Memaparkan catatan dengan label apps. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apps. Papar semua catatan

Isnin, 8 Ogos 2016

Aplikasi Meneroka Dunia Biologi Secara Global

Pelbagai maklumat biologi boleh dikongsi melalui iNaturalist.

Kebanyakan dari kita hari ini memiliki telefon pintar yang berupaya memberikan pelbagai kebaikan dan tidak digunakan sebaiknya. Selain sepatutnya ianya digunakan untuk tujuan menambah maklumat berguna, ia juga mungkin dapat membantu kita memberikan sumbangan kepada maklumat ilmu pengetahuan itu sendiri. Tanpa penglibatan semua, usaha pengumpulan maklumat menjadi agak sukar.

Sehubungan itu para penyelidik menggunakan kemudahan telefon bimbit untuk tujuan perkongsian maklumat dalam usaha mengesan spesis-spesis baru di seluruh dunia. Para pengguna bukan sahaja boleh mendapat maklumat mengenai sesuatu haiwan yang mereka temui, malah boleh berbincang bersama mereka yang lebih arif di dalam lapangan tersebut.

Contoh serangga yang dikongsi ke platform iNaturalist.

Kerja-kerja mengesan spesis hdiupan mengambil masa yang lama.

Usaha yang dijalankan ini telah menemukan lebih banyak spesis-spesis baru dari seluruh kawasan di merata dunia. Penemuan ini dapat memudahkan para penyelidik dan kita sendiri mengawasi spesis-spesis penting daripada mengalami kepupusan. Sebaliknya ia juga mungkin spesis yang menyebarkan penyakit dan dapat pula kita berhati-hati.

Antara applikasi yang digunakan untuk mengesan spesis serangga juga hidupan lain adalah iNaturalist yang boleh dimuat turun untuk telefon bimbit Android mahupun iOS. Aplikasi ini memudahkan anda berkongsi maklumat penting penemuan anda termasuk lokasinya. Penemuan ini seterusnya akan dikongsi bersama ramai lagi pengguna lain yang juga dari kalangan amatur dan pakar untuk membantu anda mengesan spesis yang anda temui.

Aktiviti berkumpulan menjadi satu bentuk riadah.

Rangkaian iNaturalist di seluruh dunia.

'Interface' applikasi iNaturalist (iOS).

iNaturalist kini digunakan oleh lebih daripada 250,000 pengguna dan mengandungi sekitar 3 juta pemerhatian. Malah, banyak spesis baru dikesan melalui perkongsian seperti ini. Perkongsian melalui internet bukan sahaja menjimatkan masa tetapi turut memberi peluang kepada semua untuk turut sama memberikan sumbangan kepada dunia sains.


Banyak lagi applikasi-applikasi seumpama ini yang boleh digunakan untuk perkongsian maklumat hidupan mahupun tumbuhan. Jadi selain menggunakan telefon bimbit anda untuk tujuan berhubung bersama keluarga dan rakan, apa salahnya bersama-sama memberi bantuan kepada tujuan yang tidak kurang pentingnya.


Free Download



Isnin, 11 Julai 2016

Bagaimana Melihat ISS Mengelilingi Bumi?

ISS bergerak amat pantas dan mengambil masa hanya 91.63 minit untuk mengelilingi bumi.

ISS (International Space Station) merupakan salah satu rekaan manusia yang terpaling mahal berada di ruang angkasa untuk menjalankan pelbagai eksperimen bagi membantu kita menghurai pelbagai persoalan. Tidak kurang pula ada yang mempertikaikan kewujudannya di ruang angkasa. Jadi kali ini kita akan melihat bagaimana kita boleh melihatnya sendiri ketika ia mengelilingi bumi.

Untuk memudahkan lagi proses ini anda boleh menyemak video yang disertakan bersama-sama dengan artikel ini yang disediakan oleh John Read yang turut menyediakan buku panduan dalam melihat objek-objek lain di ruang angkasa. Ini kerana, angkasa merupakan ruang yang amat luas dan mencari objek yang kecil seperti ISS menjadi satu perkara yang mencabar – bagi mereka yang kurang berpengalaman.

