Memaparkan catatan dengan label penanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penanaman. Papar semua catatan

Ahad, 28 Jun 2015

Apakah Kelebihan Kurma (Date, Date Palm)

Buah kurma yang masih belum masak.

Sememangnya ramai di antara kita mengenali buah kurma (Phoenix dactylifera) kerana ia merupakan buah yang paling popular ketika tibanya bulan Ramadhan bagi umat Islam di seluruh dunia. Namun begitu buah kurma merupakan sebahagian makanan manusia sejak ribuan tahun sebelum masehi lagi di mana sahaja ia tumbuh dengan subur.

Kurma adalah tumbuhan dari keluarga Arecaceae juga dikenali sebagai Palmae atau Palmaceae yang bermaksud palma. Ia merupakan salah satu satu daripada kumpulan tumbuh yang besar kerana terdapat pelbagai jenis palma yang setiap satunya mempunyai fungsi yang unik kepada kehidupan manusia seperti kelapa misalnya.

Daerah asal pokok kurma tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana ia telah ditanam untuk satu jangka masa yang lama namun kebarangkalian tempat asalnya dari Iraq adalah tinggi. Kurma ditanam di banyak kawasan di dunia antaranya Australia, Spain, Italy, North Africa, the Canary Islands, Madeira, Cape Verde, Daerah Sahel di Africa, Mauritius, Réunion, Afghanistan, Pakistan (Khairpur), Bangladesh, India, Israel, Iran, China, (Fujian, Guangdong, Guangxi, Yunnan), Fiji, New Caledonia,di United States (California, Nevada, Arizona, Florida, Puerto Rico), Utara Mexico, El Salvador, di Leeward Islands, Cayman Islands, Haiti, di UAE, Saudi Arabia dan Dominican Republic.

Ladang kurma yang sedang mengeluarkan buah.
Pokok kurma yang telah mencapai kematangan.

Pokok boleh tumbuh sehingga mencecah 70 – 75 kaki (21 – 23 meter) tinggi dari satu batang utama seperti juga kebanyakan pokok-pokok palma yang lain. Mempunyai pelepah sepanjang 4 – 6 meter (13 – 20 kaki) panjang dengan 150 helai daun pada setiap pelepah. Daun-daun ini pula berukuran 30 cm (12 in) panjang dan 2 cm (0.79 in) lebar. Lebar keseluruhan daun boleh mencecah sehingga 6-10 meter (20 – 33 kaki) lebar.

Ia mengambil masa diantara 4 – 8 tahun untuk pokok kurma mencapai kematangan dan sedia untuk megeluarkan buah dan antara 7 – 10 tahun untuk benar-benar bersedia untuk menghasilkan buah yang cukup untuk dipasarkan. Pokok yang mencapai kematangan mampu mengeluarkan buah di antara 68 – 176 kilogram (150 – 300 lb) buah bagi satu musim. Buah-buah ini mungkin masak dalam beberapa peringkat yang berlainan.

Kurma-kurma yang dipetik di India.

Oleh kerana ia ditanam di beberapa kawasan, kaedah pengurusan pokok dan buah-buah kurma mungkin berbeza mengikut kawasan dan daerah. Ini kerana walaupun pokok kurma merupakan tumbuhan yang memerlukan kepanasan dan cahaya matahari yang banyak, dalam masa yang sama ia juga memerlukan jumlah air yang banyak juga.

Sesuai dengan tempoh penanaman pokok kurma yang telah dilakukan selama ribuan tahun oleh manusia, terdapat lebih 1000 cultivar kurma dihasilkan namun hanya beberapanya sahaja yang biasa ditanam untuk tujuan komersial;

Buah kurma yang hampir masak.

Aabel — biasa di tanam di Libya.

Ajwah — berasal dari Medina di Saudi Arabia, biasa dikaitkan dengan hadis-hadis.

Al-Khunaizi — bersasal dari bandar Qatif di Saudi Arabia.

Amir Hajj or Amer Hajj — dari Iraq, mempunyai kulit yang nipis tapi isi yang tebal, juga dikenali  "kurma tetamu" ia merupakan hidangan bagi tetamu.

