Jumaat, 21 Februari 2014

Bagaimana Manusia Boleh Bernafas Di Dalam Air?


Triton Respirator
Bagaimana air ditapis melalui bebenang halus.

Mungkin sehingga hari ini kita masih merasakan bahawa manusia tidak akan mampu bernafas di dalam air seperti ikan. Penggunaan peralatan SCUBA (Self-Contained Underwater Breathing Apparatus) merupakan salah satu usaha dalam mencapai matlamat ini. Memandangkan peralatan tersebut telah lama dicipta maka tibalah masanya peralatan pernafasan yang lebih canggih bagi menggantikan peralatan tersebut.

Mungkin itulah sumbangan cerita-cerita Sci-Fi yang kita lihat seperti cerita James Bond atau Star Wars yang menginspirasi penciptaan peralatan baru seperti mana yang digambarkan di dalam cerita tersebut. Peralatan yang digunakan Qui-Gonn Jinn untuk bernafas di dalam air sewaktu mengikuti Jar Jar Binks pulang ke kotanya di dalam air.

Bahagian-bahagian di dalam Triton Respirator.

Air yang ditapis keluar di bahagian hadapan Triton.

Alat yang dimaksudkan adalah dikenali sebagai Triton Oxygen Respirator yang direka oleh Jeabyun Yeon yang bertindak seperti insang tiruan bagi membantu manusia bernafas di dalam air untuk tempoh yang lebih lama. Berbanding menggunakan peralatan SCUBA tempoh penyelaman adalah bergantung kepada kuantiti udara yang disimpan di dalam tangki udara yang dibawa dan bersaiz agak besar.

Alat ini amat kecil dan mudah digunakan. Menggunakan pemampat mikro yang menggunakan kuasa bateri yang direka khas amat kecil dan efisyen. Pemampat ini akan mengumpulkan oksigen yang ditapis daripada air menggunakan batang kecil yang melunjur keluar yang bertindak sebagai insang. Hasil gabungan komponen-komponen ini mampu membekalkan jumlah oksigen yang cukup untuk digunakan semasa menyelam.

Rekabentuk Triton yang unik dan ringkas.

Trtiton mudah digunakan dan bersaiz kecil.

Ia berfungsi dengan menyedut air masuk melalui permukaan yang kelihatan seperti sisik ke dalam beberapa bahagian yang akan menapis oksigen daripada air menggunakan bebenang halus yang jauh lebih kecil daripada molekul air. Bekalan oksigen dipindahkan kepada pengguna dengan gigitan lembut pada Triton berbanding dengan menggunakan SCUBA yang memerlukan penyelam menghembuskan air keluar daripada peralatan mulut (mouthpiece).

Ia kelihatan menarik bukan! Tetapi udara yang kita gunakan untuk bernafas bukanlah 100% terdiri daripada oksigen dan ini boleh mengakibatkan keracunan oksigen. Pengukuran jumah tapisan oksigen perlulah tepat bagi memenuhi keperluan penyelaman yang menyeluruh (bagi kedalaman yang berbeza-beza).

Triton bakal menjadi peralatan penting para penyelam.

Dengan adanya konsep rekaan ini bagaimanapun kemungkinan untuk ianya digunakan adalah cerah. Apa yang penting kajian dan inovasi berterusan dengan gabungan daya imaginasi kreatif dalam memindahkan apa yang dilihat daripada alam (insang pada ikan) dapat diapplikasikan untuk kegunaan manusia.  Inilah hasil kajian teknologi nano yang membolehkan manusia mengolah penggunaan bahan pada tahap yang lebih halus.

Jika sebelum ini manusia telah berusaha untuk mereka cipta peralatan yang membolehkan mereka belayar di atas air dan terbang di udara mengapa tidak mereka akan terus berusaha untuk berenang seperti ikan. Semoga dengan rekaan seperti ini akan terus mencetuskan lagi bakat-bakat kreatif para peminat bidang reka cipta untuk mencipta peralatan yang membawa perubahan dalam kehidupan.


