'Argentavis magnificens' merupakan burung terbang terbesar yang telah pupus. |
Burung merupakan antara haiwan yang diminati ramai. Selain boleh terbang
kebanyakan burung-burung ini mempunyai bulu yang cantik, siulan yang merdu
dengan aneka ragam pula. Namun begitu terdapat juga kumpulan burung-burung yang
tidak boleh terbang dan kebanyakan burung-burung ini tergolong di dalam
golongan burung-burung terbesar.
Bagi burung terbesar yang masih hidup hari ini adalah ‘burung unta’ atau ostrich
(Struthio camelus) yang tinggal di
kawasan padang-padang rumput di Afrika dan Arab. Saiz burung unta jantan dewasa
boleh mencecah sehingga 2.8 m (9.2 ft.) dengan berat sehingga 156 kg (344 lb).
Telur burung unta juga boleh mencecah sehingga 1.4 kg (3.1 lb.) dengan saiz 15
cm (6 in.) dan merupakan telur burung terbesar hari ini. Terdapat sehingga 60
biji telur di dalam sebuah sarang burung unta yang akan dieramkan secara
bergilir-gilir oleh burung-burung unta tersebut selama 42 ke 46 hari.
Adapun burung terbesar yang telah pupus adalah ‘burung gajah’ atau elephant birds (Aepyornis maximus) yang dikatakan pupus pada abad ke-17 atau abad
ke-18. Ia mendiami kawasan pendalaman di Kepulauan Madagascar. Walaupun bersaiz
lebih besar daripada burung unta, burung gajah ini mempunyai kaitan yang lebih
dekat dengan burung Kiwi dari New Zealand. Saiz burung gajah dikatakan mencapai
sehingga 3 m (9.8 ft.) tinggi, dengan berat anggaran antara 350 kg sehingga 500
kg (770 lb. ke 1,100 lb.). Telur burung gajah pula mencapai ukuran sehingga 34
cm (13 in), yang juga merupakan saiz telur burung terbesar pernah dijumpai.
Melalui saiz tersebut, telur burung ini merupakan 160 kali ganda lebih besar
berbanding telur ayam.
Burung unta merupakan burung terbesar pada hari ini. |
Elephant birds, burung gergasi yang tinggal di Kepulauan Madagascar. |
'Pelagornis sandersi' merupakan satu lagi spesies burung gergasi terbang. |
Bagi spesies burung yang boleh terbang pula Wandering Albatross (Diomedea
exulans) merupakan burung yang mempunyai saiz bukaan sayap yang terpaling
besar iaitu sehingga 3.65 m (12.0 ft.). Manakala ukuran panjangnya pula adalah
sehingga 1.44 m (4.7 ft.). Walaupun ia mempunyai saiz bukaan sayap terbesar,
burung albatross bukanlah mempunyai berat terbesar bagi burung-burung yang
boleh terbang.
Bagi burung terbesar yang boleh terbang dan telah pupus pula Argentavis
magnificens merupakan burung yang pernah diketahui. Melalui fosil yang dijumpai
di Argentina burung ini mempunyai bukaan sayap sehingga 8.3 m (27 ft. ) dengan panjang
sehingga 3.5 m (11 ft.), ketinggian sehingga 2 m (6.6 ft.) dan berat sehingga
80 kg (180 lb.). Antara burung terbang lain yang bersaiz besar pernah diketahui
menyaingi Argentavis adalah Pelagornis
sandersi, yang mempunyai bukaan sayap sehingga 24 ft.
Kumpulan burung terbesar termasuk yang telah pupus |
Saintis mengukur kepak burung albatross. |
Walaupun burung-burung terbesar ini diukur berdasarkan beberapa pengelasan
iaitu dari segi saiz, ketinggian, bukaan sayap, kumpulan family dan sebagainya. Kesemua burung-burung ini sememangnya
mempunyai saiz yang jauh lebih besar daripada burung-burung biasa yang lain.
Berikut pula merupakan burung-burung yang dikelaskan mengikut berat pula;
Rank
|
Burung
|
Berat Purata
[kg (lb)] |
Berat Maximum
[kg (lb)] |
Panjang Purata
[cm (ft)] |
1
|
Ostrich
|
104 (230)
|
156.8 (346)
|
210 (6.9)
|
2
|
Somali ostrich
|
90 (200)
|
130 (287)
|
200 (6.6)
|
3
|
Southern cassowary
|
45 (99)
|
85 (190)
|
155 (5.1)
|
4
|
Northern cassowary
|
44 (97)
|
75 (170)
|
149 (4.9)
|
5
|
Emu
|
33 (73)
|
70 (150)
|
153 (5)
|
6
|
Emperor penguin
|
31.5 (69)
|
46 (100)
|
114 (3.7)
|
7
|
Greater rhea
|
23 (51)
|
40 (88)
|
134 (4.4)
|
8
|
Dwarf cassowary
|
19.7 (43)
|
34 (75)
|
105 (3.4)
|
9
|
Lesser rhea
|
19.6 (43)
|
28.6 (63)
|
96 (3.2)
|
10
|
King penguin
|
13.6 (30)
|
20 (44)
|
92 (3)
|
11
|
Domesticated turkey
|
13.5 (29.8)
|
39 (86)
|
100 - 124.9 (3.3 – 4.1)
|
12
|
Kori bustard
|
11.4 (25.1)
|
20 (44.1)
|
150 (5)
|
13
|
Great bustard
|
10.6 (23.4)
|
21 (46)
|
115 (3.8)
|
14
|
Andean condor
|
8.1 - 14.9 (18-33)
|
14.9 (33)
|
100-130 (3.3-4.3)
|
15
|
Dalmatian Pelican
|
7.25–15 (16.0–33.1)
|
15 (33.1)
|
183 (6)
|
'Emperor penguin' tergolong dalam kumpulan burung terbesar dan merupakan burung penguin terbesar pula. |
Walaupun terdapat kedudukan burung terbesar mengikut kumpulan burung
masing-masing, gambaran di atas jelas menunjukkan kedudukan burung terbesar
utama secara umum. Jadi burung yang terbesar dan masih hidup hingga ke hari ini
merupakan burung yang tidak boleh terbang dan mendiami Benua Afrika.
Semoga dengan paparan kali ini, ia akan menarik minat para pembaca untuk
terus mengenali dengan lebih dekat mengenai alam sekitar dan sama-sama pula
kita mengendalikannya dengan baik. Banyak lagi perkara menarik mengenai dunia
burung yang mungkin akan dipaparkan untuk masa-masa akan datang.