YotaPhone mempunyai rupa bentuk yang setanding dengan smartphone yang lain |
Smartphone dengan dua paparan bukanlah baru
dan pernah dikeluarkan beberapa tahun dahulu oleh beberapa syarikat pengeluar
telefon seperti Kyocera dan juga LG. Tetapi jauh berbeza dengan telefon dari
Rusia yang memperkenalkan telefon dengan system operasi Android atau dikenali
sebagai YotaPhone.
YotaPhone dilengkapi dua skrin di bahagian
hadapan dan belakang. Apa yang menarik skrin pada belakang telefon ini adalah
menggunakan E Ink yang menggunakan kuasa yang sedikit dan ini menjimatkan lagi
kuasa simpanan bateri telefon. Dari segi bentuk rekaan YotaPhone tidak jauh
berbeza dari telefon-telefon biasa yang mudah dipegang dan digunakan. Cuma
mungkin a memerlukan ‘casing’ pelindung yang sesuai bagi mengelakkan kesan calar
di bahagian belakangnya nanti.
Paparan E Ink yang kemas dan mejimatkan kuasa bateri |
Dengan spesifikasi skrin 4.3 inci, 1280 X
720 – pixel skrin berwarna sebagai paparan utama dan 200 dpi E Ink pada
bahagian belakang, ia dilengkapi dengan 1.5 GHz Snapdragon (sama seperti CPU
pada Samsung S4), 2GB RAM dan ruang simpanan memori 32 GB dan juga 4G LTE. Kameranya pula adalah 12 MP dan juga 720p
pada bahagian hadapan. Tebal telefon ini adalah 0.4 inci dengan beratnya 4.9
Oz.
Paparan E Ink digunakan untuk memeberitahu
tentang maklumat terkini dari laman social, mesej, berita, cuaca, masa dan juga
gambar yang dihantar oleh system operasi ataupun aplikasi yang menggunakan API
daripada Yota. Memandangkan E Ink menggunakan kuasa yang rendah, ini tidak
menjejaskan usia bateri telefon.
YotaPhone dilancarkan di Rusia pada
December 2013 yang lalu. Adakah anda berminat untuk melihat lebih dekat telefon
yang berbeza dari telefon-telefon pintar yang ada di pasaran hari ini? Di sini terdapat
paparan video berkenaan YotaPhone. Manakala telefon-telefon dengan 2 skrin
seperti yang dinyatakan di atas adalah Kyocera Echo dan juga LG DoublePlay.
Setelah membuat perbandingan, anda tentu setuju bahawa telefon dengan 2 skrin
terbaik adalah daripada YotaPhone.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.
|