Free Download



Khamis, 20 Februari 2014

Jenis-jenis Ultrabook™ Yang Menggunakan Chip Intel


Kemajuan perisian komputer dan kepelbagaian pengguna memerlukan anda memiliki komputer yang berkuasa tinggi. Kepentingan mobiliti pula membolehkan anda menggunakan peralatan anda dalam bentuk laptop/notebook dan tablet sekaligus dapat menjimatkan daripada anda memiliki terlalu banyak gadget untuk dibawa bersama dalam satu masa.

Dalam kepesatan dan kepantasan dunia maklumat hari ini, keupayaan peralatan bermakna anda mampu melakukan kerja dengan pantas. Ini menjadikan perkara utama dalam idustri perkomputeran hari ini. Sehubungan itu timbul tanda tanya di antara peralatan-peralatan tersebut yang manakah lebih baik. Ini termasuk keupayaan di antara komputer Apple Mac dan juga PC yang menggunkana chip Intel® seperti yang kita sedia ketahui.

Sehubungan itu Intel® menyediakan chip-chip yang berkeupayaan yang dipanggil Ultrabook™ bagi melengkapi notebook dan juga laptop bagi pengeluar-pengeluar yang menyediakan produk menggunakan sistem PC yang dikeluarkan Microsoft®. Berikut adalah rangkaian produk Ultrabook™ yang berada di pasaran sekiranya anda benar-benar memerlukan produk yang berkeupayaan tinggi ini.

Acer Aspire S7-392 Ultrabook™

Acer Ultrabook
Acer Ultrabook menggunakan chipset generasi ke-4

Acer tampil dengan rangkaian Aspire S7 Series Ultrabook™ yang menjamin kualiti kelajuan yang tinggi disamping beberapa keistimewaan lain. Selian dilengkapi dengan skrin kaca yang tahan lasak Gorilla* Glass2 dalam memberikan kepuasan kualiti paparan HD dan fungsi kaca sesentuh yang sensitif. Selain penjimatan kuasa bateri yang membantu anda menjalankan tugas tanpa gangguan semasa membuat kerja-kerja di luar ia juga mempunyai papan kekunci yang bercahaya secara automatik.

Spesifikasi:

Ciri-ciri Istimewa:   Clamshell sesentuh
Processor:         4th gen Intel® Core™ i5, i7 processors
Saiz Skrin:        13.3"
Berat:            2.86 lbs
Responsiveness:  Intel® Smart Connect Technology4
Grafik:           Intel® HD Graphics 4400
Sistem Operasi:    Windows 8*

ASUS TAICHI 21 2 in 1 Notebook

Asus Ultrabook
Asus Taichi Ultrabook 2 dalam 1

Keunikan produk ASUS ini adalah ianya merupakan Notebook dengan dua paparan dan berfungi sebagai Notebook dengan papn kekunci yang lengkap dan sebagai tablet apabila anda hanya memerlukannya sebagai paparan maklumat-maklumat penting.

Spesifikasi:

Ciri-ciri Istimewa:   2 dalam 1 dengan skrin sesentuh
Processor:    3rd gen Intel® Core™ i5-3317U (1.7GHz) / Intel Core i7-3517U (1.9GHz)
Saiz Skrin:   11.6"
Berat:        2.7 lbs
Responsiveness:   Per UB specs
Grafik:      Intel® GMA HD
Sistem Operasi:    Windows 8* Home Premium (64-bit)

DELL 2 in 1 XPS* 12

Dell Ultrabook
Dell Ultrabook juga merupakan notebook dan tablet.

XPS* 12 adalah laptop dan dan tablet dalam satu. Dilengkapi dengan ppan kekunci skrin laptop ini boleh dipusingkan dan menjadikan ia sebagai sebuah tablet yang mudah digunakan. Rekabentuk XPS* 12 yang unik berbeza daripada Ultrabook™ yang lain. Namun begitu ianya agak berat bagi sebuah tablet.

Spesifikasi:

Ciri Istimewa:  2 dalam 1 dengan skrin sesentuh
Processor:  3rd gen Intel® Core™ i5 3317U (3M cache sehingga 2.6 Ghz)
Saiz Skrin:  12.5"
Berat: 3.35 lbs
Responsiveness:  Zero to boot in seconds2
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Windows 8*

Fujitsu LIFEBOOK* U772

Fujitsu Ultrabook
Fujitsu Ultrabook masih kurang menyerlah.

