Memaparkan catatan dengan label mamalia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mamalia. Papar semua catatan

Khamis, 8 Jun 2017

10 Haiwan Yang Mempunyai Kebijaksanaan Luar Biasa

Gagak dikatakan antara haiwan (burung) terpaling bijak.

Kemampuan manusia untuk berfikir dan melakukan pelbagai perubahan menyebabkan manusia berbeza dengan hidupan-hidupan lain di dunia. Walaupun hidupan lain tidak mempunyai keupayaan yang menyamai manusia, namun jelas haiwan juga mampu berfikir dan menyelesaikan masalah. Inilah yang membantu haiwan-haiwan tersebut untuk menyesuaikan diri untuk hidup dalam perubahan alam di sekeliling mereka. Berikut adalah antara beberapa haiwan yang dikenal pasti mempunyai kebijaksanaan luar biasa.


1. Gagak

Gagak merupakan haiwan yang mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa. Kehebatan gagak ini sering menjadi kajian para pengkaji untuk mengukur sejauh mana keupayaan mereka. Kehebatan gagak mengatasi haiwan-haiwan lain termasuk chimpanzee dan juga dolphin yang juga termasuk di dalam kumpulan haiwan-haiwan bijak. Inilah yang membantu gagak untuk terus membiak dengan pantas di mana sahaja berbanding dengan haiwan lain di kawasan yang padat dihuni manusia.


2. Dolphin

Berbeza dengan gagak kebijaksanaan dolphin merangkumi kebijaksanaan emosi yang lebih mirip kepada manusia. Ini menjelaskan mengapa dolphin amat mudah berinteraksi dengan manusia yang dapat dilihat dengan jelas. Dolphin dikatakan mempunyai struktur otak yang lebih besar yang membolehkan ini mempunyai keupayaan ini.


3. Tikus

Walaupun dianggap sebagai haiwan yang kotor dan menyebarkan penyakit, tikus adalah haiwan yang bijak. Ini dapat dilihat dengan jelas dengan kemampuannya menyesuaikan diri dan membiak dengan pesat di mana sahaja bersama populasi manusia. Ini dijelaskan oleh pengkaji dari University of Guelph, Ontario sebagai bagaimana tikus dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang disediakan oleh para pengkaji melalui kaedah yang adakalanya tidak dijangka oleh manusia.


4. Khinzir

Khinzir mungkin merupakan haiwan peliharaan yang paling bijak. Melalui pelbagai ujian mendapati khinzir mampu menggunakan cermin untuk mendapatkan makanan mereka. Malah khinzir juga boleh menggunakan helah ke di antara sesama mereka untuk mendapatkan makanan yang lebih. Khinzir juga mudah menguasai teknik-teknik baru yang diajarkan kepadanya seperti melompat ke dalam gelungan sehinggalah kepada permainan video games menggunakan joysticks.


5. Bonobos

Bonobo merupakan spesies monyet yang hampir kepada chimpanzee yang juga merupakan haiwan bijak sangat popular. Bonobo merupakan spesies yang terancam dan hanya terdapat di bahagian tengah Afrika. Melalui kajian bonobo pernah diajarkan bahasa isyarat dan simbol. Bonobo bernama Kanzi itu mempunyai papan komunikasi bagi membolehkan ini berinteraksi bersama pengkajinya menggunakan simbol untuk menyampaikan pendapatnya.


6. Itik

Itik juga menunjukkan kemampuan untuk mengenali persekitaran melalui kajian-kajian yang dilakukan. Kajian perilaku ini dapat dikesan pada anak-anak itik sendiri dalam mengenali persekitaran mereka dan mengenal semula persekitaran yang sama pada set yang lain. Jadi anak-anak itik ini bukan sahaja mengikuti apa yang dilakukan oleh ibunya, tetapi mempunyai tindak balas sendiri mengikut persekitaran sama seperti haiwan-haiwan bijak yang lain (antaranya primate, gagak, kakak tua dan lain-lain). Ini membuktikan, itik juga mempunyai pemikiran terhadap persekitarannya.