Selain menyediakan peralatan visual iaitu teleskop yang sesuai anda juga mungkin memerlukan kamera (sekiranya anda ingin merakamkannya). Jadi pilihlah peralatan yang sesuai atau anda mungkin boleh meminjamnya daripada badan-badan yang memiliki peralatan tersebut (sekiranya anda berpeluang).

Tanpa menggunakan apps, kedudukan ISS sukar dipastikan.

Kualiti imej adalah bergantung kepada peralatan yang digunakan.

Anda juga memerlukan applikasi tertentu untuk memudahkan lagi proses mengesan kedudukan ISS (yang akan bergerak dengan pantas ketika mengelilingi bumi). Anda boleh menggunakan Sputnik sekiranya menggunakan iPhone/iPad. Bagi pengguna Android pula anda boleh menggunakan ISS Detector yang boleh dimuat turun melalui Google Play. Tanpa sebarang bantuan, kerja-kerja mengesan kedudukan ISS amat sukar kerana berada jauh di angkasa – amat kecil untuk dilihat dengan mata kasar.

Sediakan peralatan-peralatan lain di lokasi yang sesuai – yang mempunyai kurang pencemaran cahaya (untuk mendapatkan hasil cerapan yang lebih baik). Dapatkan lokasi kedudukan ISS untuk membolehkan anda besedia apabila ia melepasi ruang angkasa di atas anda. Terus mencuba sekiranya anda tidak berjaya buat kali pertama.


Sebaliknya bumi juga merupakan objek yang menarik dilihat dari ISS.

Diharap anda mengambil peluang untuk melihat sendiri peralatan yang menakjubkan ini. Ini kerana ISS bukanlah didirikan oleh sebuah negara malah melibatkan banyak lagi negara-negara maju yang lain. Ia juga secara tidak langsung dapat menafikan andaian bahawa ISS adalah sekadar cerita rekaan. Teruskan usaha anda dalam mengkaji fenomena-fenomena lain juga kerana teknologi memerlukan penglibatan semua. Menarik!





Free Download



Isnin, 8 Februari 2016

Apps Pembelajaran Mudah Dengan Semper Dari German

Semper, satu applikasi ringkas sebagai "micro learning". 

Terdapat pelbagai apps pendidikan yang boleh di muat turun untuk peralatan gadget pilihan masing-masing samada Adroid mahupun iOS dan sebgainya. Namun untuk kesemua apps tersebut apa yang paling penting sekali adalah keberkesanannya dan adakah anda biasa menggunakannya untuk membantu anda dalam mempeljari sesuatu yang baru?

Semper merupakan satu “app” yang ringkas atau juga dikenali sebagai “micro-learning app”. Bagi membolehkan para pengguan menggunakan app ini untuk masa yang singkat sebelum menggunkan apps harian mereka seperti apps sosial, berita, kamera dan apps-apps lain yang digunakan secara harian. Untuk membuka apps harian ini, semper akan lebih dahulu berfungsi dan memberikan beberapa pendidikan ringkas sebagai latihan dan ulangkaji. Tiada masa yang ditetapkan dan pengguna boleh terus membuka aplikasi yang diperlukannya sekiranya perlu.

Kaedah pembelajaran Semper yang ringkas namun amat membantu kerana teknik pengulangan  yang kerap. Ini membolehkan sesuatu pembelajaran baru lebih mudah untuk diingati untuk tempoh waktu yang lama – apabila ia dipindahkan ke dalam memeori kekal. Malah dengan mengaktifkannya sebelum apps-apps harian pengguna memastikan pengguna tidak ketinggalan mengikuti pembelajaran baru setiap hari.

Semper berfungsi setiap kali sebelum membuka applikasi tertentu.

Semper dibangunkan oleh UnlockYourBrain, GmbH. 

Semper mempunyai pengguna yang semakin bertambah.

Pengguna Semper bukan sahaja boleh memilih skop pendidikan yang telahpun disediakan mengikut topik masing-masing. Malah Semper membenarkan pengguna membentuk program pendidikan sendiri untuk dikongsi dan digunakan oleh pengguna-pengguna lain.

Keberkesanan penggunaan Semper diuji oleh University of Potsdam, Germany mendapati lebih dari 3 juta maklumbalas dari pengguna soalan matematik mendapati ia membantu dalam meningkatkan kemahiran pengguna – dari segi masa dan juga kemampuan menjawab soalan. Keputusan ini dicapai dalam tempoh penggunaan selama 2 minggu.