Fujitsu terkenal dengan produk notebook yang sesuai digunakan untuk tujuan professional sejak dari dahulu lagi. Rangkaian LIFEBOOK* Fujitsu sentiasa menjanjikan kualiti dan kegunaan yang optimum. Manakala bagi model ini ianya lebih mementingkan dari segi kualiti dan kuasa yang dimiliki oleh Ultrabook™ berbanding keistimewaan-keistimewaan yang lain. Namun begitu rangkaian ini agak lama kerana masih menggunakan chip Intel dari generasi ke-3 dan masih menggunakan sistem operasi Windows 7.

Spesifikasi:

Ciri Istimewa: Clamshell
Processor:  3rd gen Intel® Core™ i7-3667U vPro™ processor/3rd gen Intel® Core™ i5-3427U vPro™ processor/3rd gen Intel® Core™ i5-3317U processor
Saiz Skrin:  14"
Berat:  3.15 lbs
Responsiveness: Intel® Rapid Start Technology2
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Windows 7* Professional; 32 atau 64-bit (MUI)

HP ENVY TouchSmart* 14

HP Ultrabook
HP Ultrabook menggunakan chipset generasi ke-4.

Rangkaian produk HP ini menggunakan Chip Intel daripada generasi terbaru selain daripada rekabentuk yang menarik dan ciri-ciri yang bersesuaian sebagai produk yang menggunakan Ultrabook™. Rekabentuk yang nipis selain daripada skrin HD sesentuh memberikan anda kepuasan penuh menggunkan notebook yang berkelajuan tinggi.

Spesifikasi:

Ciri Istimewa: Clamshell dan skrin sesentuh
Processor: 4th generation Intel® Core™ i3-4010U
Saiz Skrin: 14"
Berat: 3.83 lbs
Responsiveness: Intel® Rapid Start Technology
Grafik: Intel® HD Graphics
Sistem Operasi: Windows 8*

Lenovo IdeaPad* Yoga 2 in 1

Lenovo Ultrabook
Lenovo IdeaPad Ultrabook 2 dalam 1.

Lenov IdeaPad* Yoga merupakan laptop hybrid yang boleh digunakan sebagai laptop dan tablet. Selain daripada ketrampilan yang nipis dan ringan, ia juga sesuai digunakan sebaga paparan apabila dilipat seperti khemah untuk tujuan presentasi yang ringkas. Dilengkapi dengan processor yang berkuasa tinggi dan ciri penuh sebuah laptop, anda tiada alasan untuk menyiapkan kerja lewat.

Spesifikasi:

Ciri Instimewa: 2 in 1 with touch1
Processor: 3rd gen Intel® Core™ i5, i7
Saiz Skrin: 13.3"
Berat: 3.3 lbs
Responsiveness: S4 to keyboard (<7 seconds)2
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Windows 8*

Samsung Series 9*

Samsung Ultrabook
Samsung Ultrabook mempunyai saiz yang besar.

Samsung Series9* Untrabook™ hanya menampilkan ciri berbeza memandangkan ianya agak nipis. Menggunakan Intel® Core™ dari generasi ke-3 processor i5. Kelebihan lain yang dapat dilihat dengan mudah pada produk ini adalah ianya mempunyai skrin yang agak besar iaitu 15”. Menggunakan sistem operasi Windows 7 (64-bit) mungkin menambahkan lagi kelajuan proses sesetengah software pada peralatan ini.

Spesifikasi:

Ciri Istimewa: Clamshell
Processor: 3rd gen Intel® Core™ i5 processor
Saiz Skrin: 15"
Berat: 3.63 lbs
Responsiveness: S4 KBD (< 7 seconds)2
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Genuine Windows 7* Home Premium (64-bit)

Sony VAIO* Duo 11 Hybrid 2 in 1

Sony Ultrabook
Untuk kepantasan dan mobiliti Sony Ultrabook 2 dalam 1.

