Memaparkan catatan dengan label basikal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label basikal. Papar semua catatan

Khamis, 22 Jun 2017

Berbasikal Di Dalam Dunia Digital Dengan Zwift

Dengan Zwift aktiviti berbasikal anda jauh berbeza.

Mungkin antara kita biasa menggunakan basikal ‘stationary bike’ untuk bersenam atas beberapa faktor tertentu seperti masa, keselamatan, kemudahan dan sebagainya. Walaupun ia masih lagi dapat membantu meningkatkan kesihatan, tetapi mungkin ada masanya anda menjadi bosan. Kini Zwift merupakan jawapan kepada anda untuk memberikan pengalaman yang berbeza sewaktu menggunakan ‘stationary bike’.

Melalui bantuan dunia digital kini anda boleh berbasikal di trek-trek berbeza di seluruh dunia dengan paparan yang diletakkan di hadapan anda. Zwift menyambungkan para pengguna ke dunia digital untuk bersama-sama dengan para penunggang Zwift yang berada di tempat-tempat lain. Malah, anda turut mendapat panduan kursus daripada pelatih sekiranya perlu.

Bukan mudah untuk mendapat peluang berbasikal bersama - lebih mudah dengan Zwift.

Berbasikal di lokasi-lokasi menarik.

Mungkin juga dengan suasana pagi yang anda inginkan.

Melalui alat khas, kayuhan anda akan diukur dan diseragamkan dengan bentuk muka bumi trek yang dipaparkan di skrin anda. Kayuhan anda juga akan dipadankan dengan paparan ini. Jadi, walaupun anda hanya berada di tempat yang sama, namun pergerakan dan pengalaman anda disesuaikan dengan dunia digital yang dipaparkan.

Menyertai acara di dalam dunia maya.

Sedangkan anda hanya mengayuh di ruang tamu.

Mungkin banyak lagi program seumpama Zwift yang akan diperkenalkan pada masa-masa akan datang. Ya, kita menunggu akan peralatan yang sama dengan menggunakan teknologi 360 pula yang memberikan pengalaman yang lebih ketara.


Free Download




Jumaat, 10 April 2015

Rotwild GT S oleh Mercedes-AMG

Rotwild GT S
Rotwild GT S keluaran edisi terhad Mercedes-AMG dan Rotwild.

Sekiranya anda adalah peminat Mercedes-AMG dan juga teknologi daripada German dan menyukai pula aktiviti sukan lasak seperti ‘mountain bike’ di hujung minggu, ini adalah berita baik untuk anda. Rotwild GT S hasil kerjasama Mercedes-Benz dan juga pengeluar basikal German Rotwild – dan ianya adalah edisi terhad.

Berilhamkan kereta kemegahan Mercedes-AMG GT,  basikal ini menampilkan kerangka monocoque daripada gentian karbon. Ia dipadankan juga dengan handle dan tempat duduk daripada Pro Tharsis XC, pelana daripada Ergon SRX dan rim daripada Crankbrothers Cobalt 11 bersaiz 29-inci serta dilengkapi dengan tempat simpanan botol air.

Bagi memastikan keselesaan penunggangan juga ia dilengkapi dengan penyerap hentakan 100-mm ThirtyThree ‘fork’ daripada pengeluar jenama Itali Formula. Ia juga turut menampilkan penukaran gear elektronik daripada Shimano XTR Di2 2 x 11. Sistem breaknya pula terdiri daripada Formula R1 Racing FCS cakera hidrolik, tayar daripada Continental Race King RaceSport, pedal tanpa klip daripada Crankbrothers Candy 3.

Clipless Pedal
Pedal tanpa klip Crankbrothers Candy 3.  

Shimana Digital Gear shifter
Penukar gear digital daripada Shimano.

Turut disertakan bersama sebagai aksesori basikal ini adalah bekas pelindung daripada Thule dan beberapa barangan perkakasan daripada Topeak.

Rekabentuk GT S adalah hasil daripada maklumbalas daripada kumpulan pelumba AMG Rotwild MTB. Berilhamkan kepada Mercedes-AMG GT – GT S direka bagi memenuhi ciri-ciri “dinamik, binaan yang ringan, rekabentuk dan keselesaan”, malah ia juga turut mempunyai skema warna yang sama dengan kereta tersebut iaitu hitam karbon dan juga kuning-emas.

Disc Brake
Disk brake untuk tujuan keselamatan.

Rotwild GT S - AMG
Direka dengan konsep yang sama.

Seperti yang dikatakan terlebih awal, ianya adalah keluaran edisi terhad dan hanya 100 unit sahaja Rotwild GT S yang dihasilkan. Setiap satu basikal ini adalah beharga €9,900 atau USD10,870. Rotwild GT S bukanlah hasil pertama kerjasama di antara Mercedes-AMG dan Rotwild kerana sebelum ini mereka pernah menghasilkan R.X45 AMG pada tahun 2013.


Menarik bukan, basikal yang dihasilkan oleh dua pengeluar teknologi German yang sama hebat jelas menghasilkan barangan berkualiti dengan prestasi yang terbaik.  



MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

Arkib Blog