Jumaat, 7 Februari 2014

Perisian Aplikasi Percuma Untuk Window 2014


Memiliki PC/laptop baru merupakan satu perkara yang indah. Sekiranya ia merupakan PC/laptop yang pertama anda, anda pasti ingin mengetahui lebih lanjut tentang perisian-perisian (software) yang perlu anda install ke dalam PC/laptop tersebut. Sebagai panduan, kami menyenaraikan beberapa software yang boleh dikatakan essential bagi memastikan anda boleh menggunakan PC/laptop tersebut dengan lebih berkesan. Jangan risau, kerana kesemua software yang disenaraikan di sini boleh di muat turun secara percuma melalui internet.

Berikut adalah senarai beberapa perisian disyorkan untuk dipasang sebaik sahaja anda selesai memasang Window.

Best Antivirus

1. Antivirus / Internet Security
- Ini adalah perisian yang wajib ada pada setiap PC/laptop kerana pada masa kini, anda tidak boleh lari dari serangan virus dan "malware". Sekarang sudah banyak perisian antivirus yang disediakan secara percuma di internet. Ini merupakan perkara pertama yang anda perlu lakukan kerana sesetengah serangan virus boleh menyulitkan anda membuat installation perisian Anti-Virus.

Antivirus percuma yang kami syorkan ialah Avira Free Antivirus, Avast Antivirus.


Ccleaner

2. Registry Repair & Cleaner
- Perisian ini adalah adalah amat penting di mana dengan penggunaan harian seperti melayar internet, memasukkan dan membuang perisian atau data, data lebihan yang tidak dipakai lagi kadang kala masih tersimpan dan boleh memberikan masalah kepada PC/laptop anda. Dengan perisian ini, segala data lebihan dan tidak dipakai akan dibaiki ataupun dibuang untuk mengelakkan masalah kepada PC/laptop anda.

Perisian yang kami syorkan ialah CCleaner.



3. Perisian Zip
- Kadang-kala anda akan terlihat fail yang berformat zip, rar dan 7z. Ini adalah format fail yang telah dimampatkan untuk mengecilkan saiz fail tersebut. Fail jenis zip memerlukan perisian zip. Kebanyakkan fail yang disediakan untuk dimuat turun di internet telah ditukarkan kepada format zip untuk memastikan anda dapat memuat turun fail dengan pantas. Jadi perisian zip adalah penting bagi memastikan anda sentiasa bersedia untuk mengekstrak fail jenis ini.

Perisian yang kami syorkan ialah 7Zip.

Google Chrome dan Mozilla Firefox adalah antara pelayar Internet yang paling popular.

4. Pelayar Internet
-Pada masa kini pelayar internet adalah wajib bagi mereka yang menggunakan internet terutamanya bagi mereka yang ingin memeriksa Email dan melayar Facebook. Pelayar internet akan memaparkan isi kandungan sesebuah laman sesawang dengan lebih berkesan - ini kerana ia menggunakan bahasa yang hanya boleh difahami oleh Pelayar Internet yang juga dikenali sebagai 'Browser'. Terdapat pelbagai jenis browser yang boleh di muat turun secara percuma. Namun terdapat jenis browser yang lebih baik di antaranya.

Pelayar internet yang kami syorkan ialah Mozilla Firefox atau Google Chrome.


Adobe Flash Player adalah pemain Flash yang biasa digunakan ketika ini.

5. Pemain Flash
- Jika anda menggunakan pelayar internet, maka anda juga tidak dapat lari dari melayar laman sesawang yang mempunyai fail berformat Flash. Sebagai contoh laman sesawang Youtube menggunakan flash untuk membolehkan laman sesawang mereka memainkan video. Tanpa pemain Flash, anda tidak dapat menonton video yang ada di laman sesawang Youtube. Permainan video yang terdapat di Facebook juga menggunakan Flash.

Pemain Flash yang kami syorkan ialah Adobe Flash Player dan Adobe Shockwave.


PDF reader membolehkan anda membaca kandungan fail .pdf

6. Pembaca PDF- Fail berformat PDF biasanya dapat dilihat pada ebook. Ini kerana fail jenis ini tidak dapat ditiru dan diklon dengan mudah. Kebanyakkan peniaga online di Malaysia menyediakan invois atau resit pada pelanggan mereka dengan fail berformat ini. Anda boleh membuat persediaan awal dengan membuat installation terlebih dahulu sebelum berhadapan dengan dokumen-dokumen yang dikongsi melalui fail-fail PDF.

Pembaca PDF yang kami syorkan ialah Adobe Reader, Foxit Reader atau Sumatra PDF.


OpenOffice dan LibreOffice adalah antara aplikasi pemproses perkataan percuma yang semakin popular ketika ini.