Sekiranya anda memerlukan kedua-dua fungsi antara notebook dan tablet maka ini adalah jawapan yang paing tepat.  Dengan skrin yang berukuran 11” daan berat yang menyamai sebuah tablet ia merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang memerlukan mobiliti yang tinggi. Skrin sesentuh dan papan kekunci penuh boleh membantu anda menyelesaikan kerja sama seperti sebuah laptop berkuasa tinggi.

Spesifikasi:

Ciri Istimewa: 2 in 1 with touch1
Processor: Intel® Core™ i5-3317U (1.70GHz dengan Intel® Turbo Boost Technology sehingga 2.60GHz) Intel® Core™ i7-3517U (1.90GHz dengan Intel® Turbo Boost Technology3 sehingga 3.00GHz)
Saiz Skrin: 11.6"
Berat: 2.87 lbs
Responsiveness: Sony Rapid Wake* Technology (<2 saat)
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Genuine Windows 8* 64-bit atau Genuine Windows 8* Professional 64-bit

Satelite* U925t Ultrabook™ 2 in 1


Toshiba Ultrabook
Toshiba Ultrabook 2 dalam 1 yang menarik.

Satelite* U925t Ultrabook™ mempunyai rekabentuk yang unik disamping ciri-ciri 2 dalam 1 yang boleh berfungsi sebagai notebook dan tablet dalam masa yang sama. Dengan skrin yang sedikit besar. Menggunakan 3rd gen Chip Intel® i5 dengan sistem operasi Windows 8. Rekabentuknya yang unik amat menarik kerana papan kekunci tersimpan di bawah skrin dengan slide yang menarik.

Spesifikasi:

Ciri Istimewa: 2 in 1 with touch1
Processor: 3rd gen Intel® Core™ i5
Saiz Skrin: 12.5"
Berat: 3.35 lbs
Responsiveness: Less than 7 seconds2
Grafik: Intel® HD graphics
Sistem Operasi: Windows 8*

VIZIO Thin + Light* Ultrabook™


Vizio Ultrabook
Vizio Ultrabook mempunyai skrin yang paling besar.

Tampil dengan ciri yang terpaling nipis di Antara rangkaian Ultrabook™ mungkin disebabkan oleh saiznya yang besar menyebabkan ianya kelihatan lebih nipis. Menyediakan pelbagai rangkaian spesifikasi dari prosesor i3, i5 dan i7 anda mempunyai pilihan untuk memenuhi keperluan mengikut kesesuaian senario pekerjaan anda.

Spesifikasi:

Ciri Istimewa: Clamshell
Processor: 3rd gen Intel® Core™ i3, i5, i7 processor
Saiz Skrin: 15.6"
Berat: 3.89 lbs
Responsiveness: Intel® Rapid Start Technology2
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Windows 8*


Diharap paparan ini dapat membantu anda membuat pilihan tentang Ultrabook™ pilihan anda memenuhi keperluan penggunaan yang diperlukan. Memiliki peralatan yang sesuai bermakna anda menjimatkan masa dalam sesuatu perkara yang perlu diselesaikan. Semoga pada paparan lain lebih banyak perkara yang dapat dikongsi bersama.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.



Rabu, 19 Februari 2014

Makanan Untuk Kesihatan, Kacang Almond

Kacang Badam
Kacang Badam baik untuk kesihatan jantung dan kecerdasan otak.

Makanan kekacang memang terkenal baik untuk kesihatan dan ini termasuklah kacang badam atau juga dikenali sebagai Almond. Biasanya kacang badam hanya digunakan di dalam masakan ataupun untuk membuat biskut dan kek. Jadi adakah anda akan menjadikan badam sebagai salah satu makanan harian anda.

