Bánh khọt kelihatan menarik untuk juadah petang. |
Tidak kurang hebatnya antara makanan Vietnam yang sesuai untuk dirasai
semua adalah bánh khọt. Bánh Khọt mungkin menyerupai makanan yang boleh
didapati di beberapa negara SE Asean lain dan ianya ringkas, mudah didapati dan
sedap pula.
Sekali pandang bánh khọt bagaikan lempeng (pancake), namun pandangan kedua
ianya adalah gorengan tepung yang terkenal di negara-negara lain seperti
Malaysia, Indonesia dan Singapore. Kuih seumpamanya dikenali sebagai ‘cucur udang’ di Malaysia. Namun bagi bánh
khọt, ia mempunyai bahan campuran yang lebih banyak yang menyebabkan ianya
lebih unik dan enak dimakan. Bagi yang tidak memakan daging khinzir perlulah
mendapatkan penjelasan daripada penjual bánh khọt, atau dapatkan bánh khọt yang
disediakan oleh peniaga Muslim/vegetarian.
Biasanya dihiasi dengan udang yang menarik. |
Tepung bánh khọt untuk memudahkan penyediaan. |
Daripada bahan-bahannya anda dapat membayangkan keenakan makanan ini. Bahan
asas yang digunakan adalah tepung beras, namun ia juga menggunakan kacang hijau
yang di blender/tumbuk halus. Santan kelapa, tepung saffron dan rempah perasa
memberikan rasa lemak dan rempah yang menambah aroma kepada kuih ini. Akhir
sekali bahan isi terdiri daripada udang, isi udang dan juga daging (pastikan
jenis daging yang digunakan) dan juga sayuran mengikut pilihan anda. Bánh Khọt
juga dimakan dengan sos pilihan para penggemar (kebiasaan nya sos daripada daun
bawang dan minyak.
Bánh Khọt boleh dikenali dengan mudah kerana ia kelihatan seperti lempeng
kecil dan menampakkan haisan udang (kebiasaan nya) di atasnya. Ia juga mempunyai
warna kuning keemasan di samping bau yang harum daripada santan kelapa dan
rempah yang digunakan. Manakala sos yang digunakan bersama untuk masakan ini
menambahkan lagi perisa makanan bánh khọt.
Penyediaan banh khot menggunakan acuan. |
Gerai-gerai yang biasa didapati dengan mudah di serata Vietnam. |
Sememangnya tidak semua makanan boleh kita rasai semasa melawat ke
negara-negara lain. Namun mengenali makanan tradisi mereka merupakan salah satu
cara bagaimana untuk kita lebih mengenali keunikan budaya masing-masing. Semasa
anda melawat ke mana-mana, pastikan tidak mencuba sesuatu masakan, makanan bagi
mengelakkan pelbagai masalah terutamanya berkaitan dengan kesihatan. Teruskan
mengembara.