7. Pemproses Perkataan
- Perisian ini digunakan untuk membuat dokumen dan amat penting terutamanya bagi pelajar dan bagi mereka yang bekerja. Pada masa kini, perisian aplikasi ini digunakan dengan lebih meluas di mana aplikasi ini sudah mampu untuk menghasilkan poster, risalah dan sebagainya. Pemprosesan perkataan yang biasa digunakan adalah Microsoft Office, Words. Namun terdapat juga perisian perkataan lain yang disediakan secara percuma.

Perisian aplikasi yang kami syorkan ialah LibreOffice atau OpenOffice.

Itu adalah antara senarai perisian-perisian (software) yang penting bagi membolehkan PC/laptop anda bekerja dengan lebih efisyen. Tanpa perisian tersebut anda mungkin akan hanya sekadar bermain permainan video menggunakan PC/laptop anda - mungkin ia tidak membawa hasil yang berbaloi dengan pembelian PC/laptop yang bernilai ribuan ringgit tersebut.

MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.


Pengurusan Kewangan Dengan Pelan Takaful


Pelan perlindungan kewangan membantu disaat memerlukan.

Pengurusan dana kewangan dengan menyediakan pelan kecemasan seperti pelan perlindungan Takaful dapat membantu disaat-saat anda memerlukan. Walaupun pelan perlindungan kewangan seperti insurans konvensional mahupun takaful telah lama berada di pasaran namun tahap kesedaran dan pendidikan masyarakat umum mengenai pelan-pelan ini masih lagi di tahap yang asas.

Pelan kewangan seperti ini sebenarnya bertujuan membantu anda sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini dan mengelakkan anda daripada berhadapan dengan krisis kewangan yang tidak terduga. Ia juga mungkin mengakibatkan masalah berlanjutan kepada para pewaris, perniagaan atau anda sendiri.

Pelan perlindungan kewangan Takaful mematuhi beberapa prinsip dalam urusniaganya. Ini menjadikan ianya sedikit berbeza daripada insurans konvensional. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

Takaful Ikhlas antara syarikat terawal menawarkan pelan perlindungan Takaful.

1) Anda mestilah mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam subjek yang berkenaan untuk menyertai pelan Takaful. Ini merupakan prinsip asas pelan perlindungan.

2) Kontrak Takaful adalah berdasarkan prinsip penuh percaya mutlak (amanah) yang memerlukan anda mendedahkan semua maklumat semula yang berkaitan. Anda perlu jelas mengenai perkara ini kerana perlindungan anda boleh dibatalkan sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak lengkap/tidak tepat.

3) Anda hanya boleh memporolehi nilai kerugian kewangan anda dan bukan mendapat keuntungan berikutan sesuatu kerugian yang boleh ditentukan nilainya. Sebagai contoh nilai kenderaan anda hanya akan dibayar mengikut nilai kerosakan atau jumlah harga semasa dan bukan melebihi daripada nilai tersebut. Katakan nilai kereta anda adalah RM 30,000.00, maka jumlah kerugian maksima yang akan ditanggung hanyalah RM 30,000.00 dan tidak boleh melebihinya.

4) Dalam menentukan pampasan, pengendali Takaful akan mengenal pasti punca kerugian tersebut. Iaitu satu siasatan akan dijalankan bagi membuktikan tiada unsur-unsur penipuan dalam pampasan yang dilakukan.

5) Setelah anda menerima pampasan bagi kerugian tersebut, pengendali Takaful berhak menuntut daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut. Ini berlaku di antara syarikat-syarikat yang menguruskan pelan Takaful tersebut.

6) Sekiranya sesuatu kerugian ditanggung oleh lebih daripada satu pelan Takaful atau polisi insurans, pengendali Takaful yang telah membuat pembayaran kepada anda boleh meminta pengendali Takaful atau syarikat insurans lain yang terbabit untuk menyumbang mengikut kadar bahagian masing-masing. Ini berlaku sekiranya anda mengambil pelan perlindungan daripada dua pihak pengendali Takaful berlainan untuk sesuatu perlingdungan (contoh: rumah/kenderaan/kedai dll.)

Kefahaman Asas Takaful ini tidak jauh bezanya daripada prinsip asas insurans biasa yang lebih dahulu diperkenalkan sebelum ini. Maka dengan itu, pelan Takaful juga dipelbagaikan memenuhi semua keperluan sama seperti insurans tersebut iaitu merangkumi;

MAA Takaful antara pengendali Takaful yang terbaik.

- Pelan Keluarga

- Pelan Berkaitan Pelaburan

- Pelan Pendidikan Anak

- Pelan Perubatan dan Kesihatan

- Pelan Anuiti

Manakala di bawah Takaful AM pula menyediakan perindungan termasuklah;

- Pelan Kebakaran/Empunya/Isi Rumah

- Pelan Motor

- Pelan Kemalangan Diri

Kesedaran mengenai pelan perlindungan kewangan semakin mendapat perhatian masyarakat samada melalui pelan insurans mahupun pelan Takaful. Namun begitu kefahaman mengenai bagaimana ia bekerja masih lagi di tahap yang umum dan ianya hanya difahami oleh mereka-mereka yang mengendalikan pelan-pelan tersebut secara professional.

