Peralatan Korus Wireless Speaker. |
Korus
Wireless Speaker menyediakan kualiti bunyi yang
berkualiti tanpa memerlukan wayar dan mempunyai kualiti bunyi yang terbaik
(bagi peralatan tanpa wayar). Ini memberikan anda kemudahan untuk membuat
perubahan pada peralatan bunyi tanpa memerlukan pendawaian yang boleh
memeningkan kepala dan mungkin berserabut.
Bagi menyediakan kualiti bunyi yang
berkualiti ianya tidak menggunakan teknologi biasa yang digunakan dalam
teknologi tanpa wayar seperti AirPlay ataupun Wi-Fi kerana keterbatasan beberapa faktor. Malah penggunaan Wi-Fi
akan melibatkan konfigurasi yang
boleh mendatangkan masalah kepada kebanyakan pengguna. Jadi pengubahsuaian
dilakukan kepada protokol peralatan Bluetooth yang dipanggil SKAA.
SKAA dibangunkan oleh Eleven Engineering untuk kegunaan peralatan mudah alih bagi
memberikan kelajuan data sehingga 480
Kbps (kelajuan data yang mencukupi untuk pemindahan data bunyi yang
berkualiti). Antara ciri-ciri lain protocol ini adalah penggunaan kaedah ‘Walking Frequency Diversity’ yang
mengesan konflik dan mengelakkannya. Ini penting bagi mengurangkan gangguan
pada pemindahan data di antara peralatan yang digunakan dengan peralatan yang
lain.
Bagi memudahkan penggunaan peralatan ini,
ia dilengkapi dengan ‘baton’ yang memancarkan isyarat
Bluetooth dari peralatan yang digunakan. ‘Baton’ ini disediakan dalam dengan
soket USB dan juga ‘30-pin’
(seperti pada iPhone atau iPad anda). Buat sementara ini Korus
tidak boleh digunakan untuk peralatan Android
– ‘baton’ yang sesuai untuk Android masih dalam pembinaan.
Kelihatan menarik digunakan di luar rumah. |
Oleh kerana ia dilengkapi ‘baton’ khas maka
kerja-kerja penyambungan (pairing)
tidak menjadi masalah besar, kerana Korus Speaker anda anda terus mengesan
punca isyarat yang masuk apabila butang penyambungan ditekan pada speaker. Cuma
penggunaan versi lama Windows dan Mac mungkin perlu memuat turun beberapa
aplikasi untuk membolehkan ianya berfungsi pada peralatan anda.
Selain itu juga jarak operasi pengendalian
peralatan ini juga adalah lebih besar iaitu
65 kaki (20 meter) di dalam rumah sehingga melebihi 200 kaki (60 meter)
di luar berbanding 33 kaki (10 meter) bagi peralatan Bluetooth biasa. Selain
itu lengahan atau ‘lag’ bagi peralatan ini adalah dalam jangkamasa 40 milisaat dan ia mungkin tidak akan
anda sedari.
Korus Speaker memenuhi ciri-ciri peminat-peminat audio. |
Bagi model V600, ianya dilengkapi dengan amplifier 100 W kelas D dengan pemprosesan digital. Menggunakan woofer
bersaiz 5.25 inci dan beberapa speaker tambahan dan tweeter serta bunyi
keliling menjadikan ia peralatan audio yang sesuai untuk bilik tontonan sistem "home theatre" anda atau
sebagai alatan bunyi majlis sederhana di luar rumah. Berukuran 17” X 9” X 7”
(44 X 23 X 18 cm) dan berat 11 lb (5 kg) ia bukanlah speaker sebarangan.
Bekalan kuasa menggunakan palam dinding (bekalan kuasa AC biasa di rumah) dan
disediakan juga bahagian bekalan menggunakan sel kering menggunakan 6 batteri
bersaiz D bagi kegunaan selama 90 jam (jangka masa yang cukup untuk dibawa
berkelah).
Manakala model V400 pula adalah lebih kecil dengan kuasa amplifier 60 W kelas D. Bersaiz 11” X 6” X 5.5” (28
X 16 X 14 cm) dengan berat 4.4 lb (2 kg). Kedua-dua model ini dilengkapi dengan
jack 3.5 mm audio in bagi membolehkan sambungan terus menggunakan wayar.
Korus Wireless Speaker merupakan antara
barangan yang mendapat perhatian di CES
2014 (Consumer Electronic Show) di LA baru-baru ini dan menjadi
sebahagian barangan yang tersenarai dalam “last
gadget standing” iaitu barangan yang memberikan satu pembaharuan dalam
dunia elektronik/digital.
Diharap peminat-paminat teknologi hiburan dan digital mendapat sedikit sebanyak
maklumat mengenai barangan ini dan anda boleh membuat pembelian Korus Wireless
Speaker sekiranya berminat. Manakala pereka-pereka peralatan elektronik juga
mungkin mendapat inspirasi baru melalui peralatan ini, betul tak?
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.
|