Pembangunan teknologi robot merupakan salah satu impian manusia sejak lama dahulu. Ia bermula dengan pembinaan mesin-mesin ringkas sebelum manusia mula mencipta komputer dan juga perisian AI yang mampu membantu robot memiliki lebih banyak kelebihan.
Atlas merupakan sebuah robot yang dihasilkan oleh Boston Dynamics dari Masschusetts dibina dengan mengutamakan keseluruhan fungsi yang perlu ada pada robot. Robot yang ‘bipedal’ (dua kaki) seperti yang kita ketahui mempunyai banyak kekurangan terutamanya dalam faktor pengimbangan. Masalah ini juga berlaku pada robot-robot generasi awal seperti Asimo yang dibangunkan oleh Honda pada awal 2000.
Berjalan di permukaan tidak rata, satu cabaran paling sukar bagi robot 'bipedal'.
Mengesan dan mengangkat sendiri barang.
Atlas menunjukkan kemampuan pengimbangan yang sangat menakjubkan selain mampu berjalan pada permukaan yang tidak rata. Ia sesuatu yang sukar dilakukan sebelum ini kerana melibatkan pelbagai komponen dan juga kemampuan AI yang sangat unik. Berbeza dengan manusia, semenjak bayi lagi kita perlu berlatih dengan merangkak sebelum berjaya melatih diri untuk mengimbangi badan dan berjalan dengan baik.
Kemampuan Atlas untuk melakukan kerja-kerja juga turut menunjukkan kehebatan kejuruteraan pembinaannya. Mengesan kedudukan objek dan mengangkat barang ke tempatnya yang betul biasanya memerlukan arahan yang tetap. Namun bagi Atlas ia dapat mengesan objek apabila dialihkan ke kedudukan baru dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.
Robot yang sedang dibangunkan.
Antara robot lain yang direka oleh Boston Dynamics.
Boston Dynamics adalah antara syarikat yang dimiliki oleh Google pada tahun 2013 melihat kepada potensinya yang cerah. Ia merupakan sebuah syarikat yang banyak membangunkan robot-robot dalam pelbagai bentuk semenjak 1990-an lagi.
Melalui pelbagai lagi pembangunan teknologi baru seperti quantum komputer, graphene dan sebagainya, dunia robot akan terus membangun. Tiada siapa bolehmenduga sejauh mana teknologi ini akan berkembang, namun apa yang penting tujuan pembinaan robot pada mulanya adalah untuk membantu dan memudahkan hidup manusia dan bukan sebaliknya.
Menara Petronas, Kuala Lumpur dibina dengan struktur 'tubular'
Antra perkara yang paling menarik di dalam dunia pembangunan ilmu pengetahuan dan kejuruteraan adalah keterbukaan dalam menerima idea yang dibentangkan oleh siapa sahaja yang boleh memberikan penyelesaian atau membawa kepada pembangunan yang lebih baik. Komuniti di bidang pendidikan sebenarnya amat mengalu-alukan sumbangan sebegini dan membuka peluang luas bagi semua untuk menyumbangkan idea masing-masing.
Di dalam bidang kejuruteraan bangunan antara nama yang terpenting adalah Fazlur Rahman Khan atau lebih terkenal dengan gelaran "the father of tubular designs for high-rises" oleh American Society of Civil Engineers. Fazlur Rahman Khan (3 April 1929 – 27 Mac 1982) merupakan seorang warga Bangladesh – Amerika yang juga merupakan seorang jurutera struktur yang menyumbangkan sistem binaan ‘tubular’ yang membolehkan bangunan-bangunan tinggi dibina. Sumbangan ini membolehkan beliau menjadi antara jurutera dan arkitek yang terpaling berpengaruh pada abad ke-20. Selain itu beliau juga merupakan antara pelopor kepada kaedah ‘computer-aided design’ yang mempercepatkan lagi proses pembinaan sesebuah bangunan/binaan.
Fazlur Rahman Khan, penyumbang kaedah pembinaan penting.
Antara hasil binaan beliau adalah bangunan yang tidak asing lagi iaitu Willis Tower, yang merupakan bangunan kedua tertinggi di United States dan juga bangunan 100 tingkat John Hancock Center di Chicago. Bagi bangunan Willis Tower, Fazlur Rahman merupakan jurutera yang bertanggungjawab untuk binaan tersebut walaupun bangunan itu adalah hasil rekaan Bruce Graham yang muncul sebagai bangunan tertinggi di dunia lebih daripada dua dekad.