Namun begitu, keperluan gaya hidup hari ini menjadikan pelan perlindungan ini juga sebagai salah satu keperluan dalam mengelakkan anda daripada menampung kerugian akibat perkara-perkara yang tidak diduga.

Seperti pelan perlindungan kesihatan misalnya berikutan perbelanjaan kos perubatan yang disediakan oleh badan-badan kerajaan atau swasta hari ini adalah jauh lebih tinggi. Maka dengan itu anda tidak perlu berhadapan dengan keseluruhan perbelanjaan tersebut dan apa yang lebih baik bila ianya berlaku secara mengejut.

Berikut adalah senarai pengendali-pengendali Takaful di Malaysia yang diluluskan daripada Bank NegaraMalaysia.

Institusi perbankan juga turut menawarkan pelan Takaful.

- AIA AFG Takaful Bhd.

- AIA PUBLIC Takaful Bhd.

- AmFamily Takaful Berhad

- Etiqa Takaful Berhad

- Great Eastern Takaful Berhad

- HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

- Hong Leong MSIG Takaful Berhad

- MAA Takaful Berhad

- Prudential BSN Takaful Berhad

- Sun Life Malaysia Takaful Berhad (CIMB Aviva Takaful Berhad)

- Syarikat Takaful Malaysia Berhad

- Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Great Eastern turut menawarkan pelan Takaful.
HSBC juga tidak ketinggalan.

Secara umumnya kesemua syarikat pengurusan insurans dan Takaful adalah di bawah selengaraan dan pemantauan Bank Negara kerana ianya melibatkan jumlah wang yang besar. Selain itu juga ia mengawal dan meluluskan jumlah premium yang dikenakan bagi jumlah perlindungan yang ditawarkan.

Walaubagaimanapun terdapat banyak pelan insurans dan Takaful yang berbeza dan anda perlulah mendapatkan penjelasan yang tepat sebelum membuat keputusan untuk sesuatu pelan yang ditawarkan. Anda juga digalakkan menambah pengetahuan mengenai pelan-pelan ini bagi mengelakkan wakil-wakil penjual yang cuba mengaut keuntungan yang lebih dengan menawarkan perlindungan yang kurang tepat daripada yang anda perlukan.


Diharap ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapat kefahaman mengenai perlindungan Takaful sepertimana yang biasa kita dengar dari wakil-wakil penjual pelan perlindungan tersebut. Semoga kita semua menjadi pengguna yang bijak dalam membuat pilihan.

MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.


Selasa, 4 Februari 2014

Perkhidmatan Cardless Withdrawal Dari Maybank2u


Tahukah anda bahawa Maybank ada menyediakan perkhidmatan pengeluaran tunai tanpa kad yang dinamakan "Cardless Withdrawal" atau Pengeluaran Tanpa Kad. Bayangkan sekiranya anda tiba-tiba perlu mengirim wang kepada anak anda yang sedang belajar di Bandar yang berjauhan. Jadi anda boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan pantas, mudah dan selamat.

Perkhidmatan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang akan membolehkan pelanggan bank untuk melaksanakan bayaran pindahan dana kepada orang ketiga dengan mudah.

Perkhidmatan baru ini akan merevolusikan cara orang ramai menghantar dan menerima wang kerana anda hanya perlu mempunyai telefon bimbit untuk menerima dana, walaupun anda bukan seorang pelanggan Maybank. Ya, penerima hanya perlu memiliki telefon bimbit untuk menerima kod pindahan dari anda sebelum mengeluarkan wang yang dikirim di mesin ATM yang mempunyai perkhidmatan ini.

Pengeluaran Perkhidmatan "Cardless" membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pindahan dana kepada mana-mana nombor mudah alih di Malaysia. Setelah pemindahan dilakukan, penerima akan menerima kod yang selamat melalui SMS untuk melakukan pengeluaran "Cardless" di mana-mana mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa memerlukan Kad ATM.

Ini adalah cara yang cepat dan mudah untuk menghantar wang tunai kepada keluarga dan rakan-rakan anda apabila mereka paling memerlukannya. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri sendiri setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM bersama anda!

Berikut adalah cara asas bagaimana anda boleh mula menggunakan Perkhidmatan Cardless Maybank:

1. Penghantar memulakan fungsi 'Pengeluaran Cardless' dari Maybank2u .
2. Penerima menerima pemberitahuan SMS. Pengirim menerima kod pengeluaran.
3. Penerima mengeluarkan wang tunai di mesin ATM Maybank dengan memasukkan kod.

Anda boleh melihat "link" atau pautan "Cardless Witdrawal" di dalam menu "Transfer" di Maybank2u.

Sudahkah mesin ATM Maybank di kawasan anda mempunyai perkhidmatan "Cardless Withdrawal" ini?


Sebarang maklumat lanjut anda bolehlah menyemak perincian dari Maybank.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.



