Hi, hari ni saya nak cerita pasal Halia lah. Kenapa Halia? Hmm, sebab kita kan selalu makan halia, kalau tak kenal halia tu tak patut lah kan. Paling tidak, esok lusa kita masih lagi mampu menikmati khasiat halia ni bila orang yang biasanya mengenal halia dah takder.. sob.. sob..
O.K. lah 'to make long story short', halia ni secara fizikalnya lebih kurang kunyit jer. Cuma struktur daun, dan batangnya sedikit berbeza. Dari segi rizomnya pula, halia berwarna lebih cerah, berbau kuat dan rasanya agak pedas. Bauan halia yang kuat inilah menjadikan ianya teman karib tukang masak ya. Nak tahu, selain bawang putih dan bawang merah, halia juga merupakan antara bahan masakan yang diketegorikan sebagai 'essential'. Terdapat juga bau-bauan (perfume) yang menggunakan bauan halia sebagai salah satu adunan di dalam bauan mereka. Hebat halia kan!
Bagi digunakan untuk masakan, halia muda dan halia tua keduanya boleh digunakan. Biasanya halia muda dipotong kasar untuk menambah bau dan rasa pada masakan. Sebab apa dipotong kasar? Sebab halia muda ni kalau tergigit pun takder masalah, boleh senyum jer - rasa pun sedap. Berbanding halia tua, biasanya dikisar dan digunakan untuk makanan yang agak tradisional seperti rendang ayam, rendang daging, kuah sate dan macam-macam lagi lah. Serbuk halia pula biasanya digunakan untuk minuman.
Satu keistimewaan halia yang tak boleh 'challenge' oleh lain-lain bahan makanan ialah; halia merupakan makanan pembuang angin No. #1. Bagi penggemar-penggemar teh halia ya, sebab utama bagi minuman tersebut adalah untuk membuang angin, Namun begitu air halia tak semestinya dibuat teh(susu) sahaja, ianya boleh dipelbagaikan. Kalau di Indonesia air halia disediakan dengan menggunakan gula merah - memang sedap. Jadi bagi anda yang baru nak mencuba minuman teh halia ni hati-hati. Takut nanti lepas minum dan tengah 'windows' shopping' tu.. hmm tah tahan nak buang angin pulak - terlepas.. hehehe
Bagi saya secara peribadi memang meminati makanan berhalia. Resepi dari ayam masak halia, daging masak halia, ikan kukus (dengan halia) dan sesekali mencapurkan halia ke dalam bubur sebagai penambah rasa. Bagi yang anda di luar sana bolehlah ceritakan bagaimana anda meminati halia ni ya. Ada yang buat halia bakar ke?.. belum pernah dengar lagi..