Kemajuan perisian komputer dan kepelbagaian
pengguna memerlukan anda memiliki komputer yang berkuasa tinggi. Kepentingan mobiliti pula membolehkan anda
menggunakan peralatan anda dalam bentuk laptop/notebook
dan tablet sekaligus dapat
menjimatkan daripada anda memiliki terlalu banyak gadget untuk dibawa bersama
dalam satu masa.
Dalam kepesatan dan kepantasan dunia maklumat
hari ini, keupayaan peralatan bermakna anda mampu melakukan kerja dengan
pantas. Ini menjadikan perkara utama dalam idustri perkomputeran hari ini.
Sehubungan itu timbul tanda tanya di antara peralatan-peralatan tersebut yang
manakah lebih baik. Ini termasuk keupayaan di antara komputer Apple Mac dan juga PC yang menggunkana chip Intel®
seperti yang kita sedia ketahui.
Sehubungan itu Intel® menyediakan chip-chip
yang berkeupayaan yang dipanggil Ultrabook™
bagi melengkapi notebook dan juga laptop bagi pengeluar-pengeluar yang menyediakan
produk menggunakan sistem PC yang dikeluarkan Microsoft®. Berikut adalah rangkaian produk Ultrabook™ yang berada
di pasaran sekiranya anda benar-benar memerlukan produk yang berkeupayaan
tinggi ini.
Acer
Aspire S7-392 Ultrabook™
|
Acer Ultrabook menggunakan chipset generasi ke-4 |
Acer tampil dengan rangkaian Aspire S7
Series Ultrabook™ yang menjamin kualiti kelajuan yang tinggi disamping beberapa
keistimewaan lain. Selian dilengkapi dengan skrin kaca yang tahan lasak Gorilla*
Glass2 dalam memberikan kepuasan kualiti paparan HD dan fungsi kaca sesentuh
yang sensitif. Selain penjimatan kuasa bateri yang membantu anda menjalankan
tugas tanpa gangguan semasa membuat kerja-kerja di luar ia juga mempunyai papan
kekunci yang bercahaya secara automatik.
Spesifikasi:
Ciri-ciri Istimewa: Clamshell sesentuh
Processor: 4th gen Intel® Core™ i5, i7 processors
Saiz Skrin: 13.3"
Berat: 2.86 lbs
Responsiveness: Intel® Smart Connect Technology4
Grafik: Intel® HD Graphics 4400
Sistem Operasi: Windows 8*
ASUS
TAICHI 21 2 in 1 Notebook
|
Asus Taichi Ultrabook 2 dalam 1 |
Keunikan produk ASUS ini adalah ianya
merupakan Notebook dengan dua paparan dan berfungi sebagai Notebook dengan papn
kekunci yang lengkap dan sebagai tablet apabila anda hanya memerlukannya
sebagai paparan maklumat-maklumat penting.
Spesifikasi:
Ciri-ciri Istimewa: 2 dalam 1 dengan skrin sesentuh
Processor: 3rd gen Intel® Core™ i5-3317U (1.7GHz) /
Intel Core i7-3517U (1.9GHz)
Saiz Skrin: 11.6"
Berat: 2.7 lbs
Responsiveness: Per UB specs
Grafik:
Intel® GMA HD
Sistem Operasi: Windows 8* Home Premium (64-bit)
DELL
2 in 1 XPS* 12
|
Dell Ultrabook juga merupakan notebook dan tablet. |
XPS* 12 adalah laptop dan dan tablet dalam
satu. Dilengkapi dengan ppan kekunci skrin laptop ini boleh dipusingkan dan
menjadikan ia sebagai sebuah tablet yang mudah digunakan. Rekabentuk XPS* 12
yang unik berbeza daripada Ultrabook™ yang lain. Namun begitu ianya agak berat
bagi sebuah tablet.
Spesifikasi:
Ciri Istimewa: 2 dalam 1 dengan skrin sesentuh
Processor:
3rd gen Intel® Core™ i5 3317U (3M cache sehingga 2.6 Ghz)
Saiz Skrin:
12.5"
Berat: 3.35 lbs
Responsiveness: Zero to boot in seconds2
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Windows 8*
Fujitsu
LIFEBOOK* U772
|
Fujitsu Ultrabook masih kurang menyerlah. |
Fujitsu terkenal dengan produk notebook
yang sesuai digunakan untuk tujuan professional sejak dari dahulu lagi.
Rangkaian LIFEBOOK* Fujitsu sentiasa menjanjikan kualiti dan kegunaan yang
optimum. Manakala bagi model ini ianya lebih mementingkan dari segi kualiti dan
kuasa yang dimiliki oleh Ultrabook™ berbanding keistimewaan-keistimewaan yang
lain. Namun begitu rangkaian ini agak lama kerana masih menggunakan chip Intel
dari generasi ke-3 dan masih menggunakan sistem operasi Windows 7.
Spesifikasi:
Ciri Istimewa: Clamshell
Processor:
3rd gen Intel® Core™ i7-3667U vPro™ processor/3rd gen Intel® Core™
i5-3427U vPro™ processor/3rd gen Intel® Core™ i5-3317U processor
Saiz Skrin:
14"
Berat:
3.15 lbs
Responsiveness: Intel® Rapid Start
Technology2
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Windows 7* Professional; 32
atau 64-bit (MUI)
HP
ENVY TouchSmart* 14
|
HP Ultrabook menggunakan chipset generasi ke-4. |
Rangkaian produk HP ini menggunakan Chip
Intel daripada generasi terbaru selain daripada rekabentuk yang menarik dan
ciri-ciri yang bersesuaian sebagai produk yang menggunakan Ultrabook™.
