Project Ara, satu inovasi memberikan kebebasan pengguna untuk menentukan keperluan telefon pintar mereka. |
Project Ara merupakan inovasi telefon bimbit terbaru dari Google di mana pengguna boleh menukar perkakasan yang ada mengikut keinginan pengguna sendiri. Google memberitahu bahawa telefon bimbit ini dicipta untuk "enam bilion pengguna". Google juga mahu menurunkan halangan bagi membolehkan pengeluar perkakasan untuk menghasilkan ratusan ribu pengeluar perkakasan sama seperti Google Play Store menghasilkan ratusan ribu pemaju aplikasi.
Melalui telefon pintar Ara, anda boleh menukar mana-mana modul yang rosak atau pun menaik taraf mana-mana modul yang anda mahu bagaikan memasang permainan Lego. Jadi ini akan menetapi kehendak semua jenis golongan sama ada golongan pengguna biasa, peminat muzik atau peminat tegar permainan video. Google telah menetapkan harga Kit Permulaan bermula pada harga US$50. Telefon bimbit ini telah pun di lancarkan pada persidangan Q1 di Puerto Rico pada Januari 2015.
Pengguna mempunyai kebebasan untuk memadankan sendiri spesifikasi telefon pintar mereka. |
Mari kita lihat serba sedikit spesifikasi telefon bimbit Project Ara (berdasarkan apa yang telah diberitahu oleh Google). Telefon bimbit ini akan menggunakan chip dari Toshiba (pada tahun pertama) dan akan menggunakan sistem operanti Android. Telefon pintar Ara akan dikeluarkan dengan tiga saiz iaitu mini, sederhana dan besar. Saiz "mini" di dalam lingkungan saiz Nokia 3310, manakala saiz "Sederhana" di dalam lingkungan saiz LG Nexus 5 dan saiz "Besar" pula di dalam lingkungan saiz Samsung Galaxy Note 3.
Carta Saiz Bingkai
Mini - 45 x 118 x 9.7 mm - 2 x 5 slot modul
Sederhana - 68 x 141 x 9.7 mm - 3 x 6 slot modul
Besar - 91 x 164 x 9.7 mm - 4 x 7 slot modul
Saiz-saiz yang ditawarkan untuk sistem telefon Ara. |
Google juga mengatakan modul boleh didapati dari laman rasmi Google Store dan mana-mana kedai pihak ketiga. Secara lalai, telefon pintar hanya menerima modul rasmi tetapi anda boleh menukar tetapan perisian untuk membolehkan penggunaan modul yang tidak rasmi. Ini adalah sama seperti bagaimana Android mengendalikan aplikasi ketika pemasangan.
Adakah anda teruja dengan inovasi ini? Yang pasti saya sudah pun teruja dan akan terus mengikut perkembangan mengenai telefon pintar Ara ini.