Daging burger yang dibiakkan di dalam makmal. |
Penggunaan bahan makanan yang diproses secara makmal sememangnya telah lama
dijalankan, malah usaha untuk menggantikan sumber bahan makanan tanpa
memerlukan penternakan ataupun pertanian juga serupakan salah satu daripada usaha
dalam mengatasi keperluan manusia yang semakin bertambah.
Walaupun mendapat pelbagai reaksi samada positif mahupun negatif, ia
merupakan satu usaha penting dalam memastikan satu hari nanti manusia tidak
akan keputusan bahan makanan ataupun daripada mengelakkan sebarang kemungkinan
terhadap industri penternakan atau pertanian seperti wabak dan sebagainya.
Daging tiruan daripada tumbuh-tumbuhan. |
Daging tiruan yang sebelum ini cuba dihasilkan daripada bahan
tumbuh-tumbuhan sehingga ada diantaranya yang mendapat sambutan hebat seperti
Beyond Meat, yang menghasilkan daging dengan tekstur yang menyerupai daging
ayam. Oleh kerana ia dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal (persekitaran
industri makanan), maka ia mempunyai kadar khasiat yang sekata tanpa penggunaan
bahan-bahan penggalak seperti hormon, bebas penyakit, bersih, kurang lemak dan
segala perkara yang terlibat dalam industri penternakan ayam.
Namun begitu penghasilan makanan yang sememangnya daripada daging yang
dibiakkan di dalam makmal juga telah berjaya dijalankan. Berbeza daripada
daging yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan yang hanya mempunyai rasa dan
tekstur seperti daging (Beyond Meat), daging tiruan ini mempunyai sel-sel
haiwan yang sebenar dan dihasilkan tanpa mengorbankan walau seekor haiwan pun.
Process pembiakan sel memerlukan peralatan dengan kadar yang tinggi. |
Walaupun kaedah penghasilan daging tiruan ini bukanlah satu perkara yang
baru namun masih belum ada penghasilan secara komersial dilakukan. NASA telah
melakukan eksperimen semenjak tahun 2001, menghasilkan daging secara in vitro daripada ayam belanda. Hasil
pertama yang boleh dimakan dihasilkan oleh NSRT/Touro Applied BiosCience Research
Consortium pada tahun 2002: iaitu penggunaan sel daripada ikan emas untuk menghasilkan
fish fillets.
Manakala baru-baru ini daging burger yang dihasilkan sepenuhnya di dalam
makmal oleh Dr. Mark Post dan kumpulannya di Maastricht University daripada sel
stem yang diambil daripada lembu. Sel ini dibiakkan di dalam serum untuk
menghasilkan 20,000 rantaian sel otot/daging. Ia mengambil masa beberapa minggu
sebelum ia boleh dikumpulkan dan diwarnakan menggunakan jus daripada beetroot dan juga saffron, serdak roti dan juga bahan untuk melengkapkan nya menjadi
seketul daging burger.
Penghasilan daging di dalam makmal ini masih lagi di peringkat baharu. Keseluruhan
kajian penghasilan daging burger ini menelan belanja yang amat tinggi iaitu €250,000
(£215,000) dan ditaja oleh salah seorang daripada pengasas Google iaitu Sergey Brin.
Memandangkan industri penternakan yang semakin terhimpit dengan isu-isu
seperti kaedah penternakan yang menyiksa haiwan; kandang yang sempit, kotor
serta pengurusan yang tidak teratur. Ini ditambah lagi dengan isu-isu lain
seperti penggunaan hormon, makanan yang tidak sesuai, antibiotik serta
lain-lain perkara yang menyebabkan bahaya kepada pengguna. Malah industri
penternakan memerlukan sumber tenaga, kawasan dan kos yang tinggi – dan pada
masa akan datang mungkin menjadi satu masalah yang besar.
Mungkin apa yang diketengahkan oleh Sergey Brin itu merupakan beberapa
perkara asas yang menjadi kerisauan pada orang ramai dalam masa yang sama
penajaan beliau tersebut mungkin membolehkan kita mengetahui dengan lebih
lanjut tentang potensi daging tiruan ini. Walaupun masih ada yang tidak dapat
menerima daging tiruan ini, kemungkinan ia menjadi sumber makanan utama di masa
hadapan adalah amat besar.