Semper adalah applikasi yang diasaskan oleh usahawan dari Berlin iaitu Felix Nienstädt dan Simon Smend daripada Syarikat UnlockYourBrain. App ini telahpun dimuat turun lebih daripada 500,000 kali dan digunakan sebanyak lebih dari 2 juta kali dalam masa sehari. Semper boleh di muat turun untuk pengguna Adroid di sini. Manakala bagi pengguna iOS pula boleh memuat turun Semper di sini.


Semper merupakan satu app yang angat ringan dan sesuai digunakan untuk semua golongan peringkat usia. Setelah digunakan, saya amat berpuas hati dan mencadangkan ianya untuk pengguna-pengguna lain pula. Semoga ia membantu.



Free Download



Isnin, 29 September 2014

Programmer Muda Berusia 19 Tahun Berbakat dan Berjiwa Besar

John Meyer with Apple CEO
John Meyer bergambar bersama CEO Apple, Tim Cook. 

Mungkin tidak ramai yang memahami bagi segelitir golongan yang sanggup meninggalkan bidang pelajaran biasa dan mengikut arah tuju masing-masing. Apatah lagi pada usia semuda 19 tahun mungkin ia merupakan satu keputusan yang pastinya akan mendapat tentangan hebat daripada kedua ibubapa.

John Meyer 19, merupakan salah seorang daripada mereka dengan meninggalkan pelajarannya dalam bidang komputer dari universiti terkenal di mana ibunya sendiri merupakan salah seorang daripada professor di situ (University of New York atau juga dikenali sebagai NYU).

Apa yang menyebabkan John Meyer meninggalkan pelajaran adalah kerana beliau telah memilih bidang yang diminatinya – iaitu ‘programming’. Sejak mempelajari pemprogramman ‘Objective C’ pada 2008, John Meyer telah menghasilkan pelbagai apps yang menjadikan beliau amat tertarik untuk meneruskan bidang yang diminatinya itu.

John Meyer 19
John Meyer (19) mempunyai minat dan bakat yang besar.

Minatnya itu turut disokong oleh bapanya iaitu semasa beliau berumur 16 tahun, bapanya telah membantu mendapatkan tiket untuk membolehkan beliau menghadiri ‘developer’s conference’ di San Francisco. Manakala untuk menghadiri majlis tersebut peserta perlulah berumur sekurangnya 18 tahun. Apa yang penting John Meyer bukanlah sekadar peserta, malah beliau merupakan seorang penghasil apps yang aktif – layak untuk hadir ke majlis tersebut.

Bermula dengan penghasilan apps popular pertamanya JustLight, perisian ‘flashlight’ untuk iPhone 4 yang merupakan antara perisian ‘flaslight’ terawal untuk iPhone. Perisian tersebut telah dimuat turun sehingga menjangkau 2 juta kali.

Baru-baru ini pula beliau menampilkan PerfectShot (kira-kira setahun lalu), untuk iOS7 yang dimuat turun 60,000 kali untuk 4 hari pertamanya sahaja dan kini menjangkau jutaan muat turun. Apa yang menarik apps ini membolehkan kamera hanya mengambil gambar apabila semua muka di dalam tetingkap gambar tersenyum. Ia kelihatan mudah, tapi beliau merupakan orang yang menghasilkan apps tersebut untuk iOS7.

Selain daripada menolak peluang untuk melanjutkan pelajaran dari University of New York, John Meyer turut menolak pelawaan Apple yang menawarkan ‘internship’ kepada beliau. Peluang tersebut bukan sahaja menjadi impian ribuan pelajar lain malah membolehkan beliau mendapat ganjaran bulanan sebanyak USD 5,723 sebulan.

John Meyer
Minat yang mendapat sokongan.

Penolakan beliau bukanlah bermakna John Meyer menolak peluang yang datang. Tetapi beliau sendiri merupakan seorang yang mempunyai perancangan dan gigih berusaha dalam membangunkan impian beliau yang baru-baru ini tampil lagi dengan apps menarik iaitu FrescoNews.

Disebalik impian dan usaha gigih beliau ini, John Meyer juga pernah terpilih menjadi calon finalist bagi Thiel Fellowship. Ia merupakan program yang dijalankan oleh billionaire Peter Theil dalam membantu mereka yang berbakat untuk memulakan perniagaan. Seramai 20 orang peserta yang di pilih dan John Meyer bukanlah seorang daripadanya.