Sumbangan Khan kepada pembinaan struktur bangunan pencakar langit adalah pembinaan struktur yang dikenali sebagai “tube”dengan beberapa variasi di antara “framed tube”, “trussed tube” dan juga “bundled tube”. Kaedah pembinaan yang dicadangakan oleh Khan ini merupakan kaedah yang menggantikan kaedah “steel frame”, yang digunakan dengan meluas pada masa itu. Manakala dengan adanya kaedah “tube” ini, bangunan berikutnya yang melebihi 40 tingkat akan menggunakan kaedah ini sejak tahun 1960-an.
Prinsip pembinaan yang diperkenalkan oleh Khan ini terus menjadi kaedah yang diadaptasikan kepada pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit sehingga ke hari ini. Penggunaan struktur “tube” terus digunakan untuk bangunan-bangunan seperti Burj Khalifa, World Trade Center, Aon Center, Petronas Tower, Jin Mao Building, Bank of China Tower dan kebanyakan bangunan yang mempunyai ketinggian melebihi 40 tingkat.
Antara bangunan lain dimana Fazlur Rahman merupakan Engineer Strukturnya adalah;
DeWitt-Chestnut Apartments, Chicago, 1963
Brunswick Building, Chicago, 1965
John Hancock Center, Chicago, 1965–1969
One Shell Square, New Orleans, Louisiana, 1972
140 William Street (formerly BHP House), Melbourne, 1972
Sears Tower, Chicago, 1970–1973
U.S. Bank Center, Milwaukee, 1973
Hajj Terminal, King Abdulaziz International Airport, Jeddah, 1974–1980
King Abdulaziz University, Jeddah, 1977–1978
Hubert H. Humphrey Metrodome, Minneapolis, Minnesota, 1982
One Magnificent Mile, Chicago, siap 1983
Onterie Center, Chicago, siap 1986
United States Air Force Academy, Colorado Springs, Colorado
Willis Tower, Chicago merupakan bangunan tertinggi lebih dari 2 dekad.
Merupakan anak kepada seorang guru matematik dan juga penulis buku teks yang kemudiannya Pengarah untuk Public Instruction bagi daerah Bengal manakala setelah bersara dilantik pula sebagai Principal bagi Jagannath College, Dhaka.
Khan merupakan pelajar di Armanitola Goverment High School di Dhaka. Kemudian menamatkan pelajaran di Bengal Engineering College, kini sebagai Indian Institute of Engineering Science and Technology, Shibpur, University of Culcutta. Beliau menerima ijazah Bachelor of Civil Engineering dari Ahsanullah Engineering College, University of Dhaka (kini dikenali sebagai Bangladesh University of Engineering and Technology). Menerima biasiswa daripada Fulbright Scholarship dan dari Pakistan membolehkan beliau melanjutkan pelajaran di United States pada tahun 1952 di University of Illinois at Urbana-Champaign. Tiga tahun kemudian belaiu menerima dua Master’s degrees – satu dalam ‘structural engineering’ dan satu lagi dalam ‘theoretical and applied mechanics’ – dan juga PhD dalam ‘structural engineering’ dengan thesis beliau bertajuk; “Analytical study of relations among various design criteria for rectangular prestressed concrete beams”.
Evolusi dalam pembinaan bangunan membolehkan bangunan lebih tinggi dibina.
Dari situlah kemudiannya bermula kerjaya Khan di dalam bidang kejuruteraan pembinaan dengan bangunan pertama yang menggunakan kaedah “tube structure” adalah bangunan aparment Chestnut De-Witt, Chicago – dan bangunan-bangunan lain seperti tersenarai di atas.
Jadi inilah antara yang dikatakan kemajuan pembangunan sesuatu teknologi, iaitu fasa perubahan yang membolehkan sesuatu dibina dengan lebih baik. Sekiranya pembaharuan seperti ini tidak diperkenalkan maka bangunan-bangunan tinggi seperti yang dilihat hari ini mungkin masih belum dapat dibina. Maka dengan itu, adalah diharap supaya kita menyelami bidang masing-masing dan sama-sama menyumbangkan lebih banyak idea yang memberi manfaat kepada semua.
Sidu River Bridge, merentasi gaung sedalam 496 meter di bawahnya.
Kehebatan dunia terus menyingkap kejayaan pembinaan jambatan-jambatan tertinggi dunia sebagai hasil daripada kejuruteraan moden yang melibatkan penggunaan teknologi tinggi di mana dahulunya jambatan-jambatan sebegini tidak mungkin dapat dibina. China muncul sebagai negara yang mempunyai paling banyak jambatan tertinggi di dunia dalam usaha untuk memperbaiki prasarana sistem pengangkutannya bagi terus merangsang pembangunan yang lebih pesat.