Isnin, 3 Februari 2014

Panduan Memilih Spesifkasi PC Yang Lebih Menguntungkan

Memiliki PC yang mampu digunakan secara optimum amat menguntungkan.

Memiliki sebuah PC yang baik bukan sahaja memiliki kuasa speed GHz yang tinggi tapi mampu memberikan anda ruang untuk membuat upgrade di masa yang akan datang. Sekiranya anda masih baru dalam dunia PC, ini adalah merupakan beberapa panduan asas yang anda perlu ketahui dalam memilih PC yang mampu bertahan untuk beberapa tahun lebih lama dari segi ‘software’ ataupun ‘hardware’.

Semenjak berkembangnya keperluan penggunaan PC di serata dunia dan dalam kehidupan ramai di antara kita telah mempelajari bahawa keperluan menaiktaraf ‘upgrade’ sesebuah PC perlu dilakukan selang beberapa tahun 3 – 5 tahun. Ini kerana perubahan ‘software’ yang sentiasa memerlukan penambahan kelajuan sesebuah PC. Namun anda tidak mahu ketinggalan kerana ia juga bermakna kualiti ‘software’ tersebut telah dipertingkatkan. Maka dengan itulah pembelian yang bijak dapat memastikan anda boleh menggunakan PC tersebut untuk tempoh yang lebih lama ataupun anda hanya perlu melakukan sedikit penambah baikan.

Pemproses CPU

CPU merupakan keperluan utama sistem komputer.

Bagi pengguna biasa CPU hanya diukur daripada jenis dan kelajuan sahaja. Berlainan pula dengan para teknikal yang biasa berhadapan dengan komputer yang lebih mementingkan jenis socket yang digunakan. Ini kerana socket tersebut bermakna anda berpeluang menukarkan CPU tersebut dengan CPU yang lebih baik di masa akan datang. Kesemua CPU didatangkan dengan kod socket mengikut standard yang ditetapkan. Terdapat beberapa jenis socket yang biasa digunakan. Jadi adalah lebih baik sekiranya socket tersebut boleh dipadankan dengan jenis-jenis CPU yang lebih baik seperti socket LGA1155 kerana kebanyakan processor terbaik intel disediakan dalam socket tersebut.

Beberapa perkara yang perlu anda ketahui mengenai komputer adalah seperti berikut;

Speed/kelajuan: Kelajuan processor diukur melalui unit Hz. Ia menunjukkan jumlah kerja yang mampu dilakukan dalam satu masa. Mungkin sesuatu kerja mamakan masa dalam 100hz, 1000hz dan sebagainya. Jadi sekiranya anda mempunyai prosessor yang mempunyai kelajuan yang tinggi ini bermakna kerja tersebut boleh dilakukan dengan lebih pantas.

Core: Selain daripada kelajuan bilangan core di dalam CPU dapat membantu menyelesaikan perkara secara serentak. Ini bermakna dengan gandaan bilangan core, kelajuan yang lebih rendah mampu menyelesaikan tugasan yang sama dengan prosessor yang mempunyai satu core sahaja.

Sekiranya anda menggunakan PC anda untuk kegunaan yang berat dengan pemprosesan grafik anda perlu menitik beratkan tentang penggunaan CPU yang berkuasa tinggi. Ini kerana proses yang digunkan oleh software seperti ini mempunyai banyak proses yang berlaku serentak. Anda juga mungkin memerlukan Sistem Operasi/OS (Operating System) pada kadar 64bit yang lebih pantas.

RAM (Random Access Memory)

RAM yang cukup membantu CPU bekerja dengan lebih efektif.

RAM menyediakan ruang simpanan sementara untuk membantu kepantasan maklumat yang diperlukan oleh CPU. Ia bagaikan memori sementara di dalam otak manusia. RAM yang seimbang dengan kelajuan CPU dapat mengoptimumkan kelajuan operasi pada PC anda. Oleh kerana kadar penggunaan sofware yang meningkat pada suatu masa – seperti melakukan kerja dan mendengar muzik atau video dalam masa yang sama. Ini memerlukan RAM yang lebih besar. Namun hari ini RAM dari jenis DDR3 direka untuk memberikan kelebihan dari segi kepantasan dan ruang simpanan sementara yang lebih besar. Namun begitu anda hanya boleh menggunakan DDR3 sekiranya ia merupakan RAM yang digunakan oleh papan induk (motherboard) anda.

Motherboard/Papan Induk

Motherboard menyambungkan kesemua perkakasan menjadi 1 unit komputer.

Motherboard menyambungkan kesemua perkakasan seperti CPU, RAM, Hard Disk, Graphic Card, External Drive, Internal Drive, Monitor, Speaker, LAN wire, WiFi dan lain-lain lagi. Ia juga memastikan jenis perkakasan yang boleh digunakan/dipadankan bersama. Kerana di sinilah yang akan menentukan jenis socket CPU anda, jenis RAM yang boleh digunakan, Graphic card dan lain-lain lagi.

