Syarikat penerbangan tambang murah merupakan satu pengangkutan penting. |
Perkembangan industri penerbangan murah di Asia banyak membantu
meningkatkan industri pelancongan di rantau ini. Malah industri ini sangat
berjaya di Asia Tenggara dengan beberapa syarikat penerbangan penerbangan murah
terbaik dunia adalah dari negara-negara di Asia Tenggara. Ia bukan sahaja membantu
para pelancong tetapi juga bagi ramai penduduk tempatan untuk sama-sama
menikmati kemudahan pengangkutan yang suatu masa dahulu hanya boleh digunakan
oleh golongan tertentu sahaja.
10. Skymark Airlines
Skymark Airlines merupakan syarikat penerbangan yang beroperasi di Haneda
Airport di Ōta, Tokyo, Japan dan memulakan operasinya pada 19 September 1998. Ia
merupakan syarikat penerbangan kos murah bebas pertama di Jepun dan hampir
mengalami bankrup. Walaubagaimanapun setelah melakukan penstrukturan semula
syarikat ini masih mampu bertahan dan muncul sebagai antara 10 penerbangan
terbaik di Rantau Asia.
Website : www.skymark.co.jp/en/
9. Nok Air
Syarikat penerbangan murah yang dari Thailand yang semakin meningkat naik,
memulakan operasinya pada 23 July 2004 melalui Don Mueang International Airport
ke dentinasi-destinasi tempatan di Thailand. Penerbangan antarabangsa
pertamanya adalah bermula pada 31 May 2007 dengan penerbangan harian ke
Bangalore, India. Nok Air bersama-sama Scoot Airlines daripada Singapore
membentuk NokScoot yang beroperasi bagi destinasi-destinasi di luar Thailand.
Website : http://www.nokair.com/
8. Tiger Airways
Tiger Airways pula adalah syarikat yang berasal dari Singapore dan mula
ditubuhkan pada 12 December 2003. Ia ditubuhkan sebagai sebuah syarikat
penerbangan bebas dan hanya mula disenaraikan di Bursa Saham Singapore di bawah
nama Tiger Airways Holdings pada tahun 2010. Pada tahun 2014 penerbangan
Tigerair ditambah lagi ke beberapa destinasi tambahan termasuk Xi'an, China dan
Male, Maldives. Tiger Airways dan Scoot adalah sebahagian daripada Singapore
Airlines yang memiliki saham terbesar syarikat-syarikat tersebut dengan
pentadbiran melalui anak syarikatnya Budget Aviation Holdings.
Website : www.tigerair.com
7. SpiceJet
SpiceJet merupakan syarikat penerbangan yang ditubuhkan di India pada 23
May 2005 dan beroperasi melalui hub
utamanya di Indira Gandhi International Airport (Delhi). Beroperasi untuk
destinasi-destinasi tempatan dan beberapa destinasi antarabangsa. SpiceJet
membuat rombakan besar dengan membuat potongan harga sehingga 50% kepada
kebanyakan destinasinya pada musim panas 2014 untuk terus bersaing dengan syarikat-syarikat
penerbangan tambang murah yang lain. Selain kini menjadi antara syarikat
penerbangan tambang murah yang berpotensi, SpiceJet terus berdaya saing dengan
memberi sekali jaminan voucher 1,000 rupee untuk kelewatan penerbangan.
SpiceJet merupakan antara syarikat penerbangan terbang murah yang menunjukkan
peningkatan yang baik.
Website : spiceJet.com
6. Peach
Peach Aviation merupakan antara syarikat penerbangan murah yang masih baru
dari Jepun yang hanya ditubuhkan pada 10 February 2011. Ia merupakan antara
syarikat penerbangan harga murah yang menempa nama dengan cepat. Kini Peach
turut terbang ke destinasi-destinasi antarabangsa seperi Korea, Hong Kong,
China, Taiwan dan Thailand selain destinasi dalam negeri. Destinasi ini akan
terus ditambah ke destinasi-destinasi Asia yang lain. Peach juga turut
menawarkan banyak perkhidmatan tambahan bagi memenuhi keperluan para
penggunanya.
Website: flypeach.com
5. Scoot
Scoot merupakan satu lagi syarikat penerbangan tambang murah yang
ditubuhkan di Singapore pada tahun 2011 dan memulakan operasi pada 4 June 2012.