Walaupun pembinaan jambatan-jambatan ini menelan belanja yang tinggi namun adalah wajar bagi China untuk melabur dalam pembinaannya memandangkan pulangan daripada pembangunan yang terhasil daripada pembinaan jambatan ini nanti aalah jauh labih penting.
Hegigio Gorge Pipeline Bridge, dibina dengan kaedah yang berbeza dengan jambatan yang lain.
Jambatan-jambatan tertinggi dunia tidak tertakluk kepada kegunaan kenderaan sahaja dan ianya merujuk kepada ketinggian dasar jambatan daripada dasar terpaling dalam yang berada di bawahnya; dalam kebanyakan binaan jambatan ianya samada lembah ataupun sungai. Pembinaan jambatan adalah bertujuan untuk memendekkan perjalanan yang dapat menjimatkan lebih banyak kos dan masa.
Berikut adalah senarai jambatan-jambatan tertinggi dunia:
Nama
Lokasi
Ketinggian
Jarak antara tiang terpanjang
Tahun dibuka
Kegunaan
Jenis Jambatan
1.
Sidu River Bridge
China – bandar Yesanguan, Badong, Hubei
496 m (1,627 ft)
900 m (2,950 ft)
2009
Jalan
Gantung
2.
Hegigio Gorge Pipeline Bridge
Papua New Guinea - Otoma, Southern Highlands
393 m (1,289 ft)
470 m (1,540 ft)
2005
Petroleum
Lain-lain
3.
Baluarte Bridge
Mexico - Pueblo Nuevo, Durango
390 m (1,280 ft)
520 m (1,710 ft)
2012
Jalan
Kabel Tetap
4.
Baling River Bridge
China - Guanling County, Guizhou
370 m (1,210 ft)
1,088 m (3,570 ft)
2009
Jalan
Gantung
5.
Beipan River Guanxing Highway Bridge
China - Xingbeizhen, Guizhou
366 m (1,201 ft)
388 m (1,273 ft)
2003
Jalan
Gantung
6.
Liuchong River Bridge
China - Zhijin, Guizhou
340 m (1,120 ft)
438 m (1,437 ft)
2013
Jalan
Kabel Tetap
7.
Aizhai Bridge
China - Jishou, Hunan
336 m (1,102 ft)
1,176 m (3,858 ft)
2012
Jalan
Gantung
8.
Lishui River Bridge
China - Zhangjiajie, Hunan
330 m (1,080 ft)
856 m (2,808 ft)
2013
Jalan
Gantung
9.
Beipan River Hukun Expressway Bridge
China - Qinglong, Guizhou
318 m (1,043 ft)
636 m (2,087 ft)
2009
Jalan
Gantung
10.
Liuguanghe Bridge
China - Liu Guangzhen, Guizhou
297 m (974 ft)
240 m (790 ft)
2001
Jalan
Beam
11.
Zhijinghe River Bridge
China - Dazhipingzhen, Hubei
294 m (965 ft)
430 m (1,410 ft)
2009
Jalan
Arch (lengkuk)
12.
Royal Gorge Bridge
United States - Cañon City, Colorado
291 m (955 ft)
286 m (938 ft)
1929
Jalan
Gantung
13.
Beipan River Shuibai Railway Bridge
China - Liupanshui, Guizhou
275 m (902 ft)
236 m (774 ft)
2001
Keretapi
Arch (lengkuk)
14.
Mike O'Callaghan–Pat Tillman Memorial Bridge
United States - Clark County, Nevada & Mohave County, Arizona
Royal Gorge Bridge, antara jambatan tinggi tertua dibina pada 1929.
Daripada keseluruhan senarai jambatan-jambatan tersebut 10 daripadanya adalah jambatan-jambatan yang dibina di China sebagai usaha China memperbaiki sistem pengangkutan di negaranya. Namun begitu dari sudut kejuruteraan pula jambatan-jambatan perlu direka mengikut keadaan dan kegunaannya bagi memastikan aspek-aspek keselamatan terjamin.
Di dalam senarai ini antara jambatan yang unik adalah Liuguanghe Bridge yang dibina untuk laluan paip petroleum kerana ia dibina dengan struktur yang berbeza dengan jambatan-jambatan yang lain. Begitu juga Millau Viaduct yang muncul di tangga ke-15 kerana tiang utamanya yang berukuran 270 m (890 ft) merupakan struktur tertinggi bagi jambatan-jambatan yang tersenarai di sini. Jambatan sesuai sebagai penghubung menghubungkan sesuatu menjadi lebih dekat... fikir-fikirkan.