Terdapat banyak jenis motherboard yang berada di pasaran dan biasanya PC biasa menggunakan jenis ‘built-in graphic card’, ‘audio processor’ dan lain-lain lagi bagi menjimatkan ruang pada PC. Namun begitu ia akan menyebabkan PC tersebut sukar di-upgrade pada masa akan datang.

Oleh sebab itu PC lebih baik disediakan menggunakan ‘motherboard’ yang mampu menyediakan sambungan ke perkakasan yang boleh dipertingkatkan. Anda perlu membuat pemeriksaan kepada ‘motherboard’ dalam memastikan ‘hardware’ yang boleh dipadankan sebelum membelinya.

Graphic Card

Membantu menghasilkan kualiti graphic yang lebih baik dan pantas.

Graphic Card membantu meproses maklumat paparan dengan lebih pantas. Oleh sebab itu bagi memastikan PC anda dapat bekerja dengan lebih baik, kerja-kerja berkaitan grafik atau paparan boleh diserahkan kepada ‘graphic card’. Malah bukan itu sahaja dalam sesetengah bidang adakalanya anda memerlukan lebih daripada satu ‘monitor’, dan ini boleh diselesaikan dengan mudah menggunakan ‘graphic card’ yang membolehkan anda menyediakan sehingga empat paparan monitor yang memaparkan kerja-kerja yang berasingan.

Graphic Card menerima isyarat daripada CPU mengenai paparan yang perlu dihasilkan. Paparan yang terperinci dan pantas seperti video/grafik/3D sudah tentu memerlukan kadar pemindahan antara CPU dan ‘graphic card’ yang pantas. Sehubungan itu ‘graphic card’ juga dilengkapi dengan papan sambungan yang berbeza-beza seperti;

PCI – Peripheral component interconnect
AGP – Advanced graphic port
PCIe – PCI Express

PCIe merupakan sambungan yang terbaru dan mampu membuat pertukaran maklumat yang paling pantas kepada CPU.
Beberapa ciri lain yang penting pada ‘graphic card’ adalalah keupayaan pemprosessan sama seperti CPU juga yang diukur dalam unit Hz. Saiz memori bus (bits) yang menetukan kadar pemprosesan maklumat. Memori yag disediakan bagi tujuan penyipanan maklumat sebelum dihantar ke monitor. Lebar jalur (Bandwidth) GB/s jumlah maklumat yang mampu disediakan dalam masa sesaat. Dan juga RAMDAC (MHz) jumlah maklumat yang dapat disediakan untuk paparan pada monitor.
‘Graphic card’  amat penting pada PC generasi baru kerana aplikasi komputer yang semakin bertambah. Ia dapat mengurangkan bebanan kepada CPU dan juga memberikan ruang kepada penggunaan yang lebih optimum – apabila lebih dari 1 monitor diperlukan. Jadi anda tidak perlu memiliki lebih PC sebaliknya 1 PC dan bilangan ‘monitor’ yang lebih.

Power Supply/ Sumber Kuasa:


Power Supply membekalkan kuasa kepada semua peralatan untuk berfungsi.

Walaupun sumber kuasa tidak menentukan kepantasan PC anda, namun bekalan kuasa yang mencukupi dan stabil amat penting dalam memastikan PC anda dapat bekerja dengan lebih baik. Sebahagian ‘power supply’ yang kurang berkualiti mempunyai gangguan pada bekalan elektriknya dan boleh membahayakan komponen PC anda. Begitu juga bekalan kuasa yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan perkakasan berfungsi dengan tidak betul.
Bekalan kuasa yang baik dapat membekalkan kuasa yang cukup kepada semua bahagian komponen di dalam PC dan dalam masa yang sama berkeadaan stabil. Ini kerana sesetengah pengguna PC akan menggunakan PC mereka 24/sehari untuk pelbagai kegunaan dan anda mungkin tidak menyangka yang ini adalah perkara yang biasa.
Pemilihan power supply yang betul memastikan ianya sepadan dengan semua perkakasan yang digunakan pada unit PC yang digunakan. Kesemua pin bekalan kuasa cukup untuk menampung segala perkakasan lain dengan jumlah Watt yang betul. Kesilapan ini boleh mengakibatkan ‘power supply’ menjadi terlalu panas atau kerosakan pada perkakasan tersebut.
Anda boleh membuat perbandingan dengan PC-PC yang biasanya dikonfigurasikan oleh pembekal-pembekal PC lain bagi memahami padanan ini dengan lebih baik. Kebiasaannya PC yang disediakan secara asas (minimal) hanya menyediakan keperluan asas sistem dan anda mempunyai sedikit ruang untuk membuat penambah baikan. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda bersedia lebih awal mengenai keperluan ini.

Anda boleh membuat rujukan di sini: Spesifikasi PC


Free Download



Ahad, 2 Februari 2014

Fakta Menarik Mengenai Bulan

Hanya sebahagian bulan sahaja yang boleh dilihat daripada permukaan bumi.

