Memaparkan catatan dengan label konservasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label konservasi. Papar semua catatan

Ahad, 12 Jun 2016

Kopi Eksotik Dihasilkan Dengan Kaedah Yang Luar Biasa

Sesetengah kopi dihasilkan dengan cara yang berbeza.

Kopi seperti juga minuman teh yang mempunyai penggemar fanatiknya tersendiri dan semestinya mereka mempunyai ciri-ciri kopi kegemaran mereka dan sanggup membayar harga yang tinggi ke atasnya. Antara kebanyakan kopi yang bernilai tinggi ini, kopi yang paling mahal adalah dihasilkan melalui kaedah yang paling unik dan mungkin ada di antara kita yang tidak sanggup meminumnya. Kopi-kopi tersebut adalah Kopi Luwak dan juga Black Ivory coffee.

Penghasilan Kopi Luwak

Kopi Luwak lebih terkenal di Indonesia namun turut dihasilkan di beberapa negara lain seperti Philippines dan Vietnam. Kopi yang diperolehi daripada najis haiwan iaitu sejenis musang atau Asian palm civet (Paradoxurus hermaphroditus) yang menjadikan biji-biji kopi sebagai makanannya. Biji-biji kopi yang melalui sistem penghadaman musang ini menghasilkan kopi yang mempunyai aroma tersendiri dan amat digemari oleh para penggemar kopi.

Walaupun pada asalnya kopi ini dimakan oleh musang-musang liar (dimana musang memilih sendiri biji-biji kopi masak dari pokok), namun hari ini penghasilan kopi luwak adalah menggunakan musang yang dikurung dan diberi makan biji-biji kopi secara paksa. Perkara ini amat menjejaskan reputasi pengeluaran kopi luwak yang selama ini telahpun menempa nama dan popularitinya.

Kopi Luwak hilang reputasinya disebabkan penderaan haiwan.

Kopi Luwak merupakan antara kopi yang unik.

Musang yang memakan biji-biji kopi ini adalah untuk mendapatkan lapisan isi yang menyelaputi biji kopi. Biji-biji kopi yang ditelan bersama akan melalui proses penapaian semasa berada di dalam perut musang. Enzym protease di dalam perut musang menyerap ke dalam biji-biji kopi dan menghasilkan peptide yang lebih pendek serta lebih banyak amino asid bebas. Ia akhirnya melepasi sistem penghadaman musang dan dicernakan bersama-sama bahan buangan musang yang lain.

Penggunaan awal kopi ini adalah dikatakan berasal pada awal penanaman kopi di Indonesia lagi iaitu seawal abad ke-18. Belanda melalui Dutch East Indies yang membuka ladang-ladang kopi di Jawa dan Sumatra melarang sama sekali orang-orang tempatan memetik buah-buah kopi untuk kegunaan mereka sendiri. Maka oleh kerana sifat ingin tahu, kopi yang dimakan musang ini kemudiannya dibersihkan dan dikeringkan semula sebelum dipanggang dan diproses seperti mana penghasilan kopi biasa. Dari sinilah penggunaan kopi luwak bermula dan ianya mula menjadi kegemaran.

Beza Rasa

Walaupun kopi luwak dikatakan merupakan kopi yang terbaik, ramai juga yang menolaknya atas beberapa faktor. Bagi yang tidak boleh menerima bagaimana kopi ini dihasilkan mungkin tidak akan sempat untuk memberikan komen mengenai rasanya. Itu juga merupakan antara sebab yang kuat samada anda ingin mencubanya ataupun tidak.

Dari segi rasanya pula ramai juga yang berpendapat ia tidak sebagus yang dikatakan, seperti mana yang digambarkan oleh Specialty Coffee Association of America (SCAA) melalui ujian penilaian yang dikenali sebagai ‘coffee cupping’. Kopi Luwak dikatakan kehilangan kesan asid yang baik untuk kopi yang memberikannya aroma, sebaliknya mempunyai rasa yang lebih lembut – iaitu satu daripada nilai kopi yang dianggap penting oleh penilai-penilai kopi barat.

