Bacteriophage di atas bakteria sebelum menyuntik genomnya. |
Penggunaan hidupan dalam mengawal jumlah hidupan lain biasa dilakukan dalam
pengawalan biologi (biocontrol).
Tetapi terapi Phage atau lebih
dikenali sebagai ‘bacteriophages’
juga pernah digunakan untuk pengawalan hidupan dalam dunia hidupan seni bagi
mengawal penyakit. Ini kerana ‘bacteriophage’
menyerang bakteria-bakteria tertentu untuk membiak dan ini membantu membunuh
bakteria-bakteria punca penyakit tersebut.
Diperkenal dan digunakan di negara-negara Soviet Union sekitar tahun 1920,
dan ianya hanya dibenarkan di Russia dan Georgia sahaja. Bagaimanapun, terapi Phage ini dikatakan mempunyai potensi untuk
digunakan bagi tujuan perubatan termasuk pergigian, kesihatan haiwan dan juga
pertanian.
Penggunaan terapi ini masih lagi digunakan terutamanya bagi merawat penyakit
yang berpunca daripada bakteria yang tidak memberi kesan ke atas penggunaan
antibiotik biasa. Malah penggunaan Phage
lebih bersifat spesifik kepada bakteria-bakteria tertentu sahaja dan tidak
kepada kumpulan bakteria lain (seperti bakteria yang membantu penghadaman
kepada manusia).
Sekumpulan bacteriophage yang menyerang bacteria. |
Penggunaan bacteriophages ini
mula dilaporkan oleh Frederick Twort pada tahun 1915 dan Felix d’Hérelle pada
tahun 1917. Menurut pemerhatian Felix d’Hérelle, phage biasanya didapati pada tempat duduk pesakit yang mengidap
sakit perut (radang usus) Shigella
sejurus sebelum mereka pulih. Selain itu juga bacteriophages boleh didapati hampir disetiap tempat di mana bakteria
hidup seperti di dalam longkang, sungai, juga pada kerusi pesakit yang beransur
pulih.
Pada masa yang sama George Eliava, dari Georgia juga mendapati perkara yang
sama. Beliau kemudiannya membuat lawatan ke Pasteur Institute di Paris dan
bertemu dengan d’Hérelle, dan seterusnya pada tahun 1923 menubuhkan Eliava
Institute di Tbilisi, Georgia untuk menghasilkan terapi phage.
Penggunaan terapi phage ini semakin
dilupakan berikutan dengan penemuan antibiotik pada tahun 1941 di mana ia
digunakan dengan lebih meluas di U.S. dan juga di Eropah. Penggunaan phage ini memerlukan kajian yang lebih, memendangkan ianya memerlukan jenis phage
yang sesuai untuk satu-satu bakteria tertentu.
Di Russia, penggunaan terapi phage
digunakan dengan meluas terutamanya pada perang dunia ke-2
di mana ia digunakan
untuk merawat tentera-tentera yang dijangkiti bakteria seperti cirit-birit dan
juga gangren. Russia terus menghasilkan dan memperbaiki kaedah perawatan
menggunakan phage ini, namun begitu para
pengkaji mempunyai hubungan yang terbatas menjelang perang dingin yang berlaku.
Namun begitu ringkasan penerbitan kajian tersebut diterbitkan di dalam Bahasa
Inggeris pada tahun 2009 di dalam "A Literature Review of the Practical
Application of Bacteriophage Research".
Ilustrasi bacteriophage sebelum menyuntik genomnya. |
Bagi maklumat yang lebih lengkap mengenai kajian ini boleh didapati dari
Georgia Eliava Institute di Tbilisi, Georgia, di mana penggunaan Terapi Phage
masih lagi digunakan agak meluas.
Bacteriophage adalah merupakan virus yang membiak di dalam bakteria.
Namanya sendiri berasal dari perkataan “bacteria” dan juga perkataan Greek: φαγεῖν
(phagein); “dengan lahap”. Ia merupakan hidupan yang ringkas dan membiak dengan
menyuntik genome-nya ke dalam ‘cytoplasm’ bakteria. Bacteriophage juga
merupakan hidupan yang mudah ditemui di mana-mana dengan kepelbagaian yang luas
dalam alam ini.
Jadi itulah dia serba sedikit mengenai penggunaan virus untuk mengawal
penyakit yang mungkin selama ini kurang kita ketahui. Walaupun begitu adalah
lebih baik sekiranya kajian yang lebih mendalam dapat dilakukan sekiranya ia
betul-betul dapat membantu manusia dalam melawan penyakit. Namun ia
merupakan satu perkara yang menarik untuk diketahui.