Pin-tailed whydah merupakan spesies (brood parasite) yand bertelur pada sarang burung lain dan mengancam populasi burung di Amerika (bukan tempat asalnya). |
Mungkin tidak semua mengetahui dalam dunia haiwan/hidupan banyak berlaku
kejadian di mana sesetengah spesies hidupan menggunakan spesies lain dalam
membesarkan anak-anak mereka. Ia bukanlah bersifat sepenuhnya parasit namun ada
sesetengah kes yang perlu mengorbankan anak-anak dari spesies keluarga
tumpangan mereka.
Hubungan ini bukanlah baru, dan pada kebiasaannya spesies yang memerlukan
tumpangan berjumlah lebih kecil, maka ianya sentiasa dapat dikawal. Namun ia
boleh mengganggu keseimbangan sekiranya spesies perumah berdada dalam jumlah
kecil berbanding spesies yang menumpang. Ia boleh mengakibatkan kedua-dua
spesies terjejas.
Common cuckoo, merupakan burung yang paling terkenal dengan teknik ini. |
Telur burung di dalam sarang keluarga tumpangan. |
Antara haiwan yang paling terkenal dengan teknik ini adalah burung tukang (cuckoo) dan spesies-spesies dari
keluarga ini. Namun kaedah membiak secara tumpangan ini berlaku untuk banyak
lagi spesies-spesies burung yang lain, malah ikan, serangga malah mungkin juga
dalam hidupan lain seperti tumbuhan, kulat dan mikro-organisma seperti bakteria
dan virus.
Walaupun teknik tumpangan ini dilihat negatif dan mengancam spesies keluarga
tumpangan, namun kebiasaannya ia seimbang mengikut jumlah keluarga tumpangan –
kerana kebiasaannya anak yang ditumpangkan berjumlah lebih kecil berbanding
dengan anak dari spesies keluarga tumpangan. Manakala, kedua-dua spesies juga
mempunyai kepentingan dalam alam. Maka kedua-dua spesies juga memerlukan antara
satu-sama lain.
Persaingan
Dari segi persaingan pula adalah dalam mendapatkan penjagaan antara
anak-anak pada keluarga tumpangan. Bagi burung “cukcoo” misalnya, ia akan menggantikan telur keluarga tumpang
dengan telurnya. Manakala tumbesaran anaknya yang cepat pula menjadi persaingan
kepada anak-anak keluarga tumpangannya. Ini berbeza pada spesies burung seperti
“giant cowbird” (Molothrus oryzivorus)
yang tidak mengganggu telur atau anak-anak keluarga tumpangannya.
Terdapat juga spesies haiwan yang tidak semestinya menggunakan keluarga
tumpangan seperti ayam atau itik yang menggunakan sarang dari spesies yang
sama. Jadi anak-anak mereka akan ditetaskan oleh satu keluarga sahaja. Namun ia
juga merupakan salah satu teknik keluarga tumpangan.
Membesarkan anak-anak tumpangan adakalanya menjadi cabaran yang besar. |
Memberi makan kepada anak tumpangan. |
Keluarga Tumpangan Berlainan
Spesies
Berbeza pula pada hidupan yang menggunakan spesies lain untuk membesarkan
anak-anak mereka seperti “Alcon blue” (Phengaris
alcon) - sejenis rama-rama, yang menggunakan semut untuk membesarkan larva
anak-anaknya. Larva yang kenyang akan jatuh dari pokok tempat di mana mereka makan.
Ia akan menghasilkan bahan kimia (allomones)
yang menyerupai anak-anak semut. Mengakibatkan semut-semut mengangkat larva ini
ke dalam sarangnya. Ia bukan sahaja memberikan perlindungan, malah penjagaan
sehingga anak-anak rama-rama ini selesai bertukar menjadi rama-rama dewasa.
Namun ia perlu keluar dengan pantas dari sarang sebaik sahaja selesai bertukar
menjadi rama-rama.
Antara hidupan yang memerlukan keluarga tumpangan adalah seperti di bawah.
Selain daripada spesies utama, terdapat sub-spesies yang mungkin terdiri
daripada banyak lagi spesies dari kumpulan yang sama.
Jenis Serangga:
- Ammophila sabulosa - red-banded sand wasp.
- Coelioxys - leaf-cutting cuckoo bees juga dikenali sebagai sharp-tailed bees.
- Cuckoo bee - terdiri daripada beberapa spesies dari family: Apidae, spesies lebah yang menggunakan keluarga tumpang adakalanya bersifat parasit (memusnahkan keluarga tumpangan).
- Phengaris alcon arenaria - Dutch Alcon blue dan beberapa spesies lain dari family: Phengaris.
- Polistes sulcifer - merupakan spesies wasp atau angkut-angkut.
- Polyergus rufescens - Slave-making ants, mencuri semut-semut dari spesies lain seperti Formica sanguinea untuk dijadikan pekerja.
Jenis Burung:
- Molothrus aeneus - Bronzed cowbird dan dari spesies-spesies cowbird yang lain.
- Anomalospiza imberbis - cuckoo-finch juga dikenali sebagai parasitic weaver atau cuckoo weaver iaitu dari kumpulan burung penenun.
- Cuculus canorus - common cuckoo, burung yang paling terkenal dengan teknik tumpangan ini menghasilkan telur yang serupa dengan telur keluarga tumpangannya.
- Chrysococcyx caprius - diederik cuckoo.
- Cuculus micropterus - Indian cuckoo.
- Clamator jacobinus - Jacobin cuckoo.
- Dromococcyx phasianellus - pheasant cuckoo.
- Tapera naevia - striped cuckoo.
- Heteronetta atricapilla - black-headed duck merupakan spesies itik yang menggunakan keluarga tumpang sepenuhnya.
- Clamator glandarius - great spotted cuckoo.
- Indicatoridae - Honeyguides (terdiri daripada banyak sub-spesies seperti: Indicator, Melichneutes, Melignomon dan Prodotiscus.
- Indicator indicator - greater honeyguide.
- Indicator conirostris - thick-billed honeyguide.
- Eudynamys scolopaceus - Asian koel yang juga mempunyai beberapa sub-spesies.
- Viduidae - indigobirds dan whydahs yang juga terdiri dari beberapa sub-spesies.
Jenis Ikan:
- Synodontis multipunctatus - Juga dikenali sebagai cuckoo catfish, cuckoo squeaker, atau multipunk kebiasannya menjadikan ikan cichlids sebagai keluarga tumpangan kepada anak-anaknya.
Alcon Blue merupakan spesies serangga yang menggunakan teknik tumpangan. |
Lebih dikenali sebagai cuckoo catfish kerana menggunakan keluarga tumpangan untuk membiak. |
Itu adalah sebahagian sahaja daripada senarai hidupan-hidupan yang
menggunakan kaedah keluarga tumpangan di mana sebahagiannya bersifat parasit.
Oleh kerana ia bergantung kepada perumahnya, maka jumlahnya adalah bergantung
juga kepada jumlah spesies perumahnya sendiri.
Ia merupakan satu hubungan unik di dalam alam. Bagi spesies ‘slave-making ant’ misalnya, masih mampu
hidup tanpa spesies semut yang dijadikan penjaga kepada sarangnya, namun akan
mengalami jumlah kematian anak yang tinggi. Kita mungkin mempunyai pandangan
yang berbeza terhadap hubungan ini. Namun ia adalah sebahagian daripada
hubungan normal di dalam alam melainkan apabila spesies ini di bawa keluar
daripada habitat asalnya.