Gambar yang diambil daripada kapal terbang kertas pada ketinggian 96,563 kaki. |
Kapal terbang kertas biasanya hanyalah menjadi permainan kanak-kanak dan
jarang sekali dimainkan oleh orang dewasa. Namun sejak akhir-akhir ini beberapa
berita mengenai kapal terbang kertas ini menjadi hangat semula. Sebelum ini
kapal terbang kertas pernah ditambah dengan kipas dan penerbangan yang dikawal
menggunakan apps dicipta.
Namun kali ini usaha yang dilakukan agak jauh berbeza ianya adalah rekod
penerbangan kapal terbang kertas yang paling tinggi. Tahukah anda dari mana
kapal terbang kertas itu diterbangkan? Ianya adalah dari ketinggian 96,563 kaki
atau 24,432 meter untuk menjadikannya sebagai pemegang rekod terbaru
penerbangan kapal terbang kertas.
Kapal terbang kertas yang dilengkapi kipas. |
Rekod terbaru penerbangan ini dilakukan oleh satu kumpulan yang dikenali
sebagai US Fox Valley Composite Squadron, Illinois Wing, Civil Air Patrol yang
melaporkan penerbangan tersebut dilakukan daripada Kankakee, Illinois dan
mendarat sejauh 82 batu (132 km) di Barat Daya, Rochester, Indiana. Penerbangan
tersebut memakan masa selama 2 jam 7 minit.
Kapal terbang kertas tersebut mengekalkan bentuk asal seperti kapal terbang
kertas baisa. Ia direka menggunakan kertas keras dan berukuran 30 inci (76 cm)
panjang dan 14.4 inci (36.8 cm) lebar. Memiliki berat 424 gram (15 oz.) ia
dilengkapi dengan pengesan GPS, pengesan suhu, pengukur tekanan barometer,
komputer penerbangan, bateri, panel solar dan video camera HD yang merakamkan
penerbangan tersebut.
Kapal terbang kertas mempunyai bentuk seperti biasa. |
Bagi melancarkan kapal terbang kertas pada ketinggian tersebut sebuah belon
helium digunakan untuk membawa kapal terbang kertas tersebut pada ketinggian
maksimanya. Kapal terbang kertas ini kemudiannya akan melepaskan ikatannya
daripada belon apabila ia mencapai ketinggian di mana belon akan meletup.
Manakala kapal terbang kertas tersebut memulakan penerbangan turun semula ke
bumi.
Bagi rekod penerbangan kapal terbang kertas sebelum ini adalah dipegang
oleh kumpulan dari Paris yang berpengkalan di UK yang menggunakan kapal terbang
yang diberi nama Vulture 1. Rekod tersebut dilakukan pada Oktober 2010.
Kumpulan itu dijangkakan akan berusaha untuk merampas semula kedudukan ini.
Jarak penerbangan yang dilakukan. |
Seperti yang pernah dilaporkan aktiviti pada ketinggian ini semakin kerap
dilakukan, di mana sebelum ini belon diterbangkan pada ketinggian tersebut
membawa kamera untuk merakamkan pemandangan bumi telah dilakukan. Ia diikuti
dengan penerjunan oleh Felix Baumgartner dari ketinggian 39 km pada tahun 2012
dengan kelajuan penerjunan mencecah kelajuan sehingga 1,357.64 km/h.
Mungkin pada kita hanya beranggapan perkara ini hanyalah sekadar untuk
tujuan publisiti sahaja, namun apa yang berlaku sebenarnya banyak data-data
baru dikumpulkan dalam masa yang sama semasa melakukan aktiviti-aktiviti
tersebut. Apa yang perlu kita pelajari dari sini adalah sikap untuk terus
mencuba dan tidak menetapkan pula bidang atau kawasan yang boleh diteroka. Terlalu
banyak perkara yang boleh diperhatikan dalam kehidupan.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|