ʿAbid Rahim (Arabic: عبد رحيم‎) — dari Sudan. Di Nigeria juga dikenali sebagai Dabino dan biasa dimakan oleh Muslim Nigerian waktu berbuka puasa di bulan Ramadan.

Barakawi (Arabic: بركاوي‎) — dari Sudan.

Barhee atau barhi (dari perkataan Arabic barh, bermaksud "angin panas") — berbentuk hampir bulat, berwarna terang sehingga coklat gelap apabila matang; lembut, dengan isi yang tebal dan rasa yang mewah. Merupakan kurma yang enak dimakan ketika ranum.

Bireir (Arabic: برير‎) — dari Sudan.

Dabbas — dari United Arab Emirates.

Datça — dari Turkey

Deglet Noor (Tunisian Arabic: دڨلة نور — mempunyai warna kuning terang apabila dipegang menghala ke matahari. Merupakan kurma terbaik dari Libya, Algeria, U.S., dan Tunisia, yang menjadi sebahagian cultivar penting untuk eskport. Teksturnya yang separa kering dan tidak terlalu manis.

Derrie atau Dayri (juga dikenali sebagai "Monastery") — dari selatan Iraq — mempunyai bentuk yang panjang, agak kurus, hampir kehitaman, dan lembut.

Empress — dihasilkan oleh keluarga DaVall di Indio, California, United States, daripada benih 

Thoory. Mempunyai saiz yang lebih besar, dan lembut, manis berbanding Thoory. Mempunyai warna coklat gelap di bahagian atas dan lebih terang di bahagian bawahnya..

Fardh atau Fard — biasa di Oman, coklat gelap, kulit yang lembut, rasa yang manis, biji yang kecil. Tahan sekiranya disimpan dengan baik.

Ftimi atau Alligue — ditanam di bahagian Tunisia.

Holwah (Halawi) (bermaksud manis dalam Bahasa Arab) — ia lebih lembut, dan sangat manis, bersaiz kecil dan sederhana.

Haleema — dari Hoon, Libya (Haleema merupakan nama seorang wanita).

Hayany (Hayani) — dari Egypt ("Hayany" merupakan nama seorang lelaki) — kurma ini berwarna gelap – merah pekat yang hampir kehitaman.

Honey — tidak diketahui

Iteema — biasa terdapat di  Algeria.

Kenta — biasa terdapat di Tunisia.

Khadrawi atau Khadrawy (Arabic: 'hijau') — jenis yang diminati oleh orang Arabs, ia lembut, mempunyai warna gelap.

Khalasah (dari bahasa Arabic) — merupakan cultivar yang popular di Saudi Arabia, terkenal dengan rasanya yang tidak terlalu manis atau tawar, dan disukai oleh ramai orang. Buahnya dikenali sebagai Khlas. Ia terkenal di Hofuf (Al-Ahsa) dan Qatif di bahagian Daerah Timur Saudi Arabia (ash-Sharqīyah).

Khastawi (Khusatawi, Kustawy) — merupakan jenis kurma lembut terbaik dari Iraq; ia bersari dan bersaiz kecil, kelebihan bagi padang pasir.

Khenaizi — dari United Arab Emirates.

Lulu — dari United Arab Emirates.

Maktoom (Arabic ‘tersembunyi’) — buahnya lebih besar, merah-coklat, kulit yang tebal, lembut, dengan kemanisan yang pertengahan.

Manakbir — buah yang besar serta masak dengan cepat.

Medjool atau (Mejhool) (Arabic: مجهول‎ "tidak diketahui") — dari Morocco, juga ditanam di U.S., Israel, Saudi Arabia, Jordan, dan Daerah Palestin; bersaiz besar, manis dan berjus.

Migraf (Mejraf) — sangat populat di Selatan Yemen, dengan buah yang agak besar, dengan warna coklat keemasan.

Mgmaget Ayuob — dari Hun, Libya.

Mishriq (Arabic: مشرق‎ "timur") — dari Sudan dan Saudi Arabia.