7. Gajah

Kebijaksanaan gajah telah lama dikesan. Gajah menunjukkan kemahiran menggunakan peralatan seperti kayu untuk membuang kutu, atau pelepah palma untuk memukul lalat. Gajah mampu memikirkan beberapa kaedah penyelesaian kepada masalah dan merangka jalan penyelesaiannya. Ini tidak termasuk kecenderungan gajah seperti kehidupannya di dalam komuniti yang saling bantu-membantu.


8. Lembu

Walaupun lembu dilihat sebagai haiwan yang diam dan hanya sibuk dengan mengunyah rumput yang dimakannya. Lembu didapati mempunyai keupayaan memproses emosi yang lebih kompleks. Lembu-lembu mempunyai kecenderungan berkawan dan ada pula di antaranya menjadi musuhnya pula. Lembu-lembu juga akan menunjukkan perasaan seperti sakit, sedih dan kemurungan – ia juga dikatakan memikirkan apakah yang akan berlaku pada masa akan datang.


9. Lebah

Lebah lebih dikenali sebagai gerombolan bijak. Kebijaksanaan lebih ini dapat dilihat dalam sekumpulan lebah di dalam satu koloni yang besar. Lebah-lebah mempunyai kaedah berkomunikasi, menyusun atur kerja antara mereka malah, ia juga boleh memberikan reaksi di dalam kumpulan. Bagi lebih yang menunjukkan perasaan tidak bersetuju, ia akan melakukan tidak balas untuk menyatakan keputusan tersebut.


10. Tupai

Tupai juga merupakan antara haiwan yang bijak terutamanya dalam mendapatkan sumber makanan. Walaupun tupai sering dilihat melintas jalan tanpa mengetahui akan bahayanya. Tupai sebenarnya dapat mempelajari teknik-teknik baru, terutamanya teknik mencuri makanan daripada tempat makanan burung misalnya. Malah kemahiran ini turut dipindahkan kepada tupai-tupai lain. Comel dan bijak.

Itu adalah sebahagian daripada kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh haiwan-haiwan yang dikaji setakat ini. Namun begitu setiap haiwan mempunyai ciri-ciri keistimewaan masing-masing dan boleh dikatakan setiap haiwan mempunyai kebijaksanaan untuk berinteraksi dengan sekelilingnya. Sebagai manusia, perkara ini sepatutnya dapat membantu kita dalam menguruskan alam bagi menjaga kesejahteraan hidup antara manusia haiwan dan alam secara keseluruhannya.



Free Download



Isnin, 15 Ogos 2016

Tabiat Berkumpulan Dalam Dunia Haiwan

Penghijrahan rama-rama Monarch, penghijrahan besar-besaran.

Hidup berkumpulan bukan sahaja penting dalam kehidupan manusia, ciri-ciri hidup berkumpulan sebenarnya dapat dilihat dengan jelas pada dunia haiwan. Sesetengah hidupan hanya hidup dalam kumpulan manakal yang lain pula berkumpulan mengikut musim-musim tertentu. Tabiat ini tidak lain kerana ia membolehkan mereka mendapat beberapa faedah penting.

Bagi hidupan yang bermigrasi terutamanya, menempuh perjalanan yang jauh tidak boleh dilakukan secara individu bagi memastikan keselamatan mereka. Pergerakan berkumpulan ini dilakukan dalam jumlah yang sangat besar seperti yang dilakukan oleh beberapa spesis serangga, ikan, burung dan mamalia. Antara penghijrahan yang terkenal dilakukan oleh serangga adalah rama-rama Monarch (Monarch Butterflies: Danaus plexippus). Rama-rama ini menempuh perjalanan beribu batu dari California dan Selatan Canada ke Mexico untuk bertelur. Walaupun mempunyai taburan di beberapa kawasan di dunia yang lain, rama-rama Monarch di Amerika Utara adalah lebih terkenal kerana perpindahan mereka ini.

