk membolehkan ia
menghasilkan gambar pada permukaan skrin. Oleh kerana peti TV lama mempunyai
litar ber-voltan tinggi, ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya cuba dibaiki
oleh seorang yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang membaiki TV. Bagi TV
warna pula ia mempunyai 3 senapang elektron untuk menghasilkan tiga cahaya
utama (primer) iaitu merah, hijau dan biru.
Manakala TV yang baharu seperti TV plasma dan LED dihasilkan melalui
teknologi yang jauh berbeza. Ia sama seperti skrin telefon anda cuma saiznya
yang lebih besar. Selain daripada mempunyai skrin yang lebih rata ia juga
membolehkan fail video dengan format komputer (seperti .avi, .mp4, .flv, . mpg,
.mov, .wmv, .3gp dan sebagainya) dimainkan terus – mengikut keserasian
peralatan yang telah diprogramkan. Ini menjimatkan lagi kos bagi mengurangkan
peralatan tambahan seperti set pemain pita video untuk TV CRT yang lama.
Set TV yang baru juga mempunyai kelebihan untuk digunakan dengan set
peralatan yang baru seperti decoder TV satelit dan kabel TV.
Peralatan-peratalan lain seperti pemain cakera BlueRay dan set permainnan video
games seperti Sony Playstation atau Xbox boleh disambung dengan mudah. Malah
anda juga boleh menggantikan paparan komputer dengan menjadikan TV anda sebagai
skrin paparan – untuk mendapatkan paparan yang lebih luas.
|
Perbezaan resolusi TV. |
Namun begitu kemajuan teknologi TV ini juga berkembang dengan cepat dan
semakin banyak teknologi baru diperkenalkan seperti 4K TV dan akan datang ialah
8K TV. Adalah dinasihatkan supaya anda tidak terlalu cepat menukar set TV anda
berikutan teknologi ini masih belum disediakan untuk kegunaan umum – masih kurang
bahan video atau saluran yang menyediakan rancangan dalam format ini. Namun
begitu anda berlu besedia kerana suatu masa nanti kita juga perlu bertukar
kepada teknologi semasa.
Jadi buatlah keputusan yang boleh memberikan anda faedah jangka panjang
dari segi penjimatan tenaga yang digunakan juga perbelanjaan yang perlu anda
keluarkan untuk memenuhi keperluan hiburan ataupun pekerjaan
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|