Weasel Coffee di Vietnam, masih lagi menggunakan musang liar.

Ujian-ujian lain turut dijalankan termasuk ujian rasa dengan penutup mata “blind taste test”, untuk membuktikan bahawa kopi luwak mudah dibezakan kerana ia tidak mempunyai rasa kopi yang biasa. Jadi peminat-peminat kopi di US tidak menganggap kopi luwak sebagai kopi yang luar biasa.

Namun kopi luwak tetap menjadi kegilaan para peminatnya tersendiri. Ini kerana Specialty Coffee Association of America (SCAA) mungkin lupa bahawa pengguna membuat keputusan mereka sendiri dan bukannya berdasarkan saranan mereka. Rasa dan citarasa adalah hak milik individu seperti juga bagaimana seseorang memandang kepada kecantikan hasil seni.

Harga Pasaran

Kopi luwak terus menjadi antara kopi yang termahal di pasaran dengan harga sekitar US$100 dan US$600 bagi setiap pound pada tahun 2010. Kopi yang dihasilkan daripada musang liar di Vietnam yang dikenali sebagai “weasel coffee”, mencapai harga sehingga US$3,000 sekilogram. Para pelanggan kopi eksotik ini biasanya berasal dari negara-negara Asia seperti Jepun, Taiwan dan Korea Selatan. Oleh kerana ianya sukar didapati, bekalannya adalah berbeza-beza setiap tahun.

Persaingan


Berbanding musang gajah merupakan haiwan herbivor sepenuhnya.

Black Ivory rata-rata menyasarkan kemewahan dunia kopi.

Satu lagi kopi yang dihasilkan daripada teknik yang hampir sama adalah “Black Ivory coffee”. Apa yang berbeza adalah biji-biji kopi dicernakan oleh gajah-gajah. Ianya dihasilkan oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Black Ivory Coffee Company Ltd. di Utara Thailand. Ia juga adalah menggunakan biji-biji kopi arabica yang ditanam oleh penduduk di daerah Utara Thailand. Apa yang berbeza adalah gajah merupakan haiwan yang memakan tumbuhan sepenuhnya (herbivores) berbanding musang yang merupakan haiwan omnivores. Sebagai haiwan herbivores, gajah mempunyai enzymes penghadaman tumbuhan yang khusus untuk menghasilkan rasa kopi yang lebih unik.

Kopi Black Ivory mempunyai rasa yang lebih halus dan tidak mempunyai rasa pahit kopi. Ia juga mempunyai harga yang agak tinggi iaitu US$1,100 sekilogram dan hanya boleh didapati daripada hotel-hotel mewah tertentu dengan harga US$50 secawan. Proses penghasilan kopi Black Ivory adalah jauh lebih sukar kerana ianya mengambil 33 kilogram biji kopi untuk menghasilkan 1 kilogram kopi yang sedia untuk dipasarkan.

Kopi Black Ivory adalah satu lagi usaha pendatang luar dari negara Thailand iaitu Blake Dinkin, 44, dari Canada dengan ideanya untuk mengatasi monopoli kopi luwak yang semakin mengalami pelbagai reputasi buruk. Dinkin bagaimanapun dapat menghasilkan Coffee Black Ivory dengan lebih baik, beserta gimik kemewahan kopi keluarannya yang hanya dijual di hotel-hotel tertentu selain turut memelihara kebajikan gajah-gajah di Thailand.


Dapat dilihat di sini bahawa kopi tidaklah terletak pada harga dan keunikannya semata. Jadi sekiranya anda meminati sekadar kopi campuran ‘Kapal Api’ juga, ianya adalah terpulang kepada anda sendiri. Namun di sini kita dapat mempelajari pelbagai perkara, iaitu ketamakan boleh membawa kesan buruk bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada mereka-mereka yang lain. Walaupun imej kopi luwak masih boleh diperbaiki (terutama dari segi penderaan haiwan), tidak semestinya ia menjadi pilihan semua. 






