'Cyst' pada otak manusia yang disebabkan oleh telur 'tapeworm'. |
Cacing pita atau lebih dikenali sebagai ‘tapeworm’ bukanlah sesuatu yang
popular di kalangan masyarakat Malaysia atau khususnya bagi orang-orang Melayu.
Namum begitu masalah kecacingan ini merupakan masalah biasa bagi kanak-kanak
dan juga bagi orang dewasa – dan boleh menjadi serius sekiranya tidak diberikan
perhatian.
Cacing pita biasanya mendiami perumah iaitu haiwan peliharaan seperti
binatang ternakan (terutamanya lembu atau khinzir) malah ia juga turut
menjangkiti haiwan lain termasuk kucing, anjing ataupun ayam. Oleh kerana telur
cacing ini kecil dan sukar dilihat, amalan penyediaan makanan yang bersih perlu
diamalkan dan memasak daging dengan betul dapat mengelakkan telur cacing masuk
ke dalam badan kita.
'Tapeworm' dewasa. |
Cacing pita merupakan cacing yang perlu dielakkan kerana ia boleh hidup di
dalam badan manusia (perumah) sehingga berusia 20 tahun lamanya dan menjangkau
saiz sehingga berukuran puluhan kaki panjang. Apa yang lebih menakutkan, dalam
tempoh yang sebegitu lama ia akan terus membiak dan menjadikan badan anda
sebagai rumah kediamannya yang paling selesa.
Pada tahap yang serius cacing pita boleh menjadikan otak perumahnya sebagai
tempat untuk ia bertelur. Pada tahap ini ia sudah pasti akan menyebabkan
perumahnya mengalami kerosakan pada sistem saraf dan otak. Perkara ini sering
berlaku pada haiwan yang dijangkitinya terutama khinzir dan dilaporkan juga
pada manusia. Ia sudah pasti perkara yang paling anda takuti!..
Bagi mengelakkan jangkitan cacing pita atau juga lain-lain jenis cacing
sudah pasti amalan kebersihan dalam penyediaan makanan perlu dititik beratkan.
Malah persekitaran yang bersih juga adalah penting ini kerana anda mungkin
tidak sedar bila secara tidak sengaja anda memasukkan jari atau bahan yang
telah bersentuhan dengan telur cacing ke dalam mulut anda tanpa sengaja.
Saiz 'tapeworm' boleh mencapai pajang di luar jangkaan. |
Bagi masyarakat Melayu atau mungkin juga kaum-kaum lain mempunyai kaedah
tersendiri dalam menangani masalah kecacingan. Ini menunjukkan masalah
kecacingan merupakan perkara yang sejak dahulu lagi mendapat perhatian manusia.
Bagi masyarakat Melayu sejenis akar kayu didapati dapat membunuh cacing di
dalam badan dengan menggunakan air rebusan atau menggunakannya sebagai mandian.
Secara ringkasnya, amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan yang baik
dapat mengelakkan anda daripada dijangkiti makhluk parisit ini. Perlu
diingatkan dalam segala hal, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Semoga kita sentiasa dapat mengekalkan kesihatan yang baik.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|