Dalam kumpulan yang besar, hiudpan mempunyai peluang yang lebih besar untuk selamat.
Kumpulan King Penguins, berkumpul untuk mengelakkan kesejukan.

Berbeza pula dengan king penguin (Aptenodytes patagonicus) yang memerlukan perkumpulan bagi musim-musim tertentu tertamanya ketika musim sejuk di mana mereka akan berkumpul dalam satu kumpulan yang besar untuk memastikan setiap penguin mendapat haba yang cukup. Walaupun bulu penguin ini cukup tebal, namun tiupan angin yang kuat boleh mengakibatkan mereka mati. Keadaan ini lebih penting bagi anak-anak mereka yang masih lagi kecil.

Berbeza pula dengan kumpulan wildebeests atau gnu, perpindahan berkumpulan membolehkan mereka meningkatkan tahap keselamatan dalam kumpulan. Walaupun sebahagian darinya akan menjadi sasaran pemangsa terutamanya singa dan buaya. Berada di dalam kumpulan adalah jauh lebih baik berbanding berhijrah secara individu. Penghijrahan ini juga memastikan kumpulan ini sentiasa mendapat bekalan makanan yang cukup. Selain daripada kumpulan gnu yang besar, kuda belang juga akan turut berpindah bersama-sama gnu untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan kumpulan mereka.

Penghijrahan wildebeest turut disertai oleh haiwan-haiwan lain.

Dalam kumpulan yang besar, pemangsa seperti ikan jerung tidak dapat menangkap seekor sardine.

Flamingo juga merupakan burung yang memerlukan kumpulan.

Bagi kumpulan ikan pula ikan sardine merupakan ikan yang popular dengan kumpulan mereka semasa berhijrah. Selagi berada di dalam kumpulan ia sukar dijadikan makanan oleh pemburu-pemburunya seperti ikan dolphin dan jerung. Jadi ikan dolphin mempunyai teknik tersendiri untuk memecahkan kumpulan ikan-ikan sardine ini untuk membolehkan mereka ditangkap. Pemangsa-pemangsa lain biasanya akan mengambil peluang daripada usaha ikan dolphin ini termasuk ikan jerung, ikan pari dan burung-burung laut.


Jadi sekarang anda tentu tahu mengapa hidupan sering ditemui dalam kumpulan yang besar. Kita juga perlu memastikan kumpulan ini berada dalam jumlah yang sepatutunya, kerana pengurangan atau pertambahan jumlah satu-satu hidupan akan mengganggu keseimbangan kumpulan yang lainnya. Begitulah uniknya hubungan antara hidupan di dunia.


Free Download



Sabtu, 15 Ogos 2015

Haiwan Yang Mungkin Tidak Anda Kenali (Rodents)

Eastern chipmunks dengan makanan di dalam mulutnya.

Rodent atau rodensa merupakan antara haiwan yang paling mudah dikenali kerana ia merangkumi tikus yang sering dianggap sebagai haiwan perosak. Namun begitu spesis yang menjadi haiwan peliharaan pula adalah hamster dan beberapa spesis comel seperti tupai, guinea pigs dan juga arnab. Haiwan-haiwan tergolong dalam kumpulan ini adalah lebih besar dengan jumlah 2,010 spesis kesemuanya, jadi sebab itulah kita perlu mengenali kumpulan ini dengan lebih dekat.

