|
Yves Rossy semasa melakukan penerbangan di Dubai. |
Keinginan manusia untuk terbang telah melihat kepesatan kemajuan teknologi penerbangan berenjin lebih daripada 100 tahun dan keinginan ini tidak akan berhenti setakat disitu sahaja malah manusia ingin terbang bebas seperti burung. Jadi peralatan seperti ini juga terus direka untuk memenuhi keinginan manusia tersebut.
Pernahkah anda menyaksikan video “JetmanDubai” dimana penerbangan yang dilakukan menggunakan sut roket oleh dua orang penerbang professional iaitu Yves Rossy dan juga anak didiknya Vince Reffet merentasi ruang angkasa Dubai selama hampir 12 minit? Ya, sut tersebut adalah hasil rekaan Yves Rossy sendiri menggunakan 4 enjin Jet-Cat P200 yang mampu memberikan daya tujahan 22 kg. Manakala sayapnya pula adalah daripada bahan gentian fiber untuk daya ketahanan tinggi.
|
Penerbangan sebelumnya. |
|
Setelah mendarat. |
Yves Rossy merupakan seorang juruterbang professional berkelahiran Swiss (Neuchâtel, Swiss) pada 27 August 1959. Memulakan karier sebagai juruterbang semasa menyertai pekhidmatan tentera udara “Swiss Air Force”, dimana beliau pernah menerbangkan pesawat-pesawat seperti Dassault Mirage IIIs, Northrop F-5 Tiger Iis, dan juga Hawker Hunters. Beliau juga pernah menerbangkan pesawat Boeing 747 untuk Swissair dan kemudiannya Swiss International Airlines.
Penerbangan di Dubai bukanlah kali pertama bagi Rossy dengan sutnya malah ianya telah dilakukan sejak dari tahun 2008 lagi merentasi pergunungan di Alps. Manakala pada tahun berikutnya pula iaitu pada November 2009 Rossy cuba untuk merentasi Selat Gibraltar untuk mencipta rekod pertama merestasi selat tersebut menggunakan sut roketnya. Beliau terjun dari kapal terbang pada ketinggian 1,950 meter (6,500 kaki) dari ruang angkasa Tangier, Morocco dan menuju ke arah Altera, Spain. Penerbangan yang dijangka mengambil masa ¼ jam itu bagaimanapun terganggu oleh cuaca yang menyebabkan Rossy jatuh ke laut kira-kira 3 batu dari pantai Spain.
Pada tahun 2010, Rossy menghasilkan sut jet versi yang baru dan berjaya melakukan dua ‘aerial loops’ sebelum mendarat menggunakan payung terjun. Kali ini beliau terjun daripada belon udara panas pada ketinggian 2,400 meter (7,900 kaki).
|
Bersama sut penerbangannya. |
Manakala juruterbang kedua iaitu Vince Reffet pula merupakan seorang pernerjun professional termasuk terjun dari bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa – juga terjun dari ketinggian 10,000 meter dari puncak Mont Blanc, France. Beliau kemudiaannya mendapat didikan daripada Yves Rossy pada tahun 2009. Menyertai kumpulan Freefly untuk negaranya France semenjak tahun 2002, Vince muncul juara bagi Freely World Championship dengan pingat emas untuk tahun 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009.
|
Jet-pack yang digunakan. |
Kedua-dua juruterbang ini melakukan penerbangan di ruang angkasa Dubai pada Mei, 2015 dengan menggunakan sut-jet rekaan Rossy. Sut tersebut mampu melakukan penerbangan menaik pada kelajuan 180 km/h dengan kelajuan purata adalah 200 km/h, manakala kelajuan menurun pula adalah pada 300 km/h. Sut yang mempunyai berat 55 kg ini dikendalikan oleh pergerakan badan juruterbang itu sendiri dan ini memberikan kebebasan terbang seperti yang diingini oleh Rossy sendiri.
Melihat kepada kejayaan yang dicapai oleh Rossy ini, kemungkinan sut penerbangan akan datang akan dihasilkan untuk lebih mudah untuk dikendalikan dan harganya dapat dikurangkan. Walaubagaimanapun sukan penerbangan ini merupakan satu perkara yang perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati demi keselamatan.