Spanish Slug mampu mengganda dengan pantas. |
Spanish Slug (Arion vulgaris) merupakan
hidupan yang sama seperti kumpulan ‘slug’ lain mungkin dianggap tidak membawa
masalah, namun begitu ia merupakan satu spesies yang memberi kesan yang besar
kepada ekosistem berikutan kemampuannya dalam mengganda dan mendominasi sesuatu
kawasan baru dengan pantas.
Selain daripada mampu mengganda dengan lebih baik spesies ‘slug’ atau ada
juga yang memanggilnya sebagai ‘lintah bulan’ ini mempunyai senarai pemakanan
yang lebih luas berbanding dengan spesies-spesies yang lain. Menghasilkan lebih
banyak lendiran yang menjadikan ia tidak menjadi pilihan pemangsa seperti
burung, kumbang, ayam dan juga pemangsa-pemangsa ‘slug’ yang lain.
‘Spanish Slug’ merupakan spesies yang dikhuatiri akan mengancam bukan sahaja
spesies-spesies ‘slug’ yang lain malah boleh mengakibatkan sektor pertanian
mengalami kesan yang buruk. Menjadi antara fokus utama sebagai pengancam di UK
dan juga termasuk di dalam senarai 100 hidupan penceroboh di dalam ‘Delivering Alien Invasive Species In Europe’ (DAISIE) membiak dan merebak dengan pantas ke
serata Eropah dan kemungkinan ke US.
Spesies-spesies 'slug' yang lain. |
Berbeza dengan hidupan lain, Spanish Slug mampu membiak tanpa pasangan
selain menghasilkan telur yang lebih banyak dari spesies-spesies lain iaitu 300
hingga 500 biji telur berbanding spesies biasa yang hanya bertelur pada jumlah
150 biji sahaja. Ia juga mempunyai pemakanan daripada daun tumbuhan,
benda-benda mereput dan juga bangkai haiwan yang mereput. Jadi dengan sebiji
telur Spanish Slug yang dibawa cukup untuk menjadikannya mengganda dengan
pantas.
Ia bersaiz agak besar iaitu antara 7 – 15 cm disamping mempunyai warna yang
agak terang dan kebiasaannya adalah kelabu kehijauan. Ia juga mempunyai daya
tahan terhadap cuaca yang lebih tinggi. Spesies ini amat dibimbangi di UK malah
juga di negara-negara lain di Eropah.
Walaupun mudah dikesan ia tidak digemari pemangsa. |
Apa yang dilakukan oleh Spanish Slug adalah perkara biasa yang dilakukan
oleh hidupan-hidupan yang lain iaitu membiak dan meneruskan kehidupan.
Adakalanya aktiviti manusia yang menyebabkan hidupan-hidupan ini sampai ke
merata tempat. Ia hanyalah satu contoh daripada pelbagai perkara yang berlaku
di seluruh dunia bukan bagi haiwan sajaha malah tumbuhan – dan sering juga
bakteria dan virus punca penyakit.
Jadi sekiranya anda melihat spesies-spesies baru terdiri dari haiwan atau
tumbuhan, pastikanlah ianya adalah dari jenis asli tempatan. Sekiranya ia
adalah hidupan baru kemungkinan ia boleh mendatangkan ancaman.