Jacob Bernett percaya setiap orang mampu memiliki kepintaran seperti beliau. |
Kisah kepintaran Jacob Bernett sudah mendapat liputan yang meluas, namun di sini ingin dikongsikan sekali lagi sebagai peransang kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Dikesan sebagai Autism pada peringkat awal pembesarannya dia dikatakan tidak akan mampu belajar bercakap dan membaca – malah tidak tahu mengikat tali kasutnya. Sehingga kini Jacob kelihatan tidak mengikat tali kasut ketika hadir dalam ucapannya di TEDx.
Sebagai ibu bapa yang diberitahu mempunyai anak yang bermasalah sudah tentu akan merasa gelisah. Ibu bapanya yang kemudiannya mengambil keputusan untuk mengajar Jacob di rumah. Kisah bagaimana ibunya mengasuh Jacob ini dimuatkan dalam buku “The Spark: A Mother’s Story of Nurturing Genius”.
Kisah mengenainya bermula semasa dia berumur 8 tahun mengikuti kelas fizik di Indiana University. Manakala pada usia sembilan tahun pula telah membina siri model matematik yang membesarkan cabang teori relativiti Einstein dan ini turut mendapat perhatian professor daripada Princeton University. Pada usia 12 tahun pula dia dibenarkan menyertai universiti secara sepenuh masa dan menerbitkan kertas fizik pertamanya.
Jacob sewaktu muncul di TEDx. |
Kanak-kanak pintar ini sangat tertarik dengan subjek matematik dan sains. Perbezaan yang ketara pada Jacob hanyalah minat dan tumpuannya pada subjek yang digemarinya. Berkata di TEDx bahawa setiap orang mampu memiliki kemampuan seperti beliau sekiranya tumpuan pemikiran tersebut diberikan.
Berikutan minat mendalam itulah, Jacob menukarkan bilik di rumahnya menajdi makmal – melalui duit yang dimenanginya dalam pertandingan. Malah di kelihatan akan menulis formula matematik/fizik hampir di setiap ruang kosong di rumahnya sehingga ke tingkap.
Jacob, kanak-kanak istimewa. |
Kisah mengenai jacob Bernett ini boleh diikuti dari beberapa artikel tersedia di internet dan video-video di You Tube serta TEDx. Bukanlah mudah untuk menerima apa yang pada awalnya diberitakan oleh para doktor mengenainya – namun begitu dengan ketabahan ibu bapanya dalam usaha memberikannya yang terbaik telah membuahkan hasil. Satu yang perlu diingat – Setiap manusia adalah istimewa.