Nilai pemakanan Badam bagi 100 g (3.5 oz)
Tenaga
2,408 kJ (576 kcal)
Karbohidrat
21.69 g
- Kanji
0.74 g
- Gula
3.89 g
- Laktosa
0.00 g
- Fiber
12.2 g
Lemak
49.42 g
- Tepu
3.731 g
- Tak Tepu
30.889 g
- polyunsaturated
12.070 g
Protein
21.22 g
- Tryptophan
0.214 g
- Threonine
0.598 g
- Isoleucine
0.702 g
- Leucine
1.488 g
- Lysine
0.580 g
- Methionine
0.151 g
- Cystine
0.189 g
- Phenylalanine
1.120 g
- Tyrosine
0.452 g
- Valine
0.817 g
- Arginine
2.446 g
- Histidine
0.557 g
- Alanine
1.027 g
- Aspartic acid
2.911 g
- Glutamic acid
6.810 g
- Glycine
1.469 g
- Proline
1.032 g
- Serine
0.948 g
Air
4.70 g
Vitamin A
1 IU
- beta-carotene
1 μg (0%)
- lutein dan zeaxanthin
1 μg
Thiamine (vit. B1)
0.211 mg (18%)
Riboflavin (vit. B2)
1.014 mg (85%)
Niacin (vit. B3)
3.385 mg (23%)
Pantothenic acid (B5)
0.469 mg (9%)
Vitamin B6
0.143 mg (11%)
Folate (vit. B9)
50 μg (13%)
Choline
52.1 mg (11%)
Vitamin E
26.2 mg (175%)
Vitamin K
0.0 μg (0%)
Kalsium
264 mg (26%)
Zat Besi
3.72 mg (29%)
Magnesium
268 mg (75%)
Manganese
2.285 mg (109%)
Phosphorus
484 mg (69%)
Potassium
705 mg (15%)
Sodium
1 mg (0%)
Zinc
3.08 mg (32%)
Kacang seperti yang kita ketahui merupakan sumber protein daripada tumbuhan. Apa yang lebih menarik badam juga kaya dengan kalsium dan lemak monounsaturated (iaitu lemak yang baik untuk kesihatan jantung seperti yang terdapat di dalam minyak zaitun). Pengambilan segenggam badam sehari dapat membantu mengawal kadar tahap kolestrol LDL yang merbahaya kepada kesihatan jantung anda.

Kacang badam kaya dengan khasiat dan vitamin E dengan anggaran 26 mg per 100 gram. Ia juga diperkaya dengan serat, vitamin B, mineral seperti magnesium, copper, manganese, calcium dan potassium. Seperti juga kekacang yang lain badam juga mengandungi phytotesterol seperti Beta-sitosterol, stigmasterol, campesterol, sitostanol, dan campestanol yang dikaitkan dengan penurunan kadar kolestrol. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan resiko mengidap kanser walaupun kenyataan ini belum dapat dibuktikan secara saintifik.

Badam mengadungi 26% karbohidrat (12% fiber, 6.3% gula, 0.7% kanji dan selebihnya adalah campuran karbohidrat) dan ini membolehkan ianya sesuai untuk dijadikan tepung bagi kegunaan pembuatan kek dan biskut. Tepung badam sesuai digunakan untuk menyediakan makanan bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan karbohidrat. Tambahan pula ia akan memberikan rasa yang kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama.

Kekacang sering dimakan sebagai snek oleh pengamal-pengamal perubatan dan professional kerana selain membekalkan sumber tenaga ia juga kurang berlemak dan baik untuk kesihatan jantung dan kecerdasan otak.

Pastikan sekiranya anda ingin mengamalkan pengambilan badam gunakan badam yang di panggang secara kering dan juga tanpa garam. Badam hiris juga enak apabila ditaburkan bersama makanan kegemaran anda (seperti bubur oat atau kepingan biskut). Badam juga biasa dijadikan pengganti susu (almond milk) dan rasanya sangat enak.


Semoga ia dapat membantu anda dalam membuat pilihan untuk memperbaiki makanan yang biasa anda ambil dan mengekalkan kesihatan bagi jangka panjang.  


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.