Rekabentuk yang nipis selain daripada skrin HD sesentuh memberikan anda
kepuasan penuh menggunkan notebook yang berkelajuan tinggi.
Spesifikasi:
Ciri Istimewa: Clamshell dan skrin sesentuh
Processor: 4th generation Intel® Core™
i3-4010U
Saiz Skrin: 14"
Berat: 3.83 lbs
Responsiveness: Intel® Rapid Start
Technology
Grafik: Intel® HD Graphics
Sistem Operasi: Windows 8*
Lenovo
IdeaPad* Yoga 2 in 1
|
Lenovo IdeaPad Ultrabook 2 dalam 1. |
Lenov IdeaPad* Yoga merupakan laptop hybrid
yang boleh digunakan sebagai laptop dan tablet. Selain daripada ketrampilan
yang nipis dan ringan, ia juga sesuai digunakan sebaga paparan apabila dilipat
seperti khemah untuk tujuan presentasi yang ringkas. Dilengkapi dengan
processor yang berkuasa tinggi dan ciri penuh sebuah laptop, anda tiada alasan untuk
menyiapkan kerja lewat.
Spesifikasi:
Ciri Instimewa: 2 in 1 with touch1
Processor: 3rd gen Intel® Core™ i5, i7
Saiz Skrin: 13.3"
Berat: 3.3 lbs
Responsiveness: S4 to keyboard (<7
seconds)2
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Windows 8*
Samsung
Series 9*
|
Samsung Ultrabook mempunyai saiz yang besar. |
Samsung Series9* Untrabook™ hanya
menampilkan ciri berbeza memandangkan ianya agak nipis. Menggunakan Intel® Core™
dari generasi ke-3 processor i5. Kelebihan lain yang dapat dilihat dengan mudah
pada produk ini adalah ianya mempunyai skrin yang agak besar iaitu 15”.
Menggunakan sistem operasi Windows 7 (64-bit) mungkin menambahkan lagi kelajuan
proses sesetengah software pada peralatan ini.
Spesifikasi:
Ciri Istimewa: Clamshell
Processor: 3rd gen Intel® Core™ i5
processor
Saiz Skrin: 15"
Berat: 3.63 lbs
Responsiveness: S4 KBD (< 7 seconds)2
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Genuine Windows 7* Home
Premium (64-bit)
Sony
VAIO* Duo 11 Hybrid 2 in 1
|
Untuk kepantasan dan mobiliti Sony Ultrabook 2 dalam 1. |
Sekiranya anda memerlukan kedua-dua fungsi antara
notebook dan tablet maka ini adalah jawapan yang paing tepat. Dengan skrin yang berukuran 11” daan berat
yang menyamai sebuah tablet ia merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang
memerlukan mobiliti yang tinggi. Skrin sesentuh dan papan kekunci penuh boleh
membantu anda menyelesaikan kerja sama seperti sebuah laptop berkuasa tinggi.
Spesifikasi:
Ciri Istimewa: 2 in 1 with touch1
Processor: Intel® Core™ i5-3317U (1.70GHz dengan
Intel® Turbo Boost Technology sehingga 2.60GHz) Intel® Core™ i7-3517U (1.90GHz dengan
Intel® Turbo Boost Technology3 sehingga 3.00GHz)
Saiz Skrin: 11.6"
Berat: 2.87 lbs
Responsiveness: Sony Rapid Wake* Technology
(<2 saat)
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Genuine Windows 8* 64-bit atau
Genuine Windows 8* Professional 64-bit
Satelite*
U925t Ultrabook™ 2 in 1
|
Toshiba Ultrabook 2 dalam 1 yang menarik. |
Satelite* U925t Ultrabook™ mempunyai
rekabentuk yang unik disamping ciri-ciri 2 dalam 1 yang boleh berfungsi sebagai
notebook dan tablet dalam masa yang sama. Dengan skrin yang sedikit besar.
Menggunakan 3rd gen Chip Intel® i5 dengan sistem operasi Windows 8.
Rekabentuknya yang unik amat menarik kerana papan kekunci tersimpan di bawah
skrin dengan slide yang menarik.
Spesifikasi:
Ciri Istimewa: 2 in 1 with touch1
Processor: 3rd gen Intel® Core™ i5
Saiz Skrin: 12.5"
Berat: 3.35 lbs
Responsiveness: Less than 7 seconds2
Grafik: Intel® HD graphics
Sistem Operasi: Windows 8*
VIZIO
Thin + Light* Ultrabook™
|
Vizio Ultrabook mempunyai skrin yang paling besar. |
Tampil dengan ciri yang terpaling nipis di Antara
rangkaian Ultrabook™ mungkin disebabkan oleh saiznya yang besar menyebabkan
ianya kelihatan lebih nipis. Menyediakan pelbagai rangkaian spesifikasi dari
prosesor i3, i5 dan i7 anda mempunyai pilihan untuk memenuhi keperluan mengikut
kesesuaian senario pekerjaan anda.
Spesifikasi:
Ciri Istimewa: Clamshell
Processor: 3rd gen Intel® Core™ i3, i5, i7
processor
Saiz Skrin: 15.6"
Berat: 3.89 lbs
Responsiveness: Intel® Rapid Start
Technology2
Grafik: Intel® HD Graphics 4000
Sistem Operasi: Windows 8*
Diharap paparan ini dapat membantu anda
membuat pilihan tentang Ultrabook™ pilihan anda memenuhi keperluan penggunaan
yang diperlukan. Memiliki peralatan yang sesuai bermakna anda menjimatkan masa
dalam sesuatu perkara yang perlu diselesaikan. Semoga pada paparan lain lebih
banyak perkara yang dapat dikongsi bersama.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|