Mozafati — (Persian "Pinggir bandar”) dari Iran, dimana kebanyakannya ditanam di Kerman, juga dikenali sebagai "Kurma Bam ", sempena nama bandar Bam di daerah tersebut. Ia berwarna gelap, lembut dan manis bersaiz sederhana. Ia sangat sesuai untuk tujuan makana segar, juga mampu bertahan untuk waktu simpanan yang lama. Pada suhu −5 darjah Celsius (23 °F) ia boleh disimpan sehingga tempoh 2 tahun.

Nabtat-seyf — di Saudi Arabia.

Rotab — dari Iran, berwarna gelap dan lembut.

Sag‘ai — dari Saudi Arabia.

Saidy (Saidi) — lembut, sangat manis, ia popular di Libya.

Sayer (Sayir) (Arabic “biasa”) — berwarna oren-coklat gelap, bersaiz sederhana, lembut dan berjus.

Sukkary — (lit. sugary) (Arabic: سكري) kulit berwarna coklat gelap; isi yang manis dan lembut, dari Saudi Arabia (Qassim), merupakan jenis yang paling mahal.

Sellaj — (Arabic: سلّج‎) di Saudi Arabia.

Tagyat — biasa terdapat di Libya.

Tamej — di Libya.

Thoory (Thuri) — popular di Algeria, kurma ini berwarna merah-coklat dan kulit yang sangat berkedut. Isinya adakalanya agak keras dan berbintil namun rasanya adalah manis dan kekacangan.

Umeljwary — di Libya.

Umelkhashab — berwarna merah memikat; manis kelat, isi yang keras putih (Saudi Arabia).

Zahidi (Arabic “kesederhanaan”) — mempunyai saiz sederhana, berbentuk silinder, coklat-keemasan terang, kurma yang separa kering dan manis, dijual sebagai lembut, separa keras dan keras.

Zaghloul (Arabic: زغلول‎) — kulit berwarna merah kegelapan, panjang, sangat rangup semasa segar (biasanya ia dihidangkan); sangat manis, dengan kandungan gula yang menyebabkan bibir terasa kering memakannya. Ia merupakan jenis yang ekslusif bagi Egypt, selain daripada namanya juga mewakili hero bangsa iaitu Saad Zaghloul.

Buah kurma dengan pelbagai peringkat.

Buah-buah kurma dikelaskan mengikut tahap kematang buah dengan beberapa pengkelasan iaitu kimri (belum masak), khlal (matang, rangup), rutab (masak, lembut) dan tamr (masak, kering). Ia juga disediakan mengikut kesesuaian penanaman mengikut daerah yang akan dibentangkan di dalam artikel yang lain.


Manakala terdapat banyak lagi cultivar yang kurang popular dan tidak dikomersilkan. Cultivar-cultivar ini dihasilkan oleh penanam-penanam kurma sendiri yang telah melalui jarak masa ribuan tahun. Sehingga hari ini, kurma bukan popular di Benua Arab atau Afriak sahaja malah turut berkembang ke seluruh dunia. Di kesempatan yang lain kita akan melihat beberapa keunikan lain buah dan tumbuhan kurma ini.



Free Download



Khamis, 27 Mac 2014

Penanaman Pokok Tanpa Menggunakan Tanah

LECA system
LECA - kaedah penanaman yang mudah - hanya pastikan paras air mencukupi.

Tanah merupakan medium penting untuk penanaman pokok dimana selain menyediakan sokongan kepada pokok ia juga mebolehkan akar pokok menjalar masuk ke dalam tanah untuk mendapatkan air. Kajian yang dilakukan oleh para saintis, petani dan orang ramai kini memahami, tanah bukanlah merupakan faktor utama yang membantu pokok untuk tumbuh dan berbuah. Jadi bagaimana kita boleh menanam pokok tanpa menggunakan tanah?

Ada beberapa perkara yang penting bagi tumbuhan untuk terus hidup dengan subur dan berbuah. Faktor-faktor inilah yang membolehkan tumbuhan untuk terus membesar antaranya:
  • Air – kelembapan, bahan untuk mengangkut zat makanan dalam pokok.
  • Cahaya – membolehkan tumbuhan menjalankan fotosintesis.
  • Zat makanan – (baja) membolehkan tumbuhan terus hidup subur.

