Memaparkan catatan dengan label manggis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manggis. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Jun 2015

Buah Buahan Tropika Manggis

mangosteen ripe
Buah manggis yang masak dengan kulit bewarna gelap dan isi yang putih.

Berbanding dengan buah-buahan tropika yang lain manggis atau juga dikenali sebagai purple mangosteen (Garcinia mangostana) adalah buah yang lebih mudah untuk diterima oleh semua berbanding dengan durian yang mempunyai bau yang kuat. Buah yang berwarna ungu gelap ini mempunyai isi yang putih, manis serta lembut. Walaupun begitu buah manggis hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja di dunia.

Buah manggis dikatakan berasal daripada kepulauan Sunda dan juga Maluku di Indonesia namun ia boleh didapati di serata Asia Tenggara, begitu juga di beberapa bahagian di Amerika Selatan seperti Colombia, Kerala di India, Puerto Rico dan juga Hawaii – dimana pokok ini mungkin dibawa masuk dan cuba ditanam di sana.

Buah manggis sememangnya amat digemari sejak dahulu lagi namun ia tidak mudah tumbuh di luar kawasan tropika. Ia mula diperkenalkan pada English greenhouse pada tahun 1855 dan cuba untuk dipindahkan ke bahagian barat seperti Jamaica, Guatemala, Honduras, Panama dan juga Ecuador. Setakat ini manggis juga turut menjadi sebahagian tanaman bagi Australia.


mangosteen young
Puitk manggis muda yang perlukan persekitaran sejuk.

Pokok manggis dan buah manggis memerlukan persekitaran yang sejuk dan lembab oleh itu ia sering ditanam bersama dengan pokok buah-buahan yang lain di dusun buah-buahan di kampung-kampung. Pokok ini memerlukan suhu di antara  25 °C sehingga 35 °C dan kelembapan sekitar 80%. Suhu yang mencapai lebih daripada 38 °C ke 40 °C akan menyebabkan dauh dan buah menjadi rosak.

Pokok manggis sememangnya sensitif oleh kerana mempunyai sistem akar yang lemah dan memerlukan tanah yang dalam dan pengairan yang sempurna. Sekiranya anda mempunyai kebun buah-buahan anda mungkin akan perasan, adalah lebih mudah untuk menanam pokok-pokok lain seperti rambutan, mangga, durian, pisang dan lain-lain berbanding manggis. Ini bukan bermakna ia tidak boleh ditanam, tetapi ia merupakan pokok yang amat sensitif.

Di Asia Tenggara, Thailand merupakan penanam utama manggis dengan keluasan tanaman dianggarkan seluas 4,000 ha pada tahun 1965 dan saiz ini mencapai 11,000 ha pada tahun 2000 dan menghasilkan buah sekitar 46,000 tan. Kawasan-kawasan lain seperti Indonesia, Malaysia dan Philippines pula hanya menghasilkan manggis untuk pasaran Asian sahaja. Di luar Asia hanya kawasan di Puerto Rico sahaja dikatakan berjaya dan kawasan-kawasan yang lain masih lagi mencuba seperti Kepulauan Caribbean, Amerika Selatan, Florida, California dan Hawaii yang tidak dapat menandingi penanaman manggis di Asia Tenggara.