Haiwan-haiwan rodents membiak dengan cepat dan mudah menyesuaikan diri dengan kehadiran manusia menyebabkan antara faktor ia dianggap sebagai haiwan perosak. Namun ia adalah merupakan perkara yang biasa di dalam alam iaitu faktor penyesuaian yang secara tidak langsung merubah corak kehidupan haiwan-haiwan ini.
Antara kumpulan-kumpulan haiwan ‘rodents’ termasuklah;


Tupai (Squirrel):

American red squirrel (Tamiasciurus hudsonicus)

Veriegated squirrel (Sciurus veriegatoides)

Eastern gray squirrel (sciurus carolinensis)

Tassel-eared squirrel/Albert’s squirrel (Sciurus aberti)

Eurasian red squirrel (Sciurus vulgaris)

Guayaquil squirrel (Sciurus squirrel)

Prevost’s squirrel (Callosciurus prevostii)

Horse-tiled squirrel (Sundasciurus hippurus)

Southern flying squirrel (Glaucomys volans)

Siberian flying squirrel (Pteromys volans)

Red bush squirrel (Paraxerus palliatus)

Striped ground squirrel (Xerus erythropus)

Gambian sun squirrel (Heliosciurus gambianus)

African pygmy squirrel (Myosciurus pumilio)

Eastern chipmunk (Tamias striatus)

Lord Derby’s anomalure (Anomalurus derbianus)

Flightless scally-tailed squirrel (Zenkerella insignis)

Pel’s anomalure (Anomalurus pelii)

Springhare (Pedetes capensis)

Gundi (Ctenodactylus gundi)


Memerang (Beaver):

Eaurasian beaver (Castor fiber)

North American beaver (Castor canadensis)


Tikus (Mouse):


Kangaroo rat dengan kaki seperti kangaroo.

Long-tailed pocket mouse (Chaetodipus formosus)

Mexican spiny pocket mouse (Liomys irroratus)

Trinidad spiny pocket mouse (Heteromys anomalus)

Plains pocket gopher (Geomys bursarius)

Botta’s pocket gopher (Thomomys bottae)

Desert kangaroo rat (Dipodomys deserti)

Big-eared kangaroo rat (Dipodomys elephantinus)

Eastern woodrat (Neotoma floridana)

Hispid cotton rat (Sigmodon hispidus)

Deer mouse (Peromyscus maniculatus)

Marsh rice rat (Oryzomys palustris)


Golden hamster merupakan haiwan terancam.

Golden hamster (Mesocricetus auratus)

European hamster/common hamster (Cricetus cricetus)

Long-clawed mole-vole (Prometheomys schaposchnikowi)

European water vole (Arvicola terrestris)


Siberian collared lemming juga comel.

Siberian collared lemming/Artic lemming (Dicrostonyx torquatus)

Bank vole (Clethrionomys glareolus)

Great gerbil (Rhombomys opimus)

Wood lemming (Myopus schisticolor)

Norway lemming (Lemmus lemmus)

Libyan jird (Meriones lybicus)

Muskrat (Ondatra zibethiscus)

Smooth-tailed giant rat (Mallomys rothschildi)

Harvest mouse (Micromys minutus)

Striped grass mouse (Lemniscomys striatus)

Wood mouse (Apodemus sylvaticus)

Nile grass rat (Arvicanthis niloticus)

Cairo spiny mouse (Acomys cachirinus)

House mouse (Mus musculus)

Greater stick-nest rat (Leporillus conditor)

Black rat/roof rat/ship rat (Rattus rattus)

Brown rat /Norway rat (Rattus norvegicus)

Short-tailed bandicoot rat (Nesiko indica)

Greater bandicoot rat (Bandicota indica)

Natal multimammate mouse (Mastomys natalensis)

Giant rat (Cricetomys gambianus)

Cloud rat (Phloeomys cumingi)

Gary climbing mouse (Dendromus melanotis)

Luzon bushy-tailed cloud rat (Crateromys schadenbergi)

Mount Data shrew rat (Rhynchomys soricoides)

Vlei rat (Otomys irroratus)

Australian water rat (Hydromys chrysogaster)

Golden-backed tree rat (Mesembriomys macrurus)

Fawn hopping mouse (Notomys cervinus)


Fat dormouse di atas pokok.

