Sejenis fungus iaitu dikenali sebagai "Dung Cannon" atau "Hat Thrower" (Pilobolus crystallinus) merupakan sejenis fungus yang hidup di atas najis haiwan pemakan tumbuhan seperti lembu dan kuda. Satu daripada kelebihan fungus ini yang tidak kita perasan selama ini adalah ia mempunyai satu kelebihan berbanding dengan organisma lain adalah – pecutan yang menakjubkan.
Oleh kerana ia bersaiz kecil dan perlu menyebarkan benih sporanya jauh daripada tempat di mana ia tumbuh (kerana haiwan seperti lembu tidak akan makan di tempat mana najisnya jatuh). Fungus ini perlu menyebarkan benihnya itu sejauh yang boleh dan ini memerlukan suatu kuasa yang sangat istimewa.
Kumpulan fungus 'Dung Cannon' |
Fungus yang tumbuh di atas najis haiwan - membantu proses penguraian. |
Kuasa yang tersimpan di dalam kandul cecair akan melancarkan sporangium sejauh 2 meter. |
Saiz fungus ini adalah di antara 2 – 4 cm (0.8–1.6 in) tinggi, namun ia mampu untuk melancarkan “sporangium” (kandul spora)nya sehingga berjarak 2 meter (6.6 ft). Kebolehan ini terhasil daripada tekanan tinggi yang dihasilkan oleh cecair yang terkandung didalam pelancar “sporangium” tersebut sehingga ia mampu memecut 0-45 mph dalam satu millimeter pertama ia mula dilancarkan. Di mana pecutan ini adalah bersamaan dengan 20,000g. Cecair daripada kandul pelancar itu juga membolehkan ia melekat di mana ia mendarat sebelum menjadi makanan haiwan lain dan proses yang sama terus berulang.
Anda boleh menonton video yang dirakamkan oleh BBC yang mana manunjukkan keupayaan fungus ini dalam melancarkan sporanya berbanding dengan beberapa senjata api. Oleh kerana ia sejenis hidupan yang kecil, maka mungkin selama ini kita tidak menyedarinya. Namun ini menunjukkan keupayaan menakjubkan ini telah lama dimiliki secara semulajadi di dalam alam.