Manggis terkenal sebagai buah yang bukan sahaja enak malah mempunyai khasiat yang tinggi. Namun oleh kerana taburannya yang terhad ia tidak mudah untuk didapati di bahagian-bahagian lain dalam keadaan yang segar. Ia pertama kalinya menemui pasaran United States pada tahun 2007. Pada awal ketibaannya di pasaran US, harga bagi manggis yang segar adalah $60 untuk satu pound. Jadi berbanding buah segar, manggis mungkin lebih mudah untuk ditemui dalam bentuk tin, kering atau sebagai buah-buahan yang telah diproses.
Terdapat beberapa buah yang lain yang tergolong dalam family manggis (Garcinia) dan ini termasuklah buah yang dikenali sebagai asam gelugor yang juga mempunyai khasiat pemakanan yang istimewa.
  • Garcinia atroviridis (Asam Gelugor, Gelugor)
  • Garcinia cambogia (Brindleberry, Brindall berry, Gambooge)
  • Garcinia hombroniana (Seashore Mangosteen, Luli)
  • Garcinia livingstonei (Lowveld Mangosteen, Imbe, Rheedia)
  • Garcinia magnifolia, Rheedia magnifolia, (Madrono, Reedia)
  • Garcinia mangostana (Mangosteen)
  • Garcinia megaphylla, Garcinia macrophylla, Rheedia macrophylla (Bacuru Pary)
  • Garcinia nervosa (Mountain Garcinia, Pear Mangosteen)
  • Garcinia schomburgkiana (Madan)
  • Garcinia sp. (Garcinia)
Young tree - mangosteen
Anak pokok manggis di tapak semaian.
Manggis amat digemari oleh masyarakat umum dan usaha untuk meluaskan penanaman manggis terus dijalankan untuk membolehkan ia ditanam di kawasan-kawasan lain namun masih belum berjaya sepenuhnya. Buah manggis bukan sahaja enak malah sememangnya mempunyai khasiat pemakanan yang baik untuk kesihatan. Ia merupakan buah yang mengandungi kalori yang rendah tetapi kaya dengan fiber, vitamin-vitamin penting seperti vitamin C, vitamin B-complex dan juga sejumlah mineral yang baik untuk kesihatan seperti copper, maganese, magneseum dan potassium.


Mangosteen (Garcinia mangostana), Fresh,
Nutrition value per 100 g
(Source: USDA National Nutrient data base)
Principle
Nutrient Value
Percentage of RDA
Energy
63 Kcal
3%
Carbohydrates
15.6 g
12%
Protein
0.50 g
1%
Total Fat
0.4 g
2%
Cholesterol
0 mg
0%
Dietary Fiber
5.10 g
13%
Vitamins
Folates
31 µg
8%
Niacin
0.286 mg
2%
Pantothenic acid
0.032 mg
<1%
Pyridoxine
0.041 mg
3%
Riboflavin
0.054 mg
4%
Thiamin
0.054 mg
4.5%
Vitamin A
35 IU
1%
Vitamin C
7.2 mg
12%
Electrolytes
Sodium
7 mg
0.5%
Potassium
48 mg
1%
Minerals
Calcium
5.49 mg
0.5%
Copper
0.069 mg
7%
Iron
0.17 mg
2%
Magnesium
13.9 mg
3.5%
Manganese
0.10 mg
4%
Phosphorus
9.21 mg
1%
Zinc
0.12 mg
1%
Phyto-nutrients
Carotene-α
1 µg
--
Carotene-ß
16 µg
--
Cryptoxanthin-ß
9 µg
--

mangosteen canned
Buah manggis yang telah di tin.

Sekiranya anda mempunyai kawasan tanaman pokok manggis yang sesuai maka pastikan anda menggunakan peluang tersebut untuk menanam lebih banyak pokok manggis. Anda mungkin tidak menyangka bahawa orang lain mungkin ingin sekali menikmati buah istimewa ini seperti yang pernah dicatatkan oleh seorang pengembara iaitu David Fairchild di dalam catatan yang diterbitkannya pada tahun 1930 menyatakan bahawa ‘Queen Victoria’ pernah menawarkan ganjaran sebanyak 100 pound sterling bagi sesiapa yang boleh membawakan beliau buah manggis yang segar.
Secara individu saya sendiri amat meminati buah manggis kerana rasanya yang manis dan mudah dimakan. Banyak perkara yang menarik mengenai buah ini yang turut menjadi kenangan manis – seperti yang biasa menjadi ungkapan ‘hitam-hitam si tampuk manggis, biar hitam ku pandang manis’.
Rujukan:
Wikipedia - Purple mangosteen


Free Download






Arkib Blog