Bulan merupakan objek paling dekat berada dengan bumi. Selain merupakan satelit semulajadi kepada bumi ia juga mempunyai kaitan yang rapat dan mempunyai pengaruh yang kuat kepada kehidupan di bumi. Pengetahuan umum terhadap bulan semakin berkurangan berikutan penggunaan sistem calendar yang berpandukan kepada matahari. Jadi apa kata kita lihat beberapa fakta menarik mengenai bulan.

Ringkasan Profil Bulan:

- Ukur lilit bagi garis tengah bulan: 10,917 km
- Diameter bulan: 3,475 km
- Berat: 73,476,730,924,573,500 juta kilogram (0.0123 x Bumi)
- Jarak purata dari bumi: 384,000 km
- Jangkamasa Orbit: 27.3 hari bumi
- Suhu Permukaan: -233 ~ 123 °C

Keadaan fasa bulan yang menentukan tarikh dalam kalendar Bulan.

1) Bulan mempunyai diameter 27% dan ketumpatan sebanyak 60% daripada bumi. Berbanding dengan bulan-bulan pada planet-planet yang lain di dalam sistem solar bulan merupakan yang kedua tumpat selepas Io – iaitu satelit bagi planet Mustari.

2) Kajian mengenai bulan telah dilakukan sejak beribu tahun dahulu. Antara yang diketahui manusia sejak abad ke-5 BC, iaitu para pengkaji Babylon telah berjaya memahami ‘Saros cycle untuk mengetahui kejadian gerhana bulan yang mengambil masa kira-kira 18 tahun. Begitu juga dalam memahami garis orbit bulan yang memanjang (bukannya bulat). Ini menjadikan kebanyakan masyarakat dunia mempunyai kalendar mereka yang berdasarkan peredaran bulan (Cina, Maya, Mesir, Greek, Babylon dan lain-lain).

3) Bulan menghadap ke bumi pada permukaan yang sama. Ini menjadikan sebahagian lagi kawasan bulan tidak boleh dilihat dari permukaan bumi. Keadaan yang sama juga berlaku bagi planet-planet lain yang mempunyai bulan masing-masing.

4) Walaupun bulan kelihatan tetap berada pada orbitnya, ia adalah semakin menjauh daripada bumi pada kadar 4 cm setahun. Kedaan ini disebabkan oleh conservation momentum pada orbit bumi. Ia akan memakan masa yang lama sehingga bulan berada cukup jauh dari bumi dan kelihatan berada pada satu tempat yang sama (kira-kira 50 billion  tahun).

5) Saiz bulan kelihatan seakan-akan sama dengan matahari walaupun saiz sebenar matahari adalah 400 kali ganda berbanding saiz bula dan dalam masa yang sama berada pada jarak 400 kali ganda juga berbanding bulan. Bulan dikatakan berada lebih hampir dengan bumi billion tahun dahulu (dan ia masih lagi dalam proses menjauhi bumi) dan pada masa itu ia kelihatan lebih besar berbanding hari ini.

Kedudukan bulan dan keadaan pasang surut air laut.

6) Graviti bulan juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pasang surut air laut di permukaan bumi. Dalam keadaan gravity bulan dan matahari berada dalam satu baris maka berlakulah pasang besar dan air surut. Malah bukan itu sahaja keadaan ini juga turut mempengaruhi kerak bumi. Anda sebenarnya ditarik beberapa meter bersama kerak bumi tanpa menyedarinya!

7) Bulan merupakan yang kelima terbesar bagi satelit-satelit semulajadi dalam sistem solar. Bulan terbesar adalah bulan bagi planet Mustari iaitu Ganymede (5,262 km), diikuti oleh bulan bagu planet Zuhal iaitu Titan, bulan Mustari Callisto, juga Io dan barulah bulan bagi kita dengan diameter 3,475 km.


Di dalam artikel yang berasingan saya akan berkongsi dengan anda bagaimana membaca kedudukan bulan. Di sebahagian negara, pengetahun mengenai peredaran bulan termasuk di dalam silibus pembelajaran di peringkat sekolah rendah dengan kaedah pemerhatian (observation) dan catatan berjadual. Amat memeranjatkan kerana masyarakat kita semakin melupakan kepentingan waktu peredaran bulan dalam kehidupan mereka.



Free Download



Sabtu, 1 Februari 2014

Ingin Memiliki Komputer PC Berprestasi Tinggi; Tawaran 2014.


Pengguna-pengguna PC baru mungkin satu hari akan mendapati prestasi PC mereka di bawah tahap yang mereka perlukan. Ini berlainan pula dengan pengguna yang telah biasa menggunakannya kerana segala spesifikasi yang diperlukan difahami dengan jelas dan memudahkan mereka membuat pilihan dengan tepat.