Penemuan Fosil Dinasour Pertama Di Malaysia

Dr Masatoshi menunjukkan gigi dinasor sewaktu mendedahkan penemuan itu di Universiti Malaya. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR

Penemuan fosil dinasour pertama di Malaysia telah diumumkan oleh Prof. Madya Dr Masatoshi Sone dari Jabatan Geologi Universiti Malaya baru-baru ini. Ekspedisi yang dimulakan sejak Setember 2012 itu akhirnya mendedahkan penemuan mereka di Negeri Pahang (salah satu negeri yang masih dipenuhi dengan hutan simpanan terbesar di negara ini).

Kerajaan Negeri Pahang telahpun memberi kerjasama bagi mengelakkan kawasan penemuan tersebut daripada dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana kerja-kerja mencari tingalan fosil tersebut perlu dilakukan dengan cermat dan oleh kakitangan yang terlatih bagi mengelakkan kerosakan kepada tinggalan fosil tersebut.

Fosil yang dikatakan dimiliki oleh dinasour jenis spinosauridae itu adalah berasal daripada lewat era Mesozoic dan berkemingkinan besar dari tempoh Cretaceous – iaitu selepas tempoh Jurassic. Era Mesozoic yang adalah diantara 252.2 – 66 juta tahun dahulu yang mengandungi tempoh Triassic, Jurassic dan Cretaceous. Dakwaan ini adalah berdasarkan daripada enapan di mana fosil tersebut dijumpai.

Spinosaurus Family
Perbangingan saiz spesis-spesis spinosaurus berbanding manusia.

Bagi yang meminati dunia perfileman pasti pernah melihat dinasour seumpama ini di dalam filem Jurassic Park 3, di mana ia merupakan antara dinasour terbesar dan mempunyai muncung yang panjang seperti buaya. Sekiranya penemuan ini dapat mengesahkan keseluruhan struktur dinasour tersebut dan taburan kehidupan mereka yang menjangkau sehingga ke bahagian Asia Tenggara. Ini kerana sebelum ini penemuan fosil juga pernah dilaporkan di Thailand dan Laos malangnya tapak penemuan tersebut telah diganggu oleh orang ramai dan merosakkan tapak tersebut.

Apa Yang Menyebabkan Fosil Sukar Ditemui


Full Spinosaurus
Keseluruhan rangka spinosaurus yang lengkap dipasang.

Fosil hanya boleh ditemui sekiranya pergerakan kerak bumi membawa semula lapisan tanah (sediment) yang mengandungi fosil ke permukaan. Faktor cuaca juga memberi pengaruh yang besar dalam memastikan fosil dapat terbentuk dan tidak rosak semasa timbul semula ke permukaan bumi.

Seperti yang dapat kita saksikan fosil yang berusia jutaan tahun ini bukanlah mudah untuk dikenalpasti melainkan daripada mereka yang terlatih dan dapat membezakan antara batu biasa daripada fosil yang terbentuk daripada hasil tinggalan haiwan purba. Sehubungan itu adalah diharap penemuan seperti ini dapat dipelihara dengan baik dan diserahkan kepada mereka yang mempunyai kepakaran bagi memastikan ianya dapat dijalankan dengan lancar.

Faktor cuaca di negara kita juga tidak menjamin fosil yang terdedah dapat kekal dalam keadaan yang selamat untuk tempoh jangka masa yang panjang. Maka dengan itu kepekaan orang ramai juga penting dalam membantu penemuan seperti ini. Penemuan-penemuan seperti ini dapat membantu kita mengenalpasti keadaan geologi negara kita dimasa lampau seterusnya mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan seperti pergerakan kerak bumi, kejadian gempa bumi dan sebagainya.

Kemungkinan Yang Lain


Dengan penemuan ini maka tidak mustahil banyak lagi fosil-fosil yang terdapat di seluruh kawasan di negara kita. Maka adalah diharap orang ramai dapat menghubungi badan-badan yang sepatutnya sekiranya menemui sebarang fosil dan tidak menjalankan penggalian sendiri. Manakala pihak berwajib bolehlah memberikan orang ramai maklumat yang tepat mengenai cara-cara mengenalpasti dan memelihara tapak fosil dengan selamat. Melalui penglibatan orang ramai dan badan-badan yang dipertanggungjawabkan diharap lebih banyak penemuan diperolehi di masa-masa akan datang.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.



Arkib Blog