Fat dormouse (Myoxus glis)

Garden dormouse (Eliomys quercinus)

Forest dormouse (Dryomys nitedula)

Woodland dormouse (Graphiurus murinus)

Northern three-toed jerboa (Dipus sagitta)

Lesser Egyptian jerboa (Jaculus jaculus)

Meadow jumping mouse (Zapus hudsonius)


Cavy-like (Caviidae):

Greater cane rat (Thryonomys swinderianus)

Large bamboo rat (Rhizomys sumatrensis)

Dassie rat (Petromus typicus)

Lesser mole-rat (Nannospalax leucodon)

Cape dune mole-rat (Bathyergus suillus)

Naked mole-rat (Heterocephalus glaber)


Landak (Percupine):

Crested porcupine (Hystrix cristata)

Indian porcupine (Hystrix indica)

Sumatran porcupine (Hystrix sumatrae)

Malayan porcupine (Hystrix brachyura)

African brush-tailed porcupine (Atherurus africanus)

Long-tailed porcupine (Trichys fasciculata)

Brazilian porcupine (Coendou prehensilis)

North American porcupine (Erethizon dorsatum)

Bicolor prehensile-tailed porcupine (Coendou bicolor)

Stump-tailed porcupine (Echinoprocta rufescens)


Capybara:


Capybara antara sumber makanan penting amazon.

Capybara (Hydrochaeris hydrochaeris)

Mountain paca (Agouti taczanowskii)

Paca (Agouti paca)

Red acouchi (Myoprocta exilis)

Pacarana (Dinomys branickii)

Gray agouti (Dasyprocta fuliginosa)

Brazilian agouti (Dasyprocta leporina)


Terdapat beberapa baki kumpulan lagi yang turut tergolong di dalam kumpulan reodents ini antaranya adalah arnab. Jadi kumpulan rodents ini sememangnya amat besar maka tidak haiwanlah mengapa sebahgian daripadanya dapat menyesuaikan diri dengan manusia. Kumpulan tikus yang kebanyakannya dianggap sebagai perosak, namun ada juga yang dijadikan haiwan peliharaan seperti hamster dan guinea pig.



Free Download



Rabu, 12 Ogos 2015

Haiwan Yang Mungkin Tidak Anda Kenali

Saiga dari family Bovidae yang unik.

Seperti yang kita ketahui banyak sekali spesis-spesis haiwan di dunia dari setiap family haiwan itu sendiri terdapat spesis-spesis yang lebih kecil di mana hanya terdapat di sesetengah kawasan sahaja. Siri artikel kali ini adalah antara beberapa siri artikel yang akan ditulis untuk spesis-spesis haiwan yang lain pula untuk merangkumi spesis haiwan dalam keluarga yang lebih besar.

Dalam artikel kali ini ciri-ciri haiwan yang lebih spesisfik tidak dapat dinyatakan melainkan hanya menyediakan sedikit panduan bagi para pembaca mencari maklumat terperinci spesis tersebut sendiri. Namun begitu melalui nama saintifik haiwan tersebut adalah mudah untuk mencari maklumat lengkap mengenainya berbanding nama umumnya sahaja.

Haiwan dari spesis mamalia tergolong dalam family Bovidae atau lebih mudah keluarga lembu sebenarnya merangkumi kumpulan yang lebih luas terdiri daripada haiwan sekecil 25 cm (10 inci) sehinggalah 2 meter (6 kaki) yang mengandungi 135 spesis kesemuanya. Jadi sebab itulah terdapat banyak spesis yang tidak kita ketahui dan tidak dapat disenaraikan kesemuanya di sini. Namun antara beberapa spesis yang menarik adalah seperti;

Duiker:

Abbott’s duiker (Cephalophus spadix)

Yellow-backed duiker (Cephalophus silvicultor)

Red-flanked duiker (Cephalophus rufilatus)