Jadi tumbuhan boleh terus hidup tanpa sebarang masalah selagi ketiga-tiga perkara di atas dapat dibekalkan kepadanya. Maka, tanah bukanlah merupakan perkara yang menyediakan keperluan asas tetapi adalah sebagai sokongan. Inilah yang membolehkan tanaman ditanam walaupun tanpa tanah.

Teknologi tanaman yang dinamakan ‘hydroponics’ bukanlah satu perkara yang baru dan kaedah-kaedah terbaru terus dihasilkan bagi memastikan kita dapat menanam tumbuh-tumbuhan walau di mana sekalipun kita tinggal. Kaedah penanaman ‘hydroponics’ yang diperkenalkan dahulu memerlukan sistem yang mengandungi ‘pam air’ serta penyambungan paip yang mungkin mendatangkan sedikit kesukaran bagi mereka yang sibuk untuk mencuba.

Bamboo in water
Lucky Bamboo yang ditanam di dalam air dan batu.

Kaedah penanam ‘hydroponics’ hari ini menggunakan bahan gantian kepada tanah seperti;
  • Serat – serat kelapa, serat-serat lain
  • LECA – bebola tanah liat
  • Perlite – sejenis serpihan batuan

Ketiga-tiga bahan ini dapat menggantikan tanah kerana ia menyediakan ruang-ruang untuk air mengalir dengan bebas disamping menyediakan sokongan kepada akar tumbuhan untuk menjalar bagi menyerap air dan zat makanan yang terkandung di dalam air. Di sini terdapat bahan yang boleh diperolehi secara semulajadi seperti serat kelapa atau serat lain daripada tumbuh-tumbuhan apabila tumbuhan mati misalnya. Bahan ini dapat menyimpan lembapan yang cukup untuk tumbuhan disamping aliran udara juga amat baik.

Bahan lain seperti LECA dan perlite juga berasal dari sumber semulajadi, namun telah melalui proses untuk memastikan ia berfungsi sebagai gantian kepada tanah tanpa mengalami perubahan seperti menjadi padat, bertukar bentuk dan bertukar sifat.

Coco peat
Penggunaan 'coco peat' dalam teknik tanaman tanpa tanah.

Kaedah penanaman ‘hydroponics’ ringkas hanyalah menggunakan bekas yang digunakan untuk mengisi medium tanaman dan kemudiannya air yang mengandungi zat makanan (baja) diisikan bagi memastikan akar tumbuhan mendapat air secukupnya. Cara ini lebih mudah kerana anda hanya perlu memastikan air berada pada paras yang sesuai. Tiada pam air ataupun pemasangan elektrik diperlukan.

Kesesuaian pokok yang ditanam juga boleh disesuaikan dengan kaedah tanaman yang anda gunakan. Pokok yang tidak begitu tinggi mungkin lebih mudah untuk ditanam manakala pokok yang tinggi mungkin memerlukan sedikit sokongan – kerana medium tanaman ini tidak sekuat tanah dalam menyokong pokok yang tumbuh di dalamnya. Jadi tanaman kecil seperti sawi, kobis, bawang, lobak, salad adalah antara tanaman yang baik ditanam. Pokok yang memerlukan sokongan adalah seperti cili, tomato, kacang panjang, terung, timun dan pokok yang mempunyai ketinggian yang lebih.


Penanaman tumbuhan tanpa menggunakan tanah ini telah membolehkan kita menanam tumbuh-tumbuhan walaupun kita tinggal di rumah flat misalnya ataupun menanam sedikit pokok sebagai hiasan di dalam pejabat. Apa yang penting sebelum anda mencuba kaedah ini, anda perlulah mempelajari serba sedikit mengenai kaedah penanaman pokok dan perkara-perkara asas yang diperlukan untuk pokok hidup dengan sihat dan subur. Apa yang penting, teruskan mencuba.


Free Download



Arkib Blog