Scoot dan juga Tigerair adalah merupakan sebahagian daripada Singapore Airlines
yang juga merupakan pemegang saham syarikat-syarikat tersebut. Penerbangan
Scoot menumpukan kepada penerbangan jarak jauh dengan destinasi-destinasi
seperti di China dan beberapa destinasi sekitar Asia yang lain. Penerbangan
Scoot juga termasuk Australia dan Greece. Saiz pesawat-pesawat yang digunakan
Scoot juga adalah lebih besar iaitu Boeing 787–8 dan Boeing 787–9. Terdapat
banyak kemudahan tambahan bagi para penumpang Scoot selain daripada kelebihan
memilih kerusi dengan ruang kaki yang lebih besar.
Website : flyscoot.com
4. Jetstar Asia
Jetstar Asia telah memulakan operasi sejak tahun 2004 lagi dengan pusat
operasinya terletak di Singapore Changi Airport. Ia bukan sahaja merupakan sebahagian
daripada Jetstar Airways malah merupakan subsidiari daripada syarikat
penerbangan Australia iaitu Qantas. Destinasi-destinasi SE Asianya terdiri
daripada Myanmar, Cambodia, Malaysia, Philippines, Thailand dan Vietnam.
Manakala destinasi lain termasuklah Japan, Taiwan dan Hong Kong. Ia juga menyediakan
penerbangan tambahan bagi syarikat-syarikat Jetstar yang lain seperti Jetstar
di New Zealand, Jetstar Pacific dan Jetstar Japan dengan destinasi-destinasi
penerbangan yang lebih banyak.
Website: jetstar.com
3. Indigo
Indigo merupakan syarikat penerbangan murah dari India yang mula beroperasi
pada tahun 2006 dan menjadi antara syarikat penerbangan tambang murah di Asia.
Sehingga kini Indigo memiliki 135 buah kapal terbang dan 458 lagi telahpun
ditempah untuk operasinya akan datang. Operasinya tertumpu di kebanyakan
destinasi di dalam negeri dan turut melibatkan destinasi luar seperti Thailand,
Qatar, UAE, Iran, Singapore dan Nepal. Indigo bakal menambah banyak lagi
destinasinya untuk masa-masa akan datang dan mungkin meningkatkan lagi
prestasinya sebagai penerbangan tambang rendah yang terbaik!
Website : www.goindigo.in
2. AirAsia X
AirAsia X merupakan sebahagian daripada syarikat penerbangan tambang murah
terkenal di dunia iaitu AirAsia dan mula ditubuhkan pada 2007. Ia menumpukan
kepada penerbangan jarak jauh seperti termasuk China, Jepun, Korea, Taiwan,
Australia, Iran, Australia, New Zealand, Hawaii dan banyak lagi destinasi yang
akan terus ditambah. AirAsia kini beroperasi dengan sejumlah 30 buah kapal terbang
dan 78 lagi akan mula beroperasi pada tahun 2018. AirAsia X turut mempunyai rangkaian-rangkaian
lain iaitu Indonesia AirAsia X dan juga Thai AirAsia X.
Website : www.airasia.com
1. AirAsia
AirAsia bukan sahaja merupakan antara syarikat penerbangan termurah yang
awal di dalam senarai ini, malah ia juga muncul sebagai syarikat tambang murah
terbaik dunia untuk 8 tahun berturut-turut sehingga tahun 2016. Ia bukan sahaja
terus berkembang malah, terus memperbaiki tahap perkhidmatannya bagi memenuhi
keperluan para pengguna. Walaupun terdapat pelbagai syarikat penerbangan
tambang murah di rantai ini, AirAsia merupakan syarikat yang menyediakan
perkhidmatan yang terpaling murah dan mudah untuk digunakan. Memulakan operasi
semenjak tahun 16 November 1996 kini AirAsia turut mempunyai rangkaian AirAsia
di beberapa negara jiran yang turut menambahkan lagi jaringan penerbangan
AirAsia. Ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pengangkutan malah
meningkatkan lagi ekonomi serantau dengan lebih drastik. Bilangan kapal terbang
AirAsia adalah 76 buah dan 365 buah lagi masih di dalam tempahan.
Website : www.airasia.com
Berikut dengan penyenaraian ini maka kita dapat melihat banyak lagi pilihan
pengangkutan udara tambang murah yang terdapat di Asia khususnya SE Asia.
Walaupun mungkin kita mempunyai syarikat penerbangan pilihan masing-masing,
namun maklumat ini mungkin membantu kita dalam melihat pilihan yang turut
disediakan. Mungkin ada di antara kita yang ingin mencuba penerbangan yang lain
untuk pengalaman ataupun destinasi yang tidak ditawarkan syarikat penerbangan
pilihan anda.