Free Download



Jumaat, 19 Jun 2015

Mikro Post: Bluefin Tuna

Penangkapan berlebihan menyebabkan Atlantic bluefin tuna semakin berkurangan.

Atlantic Bluefin Tuna (Thunnus thynnus) merupakan spesis tuna terbesar dan telah diburu secara berlebihan sehingga mengalami penurunan jumlah yang ketara di habitat asal mereka. Ia juga dikenali sebagai northen bluefin tuna atau giant bluefin tuna (bagi yang mencapai saiz melebihi 150 kilogram).

Tuna mendapat sambutan paling tinggi di pasaran Jepun dengan harga seekor tuna pernah mencecah $1.7 juta dalam satu lelongan. Walaupun harga ini adalah berbeza mengikut saiz, jenis dan kualiti harga seekor ikan bersaiz sederhana adalah antara $10,000 hingga $20,000. Industri pemakanan terutamanya sushi dan sashimi di Jepun menjadikan tuna sebagai pilihan dengan harga yang tinggi.

Terdapat empat spesis bluefin tuna dari genus Thunus iaitu T.maccoyii (Southern bluefin tuna), T. Orientalis (Pacific bluefin tuna), T. Thunus (Atlantic bluefin tuna) dan T. Tonggol (longtail tuna) di mana dua di antaranya lebih dikenali sebagai northern bluefin tuna iaitu Pacific bluefin tuna dan juga Atlantic bluefin tuna, manakala dua lagi lebih dikenali sebagai southern bluefin tuna.

Spesis terbesar ikan ini adalah dari jenis Atlantic bluefin tuna dengan saiz boleh mencecah melebihi 450 kilogram (990 lb) seekor. Jangka hayat ikan ini juga boleh mencecah sehingga 40 hingga 50 tahun dan menjangkau usia matang apabila berumur 4 – 8 tahun, bagi Eastern spesies dan 12 – 14 tahun bagi Western spesies. Saiz matang ikan-ikan ini pula adalah antara 2 – 2.5 meter (6.6 – 6.8 kaki) dengan berat sekitar 225 – 250 kg (496 – 551 lb.).


Keadaan di Pasar Tsukuji, Jepun.

Ikan-ikan tuna merupakan spesies ikan pemangsa yang mempunyai rupa bentuk khusus untuk berenang pada kelajuan yang tinggi. Ia bukan sahaja mempunyai saiz insang yang lebih besar, malah sistem pengaliran darah yang lebih efisyen disamping mempunyai kepekatan darah yang tinggi menjadikan dagingnya berwarna merah untuk memastikan pengambilan oksigen yang pantas.

Ikan tuna mampu menyelam sehingga ke dalaman 1,000 meter (3,300 kaki) disamping berenang dengan kelajuan 64 km/h (40 mph). Ia juga menjadi salah satu punca kematian ikan-ikan tuna yang diternak di dalam sangkar, iaitu pelanggaran antara ikan-ikan ini). Punca makanan ikan-ikan ini adalah terdiri daripada ikan-ikan kecil dan invertebrates seperti sardine, herring, mackerel, sotong dan crustaceans.


Ikan tuna dikenali sebagai 'maguro' dalam Bahasa Jepun.

Atlantic bluefin tuna membiak di dua kawasan utama iaitu di Balearic Island di Mediterranean dan juga di Teluk Mexico. Taburan ikan-ikan bluefin tuna ini dapat dilihat dengan lebih jelas setelah kemampuan mengesan (GPS trackking) pergerakan ikan dilakukan oleh ICCAT (International Commission for the Conservation of Atlantic Tunas).