Banded duiker/zebra duiker (Cephalopus zebra)

Common duiker (Sylvicapra grimmia)

Ader’s duiker (Cephalopus adersi)

Ogilby’s duiker (Cephalopus ogilbyi)

Hartebeest:

Lichtensteim’s hartebeest (Sigmoceros lichtensteinii)

Hunter’s hartebeest/hirola (Damaliscus hunteri)

Topi (Damaliscus lunatus korrigum)

Tsesebe (Damaliscus lunatus lunatus)

Blesbok/bontebok (Damaliscus pygargus)

Common hartebeest (Alcelaphus buselaphus)


Wildebeest (Connochaetes taurinus)

White-tailed gnu/black wildebeest (Connochaetes gnou)

Gemsbok (Oryx gazella)

Antelope:

Beira antelope (Dorcatragus megalotis)

Gerenuk (Litocranius walleri)

Springbok (Antidorcas marsupialis)

Chiru/Tibetan antelope (Pantolops hodgsonii)

Saiga (Saiga tatarica)

Ditabag (Ammodorcas clerkei)

Blackbuck (Antilope cervicapra)

Waterbuck (Kobus ellipsiprymnus)

Bohor reedbuck (Redunca redunca)

Mountain reedbuck (Redunca fulvorufula)


Oribi (Ourebia ourebia)

Steenbok (Raphicerus campestris)

Klipspringer (Oreotragus oretragus)

Guenther’s dik dik (Madoqua guentheri)

Gazelle:

Dama gazelle (Gazella dama)

Thomson’s gazelle (Gazella thomsonii)

Grant’s gazelle (Gazella granti)

Goat:


Siberian bighorn sheep mempunyai tanduk yang cantik.

Spanish ibex (Capra pyrenaica)

West Caucasion tur (Capra caucasia)

Mountain goat (Oreamnos americanus)

Chamois (Rupicapra rupicapra)

Serow (Capricornis sumatraensis)

Takin (Budorcas taxicolor)

Nilgiri tahr (Hemitragus hylocrius)

Himalayan tahr (Hemitragus jemlahicus)

Arabian tahr (Hemitragus jayakari)

Markhor (Capra falconeri)

Bezoar/wild goat (Capra aegagrus)

Saola/Vu Quang ox (Pseudoryx nghetinhensis)

Aoudad/barbary sheep (Ammotragus lervia)

Bighorn sheep (Ovis canadensis)

Dall sheep (Ovis dalli)

Siberian bighorn sheep (Ovis nivicola)

Ox:


Musk ox mempunyai bulu yang tebal.

Musk ox (Ovibos moschatus)

Mountain anoa (Bubalus quarlesi)

Anoa (Bubalus depressicornis)

Tamaraw (Bubalus mindorensis)

Bison (Bison bison)

Gaur/seladang (Bos frontalis)

Yak (Bos grunniens)

Kouprey (Bos sauveli)

Lain-lain:

Nilgai (Boselaphus tragocamelus)

Lesser kudu (Tragelaphus imberbis)

Four-horned antelope (Tetracerus quadricornis)

Eland (Tourotragus oryx)

Greater kudu (Tragelaphus strepsicerus)

Bongo (Tragelaphus eurycerus)

Giant eland (Taurotragus derbianus)

Kebanyakan senarai di atas jarang sekali dilihat walaupun di dalam dokumentari yang ditayangkan di kaca TV. Ini memberikan petanda kepada kita bahawa banyak lagi perkara yang perlu kita ketahui mengenai dunia haiwan sebelum dapat mempelajari fungsinya. Sudah tentu setiap haiwan mempunyai fungsinya masing-masing. Maka dengan itu ia terlebih dahulu perlu diketahui.


Pada masa akan datang kumpulan haiwan lain pula mungkin akan disenaraikan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila isikan diruangan komen atau emailkan kepada kami.


Free Download



Arkib Blog