Pokok kerdas hidup di pinggir-pinggir hutan, buahnya menjadi kegemaran penggemar ulam. |
Ulam-ulaman sangat terkenal sebagai makanan
pelengkap bagi masyarakat Melayu di Negara kita. Bagi masyarakat Felda Bukit
Rokan pula yang memang rata-ratanya di kelilingi oleh kawasan hutan ulam-ulaman
yang terdiri daripada buah-buahan hutan juga amat mudah didapati suatu masa
dahulu. Mungkin hari ini buah-buahan hutan ini masih terdapat di kawasan
sekitar tetapi tidak ramai yang mengenali pokoknya apatah lagi yang mampu
membawa hasil hutan ini keluar dari kawasan hutan.
Kerdas walaupun tidak sepopular petai dan
jering, namun masih menjadi antara ulam yang sering menjadi kegilaan peminat
ulaman. Kerdas yang mempunyai rupa bentuk buah yang unik dan bau yang tidak kurang
hebatnya adakalanya dijual di pasar-pasar malam dengan hara yang kian mahal.
Terdapat beberapa biji kerdas di dalam sebuah, buah kerdas. Selaput biji ini
bewarna kuning dan bertukar menjadi gelap apabila buah semakin matang.
Kebiasaannya buah kerdas hanya dimakan
sebagai ulam berbanding petai dan jering yang turut dijadikan sebagai bahan
masakan seperti sambal petai dan gulai jering. Namun masih terdapat permintaan
untuk kerdas menjadikan ianya masih diburu oleh peminat-peminatnya.
Pokok kerdas tidak setinggi pokok petai
yang mempunyai buah hanya di bahagian pucuknya sahaja. Secara tidak langsung
buah kerdas lebih mudah untuk diambil berbanding buah-buahan hutan yang lain.
Apa yang menjadi punca buah ini sukar didapati di pasaran adalah kerana tidak
ramai yang mengenali pokoknya.