Penternakan ikan tuna di dalam sangkar telah dimulakan semenjak 1970 oleh nelayan di St Mary’s Bay, Canada. Sejumlah besar ikan-ikan tuna kecil didapati dari Mediterranean untuk dibesarkan di dalam sangkar. Memandangkan usia ikan-ikan yang ditangkap sebelum usia matang, ikan-ikan ini tidak dapat membiak dan menjadi salah satu punca kemerosotan populasi ikan-ikan tuna Atlantic yang dikatakan mencecah hampir 90 peratus semenjak 1970.

Manakala di Eropah dan Australia para saintis menggunakan kaedah teknologi ‘light-manipulation’ dan implant ‘time-release hormone’ untuk meransangang penghasilan ikan di dalam sangkar yang lebih pantas. Teknik ini menggunakan implant ‘gonadotropin-releasing hormone’ yang meransang penghasilan telur dan memaksa ikan-ikan mencapai kematangan pada usia yang lebih muda.

Manakala di Jepun penternakan bluefin tuna dilakukan olen Kinki Fisheries, sebahagian daripada Kinki University di Wakayama. Seperti juga di Canada usaha ini dijalankan seawal 1970-an lagi. University ini memfokuskan penghasilan benih ikan secara penuh daripada ladang ternakan. Ini bermaksud ikan-ikan adalah di tetaskan sendiri di dalam makmal. Ia dikatakan berjaya pada tahun 2002 iaitu setelah 32 tahun usaha ini dijalankan.


Telur-telur ikan bluefin tuna.
Larva ikan selepas menetas (48 jam).

Ikan blefin tuna pada tahap 'fry'.

Penghasilan ikan-ikan bluefin tuna oleh Kinki University dapat mengelakkan pengambilan ikan-ikan kecil dari habitat liar seterusnya mengurangkan penurunan populasi. Sebaliknya ikan-ikan ditetaskan sendiri daripada baka-baka ikan yang dibela selama 5 tahun dan berukuran 2 m manakala berat adalah 200 kg. Benih-benih ikan diperolehi daripada seekor induk dewasa boleh mencapai jumlah jutaan daripada seekor induk. Telur ini akan menetas setelah berusia 48 jam dan berukuran 3 mm dan menjadikan plankton sebagai makanannya. Dalam tempoh 20 hari larva ikan akan mencapai tahap ‘fry’, dan mula dipindahkan ke dalam sangkar di laut. Menjelang tempoh 3 bulan ikan-ikan akan mencapai saiz berukuran 30 cm dengan berat sekitara 300 g. Pada usia 3 tahun ikan mencapai usia dewasa dengan saiz berukuran 1 meter dan berat 30 kg ikan mula dipasarkan.

Usaha pembiakan ikan bluefin tuna secara penuh di dalam sangkar bukanlah sesuatu yang mudah. Sedari saiz kecil lagi ikan-ikan tuna memakan sesama sendiri dan para penyelidik perlu meletakkan spesis lain sebagai gantian. Jumlah anak-anak yang membesar juga adalah sekitar 5 peratus sahaja – menurut Professor Yoshifumi Sawada.


Bluefin tuna berenang di dalam kumpulan.

Kadar kematian disebabkan pelanggaran sesama ikan di dalam sangkar juga adalah tinggi iaitu hampir separuh – oleh kerana pelanggaran dengan kelajuan 80 km/h dengan berat mencecah 350 kilogram.

Tokihiko Okada, General Manager di Kinki Fisheries melakukan pemeriksaan terhadap pertumbuhan 4,000 ekor bluefin tuna setiap hari. Mensasaran penghasilan separuh daripada permintaan tuna Jepun ia memerlukan 300,000 dan usaha akan terus dijalankan bagi mengurangkan tekanan kepada tuna di habitat liar.

Beitulah uniknya kisah yang melibatkan spesis ikan bluefin tuna ini yang mungkin lebih menjurus kepada spesies Atlantic bluefin tuna. Mujur usaha pantas yang dilakukan dapat memberikan hasil yang positif terhadap usaha mengelakkan kepupusan spesies ini. Namun begitu lautan merupakan tempat yang luas dan merupakan tempat kediaman pelbagai spesis yang penting. Semoga usaha pemuliharaan ini terus dilakukan untuk spesies-spesies yang lain juga.

