Telesskop Hubble telah berada di ruang angkasa selama 25 tahun. |
Kejayaan Teleskop Hubble dalam memberikan gambaran yang jelas tentang
fenomena di angkasa lepas amat dibanggai oleh semua. Namun selama usia Hubble
berada di ruang angkasa dalam tempoh 25 tahun ini, kisah silamnya tidaklah berjalan
dengan mudah. Mungkin tidak ramai yang masih ingat kisah yang berlaku 25 tahun
dahulu sewaktu ia mula dilancarkan.
Sebaik sahaja sampai di ruang angkasa, Telekop Hubble mengalami pelbagai
masalah termasuk sistem komunikasi, komponen dan elektronik. Malah kaca
primanya juga dikatakan telah digilap sehingga hampir rata menjadikan ia tidak
mampu memberikan fokus dengan berkesan.
Bagi menjalankan kerja-kerja membaik pulih seorang angkasawan yang juga
merupakan saintis dan doktor iaitu Musgrave yang terlibat dalam pembinaan
teleskop ini telah diberikan tugas yang paling mencabar – melakukan kerja-kerja
membaik pulih di ruang angkasa. Musgrave bukan sahaja mengetahui setiap sistem
malah setiap peralatan dan komponen; setiap panel, skru dan nut (beliau
memiliki 7 ijazah, termasuk matematik dan perubatan).
Kerja-kerja membaik pulih yang dijalankan. |
Bagi memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk projek teleskop ini
tidak sia-sia, kerja-kerja membaik pulih terus dirancang dan Musgrave diberikan
tugas yang mencabar ini. NASA yang ketika itu masih lagi dibayangi dengan
kejadian hitam peristiwa Challenger perlu memastikan Teleskop Hubble merupakan
satu projek yang berjaya.
Sebagai sebuah projek yang terancang, sememangnya segala kemungkinan
telahpun diberikan perhatian. Segala kemungkinan telahpun dibuat sebelum
angkasawan-angkasawan dalam projek membaik pulih membuat persediaan yang rapi
sebelum sedia dihantar ke ruang orbit untuk tugasan tersebut.
Latihan persediaan dijalankan iaitu latihan di dalam tangki air gergasi di
Houston, Texas. Pada masa yang sama senarai kegagalan pada teleskop tersebut
menjadi semakin panjang dan memerlukan kerja-kerja pembaikan yang banyak. Ini
menjadikan kerja-kerja membaik pulih di ruang angkasa ini menajdi semakin
mencabar dan komplek.
Kerja membaik pulih yang paling mencabar pernah dijalankan. |
Para penyelamat ini berlepas ke angkasa pada 2 Decenber 1993. Terdapat 7
orang yang berlepas kesemuanya termasuk Musgrave dan angkasawan dari European SpaceAgency iaitu Claude Nicollier yang kemudiannya menggunakan lelengan robotik
untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih teleskop tersebut.
Kerja-kerja membaik pulih ini dilakukan pada jarak 600 kilometer dari
permukaan bumi. Keseluruhan kerja yang mengambil 35 jam 28 minit dalam 3 masa
berlainan dilakukan secara berselang dengan beberapa angkasawan yang lain
iaitu Hoffman, Kathyrin Thornton dan Tom Akers.
Memandangkan kepada hasil yang dihasilkan oleh Teleskop Hubble hari ini,
kisah kerja-kerja membaik pulih ini semakin dilupakan. Ia bukan bermakna satu
perkara yang negatif pada projek ini, tetapi ianya adalah keberkesanan
perancangan dan pelan susulan yang dilakukan. Tiada siapa yang dapat menyangka
dengan tepat sebarang kemungkinan yang akan berlaku di luar angkasa yang
jarang-jarang diterokai. Kesungguhan dan ketelitian para jurutera, angkasawan
dan seluruh ahli yang terlibat di dalam projek ini adalah penting. Sehubungan
itu ia sepatutnya menjadi satu lagi inspirasi dalam menghasilkan satu lagi perkara
yang menakjubkan.
Krew dalam STS-61 (kerja-kerja
membaik pulih Hubble terdiri dari: Komander Richard
O. Covey, Juruterbang Kenneth D.
Bowersox, Komander Barangan F. Story Musgrave dan Pakar-pakar Kathryn C. Thorton, Claude Nicollier, Jeffrey A.
Hoffman dan Tom Akers.