PC yang digunakan untuk pelbagai kegunaan grafik dan kerja-kerja berat yang melibatkan Audio/Video memerlukan kepakaran dalam pemilihan perkasasan (hardware) yang digunakan. Sehubungan itu kami menyarankan supaya anda membuat pemilihan yang sesuai seperti berikut;

Pemasangan PC Kostum;


Pemasangan jenis ini mampu memberikan kepuasan kepada pengguna dari segi prestasi dan ketahanan. Gabungan perkakasan juga adalah bagi memenuhi keperluan anda dalam masa beberapa tahun lebih lama sesuai dengan perubahan teknologi perkomputeran yang sentiasa berkembang. Berikut adalah jenama perkakasan yang digunakan;

Jenama:
- Processor: Intel/AMD
- Motherboard: Asrock/MSI
- RAM: Kingmax
- HDD: HGST/WD
- Graphic Card: MSI
- Power Supply: E.Superpower/Aerocool Strike-X
- PC Casing: E.Supercase
- Gaming PC Casing: Aerocool Strike-X

*Pemilihan perkakasan adalah bertujuan memastikan PC anda mampu bertahan dalam keadaan penggunaan yang optimum. Malah bagi sesetengah pengguna terutama ‘gamer’ PC mereka sentiasa dalam keadaan ‘ON’ 24jam sehari.

* Sebagai panduan mengenai perkakasan komputer ikuti artikel Panduan PC.


Grafik card memberikan lebih keupayaan untuk kualiti graphic yang pantas.

Anda boleh membuat pemilihan seperti spesifikasi-spesifikasi di bawah:

SPESIFIKASI A (Gaming PC)
SPESIFIKASI B (Gaming PC)
SPESIFIKASI C (General PC)
SPESIFIKASI D (Value Gaming PC)
SPESIFIKASI E (Gaming PC Hi)
SPESIFIKASI F (Gaming PC Hi)
SPESIFIKASI G (Gaming PC Advance 2014)
Tempahan

* Sebagai panduan mengenai perkakasan komputer ikuti artikel Panduan PC.

SPESIFIKASI A (Gaming PC)


Battlefield 4, COD: Ghost, Assassin’s Creed 4: Black Flag & Grand Theft Auto 5 READY..
RM 3,035 – RM 2,960 (Promosi Terhad)

- Intel i5-3330 3.0GHz proc
- Cooler Master Hyper 212X Proc Cooler
- MSI B75A-G43 GAMING (Dragon) mobo
- Kingmax Nano Gaming 8GB 1600 (2x 4GB)
- WD 500GB SATA3 HDD
- MSI GTX 7602GB Twin Frozr OC [Dragon] (N760 TF 2GDS/OC)
- 24x DVD-RW
- Aerocool Strike-X 600W
- Aerocool GT Advance (Black/White)
- USB Keyboard + 6D Gaming Mouse + Headset + Mic

*Keserasian peralatan dipilih bagi memastikan prestasi permainan dan kestabilan yang baik. Gaming PC juga sesuai bagi kerja-kerja yang melibatkan grafik/ video/ audio yang tinggi.

SPESIFIKASI B (Gaming PC)


PS4 & Xbox One Alternative
RM 2,145 (Stok Terhad)

- AMD (8 Core) FX-8320 35000MHz Black Edition
- Asrock 980DE3/U3S3 (SATA3 & USB3) mobo
- 8GB 1600 DDR3 RAM
- 500GB 7200rpm HDD
- AMD SAPPHIRE R7 260X 2GB GDDR5 OC
- 24x DVD-RW
- 600W Gaming PSU
- Aerocool GT Advance (Black/White) Gaming Chasis

Ciri-ciri lain:
- Mantle Ready!!! – meningkatkan prestasi PC anda melalui API daripada Mantle.
- 4K Resolution Ready!!! – sedia dengan resolusi untuk video True HD 1440p.
- AMD True Audio Technology – meningkatkan lagi pengalaman permainan anda.
- Low Power Consumption – technologi jimat tenaga untuk penjimatan bil elektrik.
- SATA3 & USB3 – untuk pemindahan maklumat yang lebih pantas.

SPESIFIKASI C (General PC)


INTEL WORKSTATION/OFFICE/STUDENT/BASIC PC
RM 893 – RM 843 (Harga FEB 2014)

- Intel Dual Core G2020 2.9Ghz (ivy) Proc
- Asrock H61M-VS3 mobo
- Kingmax 2GB 1600 DDR3 RAM
- WD 500GB SATA HDD
- 24x DVD-RW
- 450Watt PSU
- Value Series PC Chassis
PERCUMA USB Keyboard + 6D Gaming Mouse + Headphones with mic

Catatan: Sesuai untuk pengguna baru/ pejabat/ pelajar/ CCTV/ kegunaan biasa.

