Memaparkan catatan dengan label ular. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ular. Papar semua catatan

Ahad, 14 Februari 2016

Mikro Post: Ular Paling Berbisa Inland Taipan

Inland Taipan mempunyai bisa yang sedikit tetapi amat kuat.

Ular Inland Taipan juga dikenali sebagai Fierce Snake (Oxyuranus microlepidotus) merupakan ular yang paling berbisa kerana mengandungi bisa dengan kandungan toksid LD50 paling tinggi di antara ular-ular lain. Walaupun ia berbisa ia jarang menyebabkan kematian kepada manusia kerana mendiami kawasan yang jauh dari penempatan manusia.

Walaupun jauh lebih berbisa, spesis ini tidak se-agresif jenis terdekatnya iaitu ‘coastal taipan’ (Oxyuranus scutellatus). Ia lebih senang lari menyembunyikan diri berbanding berhadapan dengan musuh – melainkan ia berhadapan dengan mangsa yang menjadi makanannya. Sehubungan itu kehebatan bisanya tidak diketahui melainkan setelah melakukan ujian ke atas bisa tersebut.

Ular ini terdapat di Australia terutama di kawasan bertanah hitam dan juga kawasan separuh kering di mana kawasan antara Queensland dan Selatan Australia bertemu. Kawasan ini agak kurang dihuni dan hanya menjadi kawasan hidupan-hidupan liar sahaja.

Kawasan yang menjadi habitat Inland Taipan.

Posisi Inland Taipan sebelum menyerang.

Ular ini jarang menghampiri penempatan manusia.

Ia mempunyai saiz purata 1.8 meter (5.9 ft.) dan ada di antaranya yang mencapai saiz sehingga 2.5 meter (8.2 ft.). Manakala taringnya pula adalah sekitar 3.5 ke 6.2 mm panjang (sedikit lebih pendek daripada coastal taipan).

Ia mempunyai bisa yang sedikit, namun ia hanya menghasilkan sebanyak 0.025 mg/kg pada sekali patukan untuk membunuh tikus. Berbanding dengan ular-ular lain di mana mengeluarkan bisa yang lebih tinggi pada patukan mereka seperti beaked sea snake (Enhydrina schistosa) 0.164 mg/kg, Indian cobra 0.565 mg/kg, manakala North American eastern diamondback rattlesnake 11.4 mg/kg.


Patukan ular ini boleh membawa maut kepada manusia dan rawatan dengan ‘antivenom’ diperlukan dengan segera. Antivenon untuk bisa inlang taipan ini dihasilkan oleh  Australian Reptile Park dan juga Commonwealth Serum Laboratories di Melbourne.

Inland taipan semasa musim sejuk.

Inland taipan semasa musim sejuk.


Free Download



Sabtu, 13 Februari 2016

Ular Paling Berbisa di Dunia

'King Cobra', mempunyai reputasi paling tinggi sebagai ular paling berbisa!

Bercakap mengenai ular paling berbisa di dunia adalah untuk mengenali dengan lebih dekat tentang spesis-spesis ini yang mempunyai bisa. Ini kerana pengetahuan kita mengenai ular berbisa sering dihantui oleh cerita dan perasaan dan tidak dengan ilmu pengetahuan yang sepatutnya. Adapun dengan mengenali antara ular berbisa dengan yang tidak berbisa dapat menyelamatkan nyawa anda dan mungkin juga haiwan reptilia tersebut.

Ular yang dikatakan paling berbisa di dunia jarang sekali menyebabkan kematian kepada manusia kerana ia bukan dari spesis yang agresif dan sering melarikan diri apabila bertembung dengan manusia. Berbanding dengan ular yang biasa menyebabkan kematian kepada manusia pula yang  tinggal di kawasan berhampiran dengan populasi manusia dan sifatnya yang lebih ganas.
Berikut adalah beberapa jenis ular yang berbisa mengikut turutan paling berbisa:

1) Fierce Snake atau Inland Taipan

2) Eastern Brown Snake

3) Blue Krait

4) Taipan (Coastal Taipan)

5) Black Mamba

6) Tiger Snake

7) Philippine Cobra

8) Vipers

9) Death Adder

10) Rattlesnake


Itu adalah turutan mengikut susunan ular-ular berbisa, apa yang membezakan antara penyebab patukan maut ular-ular ini adalah kandungan bisa yang dikeluarkan semasa mematuk mangsa. Malah kebanyakan ular laut adalah amat berbisa dan hanya ¼ daripada patukannya disertai dengan bisa. Dalam pada masa yang sama, bisa-bisa ular ini juga digunakan untuk membuat ubat-ubatan.

Inland Taipan

Eastern Brown Snake

Blue Krait
Coastal Taipan

Black Mamba

Tiger Snake

Philippine Cobra

Vipers

Death Adder

Rattlesnake


Free Download



Arkib Blog