Walaupun begitu bagi seorang yang mempunyai bakat dan minat seperti John Meyer, sokongan orang lain merupakan satu bonus. Manakala apa yang diinginkannya adalah kepuasan dalam mencuba kemampuan diri dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam lapangan yang diceburinya. Mungkin ia lebih baik daripada dari sekadar memberikan kritikan mengenai kegagalan orang lain.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

Selasa, 8 April 2014

Kelebihan Memiliki Office Bergerak Dengan Gadget Sesuai

Mobile Office
Sebuah Office bergerak yang lengkap.

Kelebihan teknologi perkomputeran memberikan banyak kelebihan bagi membolehkan kita memiliki Office Bergerak yang membolehkan kerja-kerja dilakukan hampir di mana sahaja. Kalau dahulu bagi orang-orang yang produktif akan memastikan mereka sentiasa membawa diari mereka ke mana-mana, namun hari ini kesemua kelengkapan pejabat berada di tangan mereka hampir setiap masa.

Gadget seperti tablet memberikan kemudahan asas seperti 'Organizer' yang juga menyediakan 'alarm' untuk memberitahu anda tentang waktu-waktu penting yang telah anda 'set' kan supaya 'alarm' berfungsi. Ia juga turut dilengkapi dengan program-program atau 'apps' yang anda perlukan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang lain seperti menyediakan laporan, membuat rujukan melalui internet dan juga berkongsi fail melalui storan 'cloud'. Jadi gadget seperti tablet sememangnya berupaya membantu anda untuk membuat kebanyakan perkara sama seperti anda berada di dalam pejabat. Apa yang penting pastikan anda mengetahui setiap fungsi aplikasi yang anda perlukan.

Untuk memudahkan anda melakukan kerja-kerja dengan mudah tablet dengan saiz yang sesuai untuk anda menaip diperlukan. Ini kerana saiz yang terlalu kecil seperti telefon mungkin memudahkan anda untuk membuat rujukan tetapi tidak untuk membuat kerja-kerja seperti menaip. Pilihlah juga tablet yang mudah anda gunakan dengan kemampuan untuk membuat perkongsian fail dengan peralatan anda yang lain. Sebagai contoh memiliki tablet Android dan PC Laptop mungkin lebih mudah berbanding sekiranya anda memiliki sebuah iPad (Apple) bersama PC Laptop. Walaubagaimanapun bagi mereka yang telah biasa mungkin tidak menjadi masalah yang besar.

Tablets
Pelbagai jenis tablet yang berada di pasaran sepatutnya dapat dimanfaatkan dengan baik.

Bagi membolehkan anda melakukan kerja-kerja dengan lebih efisyen juga anda memerlukan sambungan ke rangkaian internet yang bagus. Selain menggunakan kemudahan Wi-Fi yang disediakan di café anda juga mungkin boleh mendapatkan sambungan internet melalui rangkaian telefon dengan pelan-pelan internet yang sesuai. Adakalanya anda hanya memerlukan satu rangkaian internet yang boleh dikongsikan untuk kesemua gadget yang anda miliki. Sebagai langkah penjimatan juga anda mungkin tidak perlu menggunakan talian internet sepanjang masa tetapi hanya membuat penyambungan apabila perlu sahaja.

Sebagai contoh hari ini artikel yang saya kongsikan di sini disediakan semasa saya berada di dalam keretapi KTM Komuter dari Seremban ke Kuala Lumpur. Oleh kerana perjalanan yang agak panjang jadi saya gunakan masa tersebut untuk menyediakan artikel ini. Sebelum itu saya juga sempat menghantar fail yang perlu dihantar kepada rakan lain melalui fail yang dikongsi melalui Google Drive memandangkan fail tersebut perlu dihantar secepat mungkin.

Begitulah antara perkara yang dapat saya kongsikan buat kali ini supaya kita dapat sama-sama memanfaatkan kemudahan yang kita miliki supaya ianya tidak menjadi sekadar satu pembaziran. Akhir kata mungkin anda juga ingin berkongsi bagaimana anda memanfaatkan gadget-gadget yang anda miliki.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

Arkib Blog