SPESIFIKASI D (Value Gaming PC)


INTEL SUPER VALUE GAMING PC
RM 1,450 – RM 1,409 (Harga FEB 2014)

- Intel Dual Core G2030 3.00Ghz (ivy) Proc
- Asrock H61M-VS3 mobo
- Kingmax 4GB 1600 DDR3 RAM
- 500GB 7200rpm SATA3 HDD
- MSI Nvidia GTX 650 1GB OC (N650-1GD/OC V1) GC
- 24x DVD-RW
- 550Watt Gaming PSU
- Value Series PC Chassis
PERCUMA USB Keyboard + 6D Gaming Mouse + Headphones with mic

Catatan: PC boleh digunakan untuk bermain kebanyakan video game pada setting medium dan sebahagiannya pada setting high.
** Walaupun ia menggunakan Processor Dual Core, tetapi ia menggunakan soket yang sama dengan soket yang digunakan oleh generasi kedua processor i3, i5 & i7. Jadi ianya boleh di’upgrade’ ke processor-processor tersebut tanpa penukaran ‘motherboard’ – pastikan processor anda mempunyai Socket LGA1155

SPESIFIKASI E (Gaming PC)


INTEL RECOMMENDED VALUE GAMING PC
RM 2,059 (Harga FEB 2014)

- Intel i5-3330 3.0GHz (ivy) Proc
- Asrock B75M-DGS mobo
- Kingmax 8GB 1600 DDR3 RAM
- 500GB 7200rpm SATA3 HDD
- MSI Nvdia GTX650 2GB OC (N650-2GD5/OC) GC
- 24x DVD-RW
- 600Watt Gaming PSU
- Value Series PC Chassis
PERCUMA USB Keyboard + 6D Gaming Mouse + Headphones with mic

Catatan: Spesifikasi ini membolehkan anda bermain video games pada setting high tanpa sebarang masalah. Ia juga memudahkan anda mendapatkan games terbaru tanpa merasa risau tentang ‘minimum requirement’ yang diperlukan.

SPESIFIKASI F (Gaming PC)


INTEL QUALITY GAMING PC
RM 2,259 (Harga FEB 2014)

- Intel i5-3330 3.0GHz (ivy) Proc
- Asrock B75M-DGS mobo
- Kingmax 8GB 1600 DDR3 RAM
- 500GB 7200rpm SATA3 HDD
- MSI GTX 660 Twin Frozr 2GB OC [Dragon] (N660 TF 2GD5/OCV1) GC
- 24x DVD-RW
- 600Watt Gaming PSU
- Value Series PC Chassis
PERCUMA USB Keyboard + 6D Gaming Mouse + Headphones with mic

Catatan: Spesifikasi yang lebih baik dalam memastikan anda mendapat kualiti grafik yang terbaik dalam permainan dan juga kerja-kerja grafik yang memerlukan Spesifikasi yang mantap.

SPESIFIKASI G (Gaming PC)

Gaming PC dengan konfigurasi terbaik (SPESIFIKASI G)

2014 BEST GAMING CHOICE
RM 4,005

- Asrock M8 Barebone Gaming Set (Chassis, mobo, PSU, Super Slim Multi-Drive)
- Intel (4th Gen) i5-4440 3.1GHz Proc
- Kingmax Nano Gaming 8GB 1600 DDR3 RAM
- 1TB 7200rpm SATA3 HDD
- MSI GTX 660 2GB Twin Frozr OC (N660 TF 2GD5/OCV1)
- Xbox 360 Wireless Controller for Window
- Genius Wireless Keyboard & Mouse

Catatan:
* Home Cloud: kemudahan mengakses data dari suber lain dengan 2T2R 802.11ac WiFi (5G) + Bluetooth v4.0 (perisian disediakan)
* Sound Core3D: memberikan bunyi yang lebih terperinci dalam permainan komputer/ movie
* Key Master: kemudahan memudahkan penetapan papan kekunci bagi pengalaman permainan video yang lebih tersusun.
* Game Streaming melalui Xsplit + Twitch (Lesen Premium selama 3 bulan PERCUMA, bernilai USD 24.95)
* Butang kuasa pelbagai guna dengan paparan OLED beserta G-Sensor yang memudahkan pengguna memantau sistem yang sedang berjalan.
* Mini-ITX Chassis untuk memudahkan sistem dipindahkan atau untuk permainan LAN berkumpulan.
* Sistem idaman peminat permainan video

Perincian Membuat Tempahan


Itu adalah di antara PC-PC berkualiti dengan spesifikasi berkualiti yang ditawarkan. PC dengan spesifikasi sedemikian mempunyai ketahanan dan sesuai digunakan untuk aplikasi penggunaan yang berat terutama melibatkan kerja-kerja melibatkan grafik dan audio yang berkualiti – tidak hanya untuk permainan ‘video games’ sahaja. Adalah berbaloi sekiranya anda memiliki PC yang mampu bertahan untuk penggunaan jangka panjang antara 5 ~ 10 tahun dari sekarang.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki PC-PC seperti di atas anda bolehlah membuat pesanan dengan menghubungi talian di bawah:


* Sebagai panduan mengenai perkakasan komputer ikuti artikel Panduan PC.

Sms/whatsapp: +60193019311

Arkib Blog