Rujukan:
  1. Wikipedia – Atlantic bluefin tuna
  2. National Geographic
  3. National Geographic interactive
  4. Nat. Geo Video – Bluefin eating
  5. WWF
  6. Kinkin Fisheries, Kinki University
  7. Pbs.org

Free Download



Isnin, 23 Mac 2015

Mikro Post; Kew Gardens

Kew Gardens - Palm House
Palm House di Kew Gardens menempatkan spesies palma dari serata dunia.

Kew Gardens nama yang penting dalam bidang botani, selain daripada telah beroperasi selama ratusan tahun iaitu sejak 1759 sehinggalah sekarang ia juga bertanggungjawab dalam membawa banyak tumbuh-tumbuhan ke serata dunia termasuklah getah ke Asia Tenggara daripada tanah asalnya Amerika Selatan.

Terletak di Richmond, London dan bersebelahan sungai Thames, taman ini mempunyai koleksi pameran tumbuhan hidup yang terbesar sehingga 30,000 jenis tumbuhan kesemuanya. Manakala ia juga memiliki koleksi herbarium yang berjumlah 7 juta spesimen tumbuhan yang diawet. Perpustakaannya menempatkan lebih daripada 750,000 naskah yang mengandungi lebih daripada 175,000 gambar bercetak dan lukisan tumbuh-tumbuhan. Selain itu ia juga merupakan salah satu destinasi lawatan paling popular di London sejak sekian lama.

Giant Lotus
Teratai gergasi dari Amazon di Kew Gardens.
Smallest Lotus
Teratai terkecil yang dicuri dari Kew Gardens pada 2014 - teratai ini dikatakan telah pupus di habitatnya asalnya.

Walaupun ia menarik sebagai tempat lawatan, namun kewujudan Kew Gardens dan sumbangannya kepada dunia botani perlu dicontohi. Setelah sekian lama ia bukan sahaja mengumpulkan pelbagai data mengenai tumbuhan malah menyediakan data terperinci dan konservasi untuk tumbuhan-tumbuhan tersebut. Setiap bangunan di Kew Gardens direka bagi membolehkan sampel kesemua tumbuhan dari pelbagai kawasan di serata dunia, dibiakkan di sini. Para saintis yang terlibat di Kew Gardens sememangnya komited terhadap tumbuh-tumbuhan.

Jadi di Kew Gardens anda boleh melihat sampel hampir kesemua tumbuhan di kawasan-kawasan lain dari serata dunia – dari kawasan tropika, gurun, kawasan sejuk malah spesies-spesies eksotik seperti periuk kera, teratai gergasi, pelbagai palma malah mungkin anda akan melihat spesies-spesies yang telah pupus dari kawasan anda sendiri. Melalui lawatan anda ke sini bagaikan satu lawatan ringkas mewakili lawatan anda ke bahagian-bahagian lain di dunia.


Kew Gardens - flower
Spesies bunga ini yang anda lihat mungkin adalah kultivar baru, tidak di Kew Gardens. 
Corpse Flower
Bunga 'Corpse Flower' ini adalah tumbuhan eksotik tropika.

Walaupun taman ini dilengkapi dengan pelbagai bahan untuk memeriahkan lagi suasana lawatan anda. Ia sebenarnya satu sumber penting bagi peminat-peminat tumbuh-tumbuhan. Kew Gardens menyimpan banyak maklumat yang mungkin anda perlukan untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang sesuatu tumbuhan mengenai kaedah penanaman dan pemuliharaan. Sekiranya di Kew Gardens tumbuhan tropika boleh dibiakkan dengan subur, adakah sukar bagi anda menanamnya di tempatnya sendiri secara semulajadi?



Free Download





Arkib Blog