Berita palsu yang mendapat sambutan hangat di media social. |
Berita mengenai penemuan seorang pelombong China yang ditemui masih hidup
setelah tertimbus selama 17 tahun mendapat sambutan meluas dan di kongsi oleh
ramai pengguna di Facebook. Malah terdapat keseluruhan sebanyak 178,112 share
melalui Facebook sahaja. Manakala 1,666 melalui Twitter, 180 melalui google+
dan komen-komen yang menyatakan simpati mereka (semasa artikel ini ditulis).
Apa yang menarik berita yang dikongsikan melalui lawan web worldnewsdailyreport.com
ini adalah merupakan cerita yang direka sahaja dan perkara ini dinyatakan
sendiri melalui penafian (disclaimer) laman web tersebut. Seperti biasa juga –
berapa ramai pengguna yang akan membuat rujukan terhadap penafian tersebut
sehingga ada para pembaca yang ingin membuat tuntutan bahan bukti daripada
penulis.
Semasa ingin membuat rujukan lanjut mengenai berita tersebut saya mendapati
tiada kejadian tersebut dilaporkan melalui laman-laman berita utama yang lain,
melainkan berita tentang musibah yang melanda di Chile pada August, 2010. Oh
ya, berita terkini mungkin anda akan mendengar mengenai berita tentang
pelombong-pelombong di Turkey juga.
Kejadian terperangkap di dalam lombong di Chile pada August, 2010. |
Apa yang penting di sini, peristiwa-peristiwa yang berlaku merupakan
musibah kepada sebahagian yang lain tidak dipergunakan sewenang-wenangnya hanya
untuk mengaut keuntungan semata. Mungkin ada yang hanya sekadar bergurau dan
menyatakan dengan jelas tentang kepalsuan tersebut seperti dalam kes
worldnewsdailyreport.com tetapi kebanyakan pembaca tidak mempunyai masa untuk
membuat rujukan membuktikan kesahihan berita tersebut dan terus membuat
perkongsian – sebagai berita yang hangat.
Mungkin kita juga sebagai pembaca tidak perlu terlalu ghairah untuk membuat
perkongsian atau andaian. Berita-berita seperti ini mungkin ada di antaranya
yang boleh membuatkan keadaan menjadi huru-hara, membangkitkan kemarahan
sesetengah pihak dan lain-lain lagi kesan negatif kepada masyarakat.
Terdapat beberapa laman web di luar sana yang rata-rata menggunakan
berita-berita palsu sebagai salah satu bahan untuk menarik minat lebih banyak
pembaca. Adakalanya ia menjadi bahan ketawa dan adakalanya ia juga merosakkan
reputasi mereka-mereka yang menyebarkan berita palsu tersebut. Anda mungkin
boleh mendapat keuntungan segera dengan berita palsu namun ia tetap tidak akan
bertahan lama.
Sebagai pembaca yang bijak ingin saya berkongsi satu daripada kata-kata
yang amat baik untuk direnungkan bersama “minda yang hebat membincangkan idea, minda
biasa membincangkan peristiwa, dan minda yang lemah menceritakan kisah orang
lain”. Sama-samalah kita renung-renungkan kata-kata tersebut dan semoga kita
sama-sama menuju ke arah kejayaan.
Berhati-hati semasa menggunakan internet. ;)
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|