Hama pada pupa serangga oleh Regolio Moreno Gill, 20x |
Nikon Small World Competition merupakan upacara tahunan yang dimulakan sejak 1975 lagi yang membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya. Melalui pertandingan ini gambar-gambar daripada dunia seni dipaparkan dan hasilnya turut dikongsi bersama melalui pameran-pameran samada di muzium ataupun pusat-pusat sains di seluruh dunia.
Pertandingan ini mempunyai dua kategori utama iaitu “Photomicrography Competition” untuk gambar yang diambil di bawah mikroskop yang memaparkan dunia seni. Manakala kateri berikutnya pula adalah “Small World In Motion”, yang membuka ruang kepada video yang dunia seni pula. Melalui kedua-dua kategori ini setiap peserta boleh menghantarkan penyertaan mereka kepada nikonsmallworld.com.
Pertandingan ini bukan sahaja disertai oleh individu malah juga oleh pusat-pusat pengajian tinggi dari seluruh dunia. Selain dunia hidupan seni, anda juga boleh bekongsi imej-imej seni lain seperti peralatan mikrochip dan sebagainya. Pemenang juga tidak semestinya mereka yang menghasilkan gambar dengan kuasa pembesaran terbesar – melainkan ciri-ciri keunikan dunia seni seperti juga dalam pertandingan fotografi atau video yang lain.
Berikut adalah beberapa imej dari pertandingan tersebut.
Pemenang utama bagi tahun 2015 adalah gambar mata lebah ‘western honey bee’ (Apis mellifera) yang dipenuhi dengan debunga dari bunga dandelion. Gambar ini juga menunjukkan setiap kanta mata yang membentuk mata komplek (compound eye) pada lebah. Gambar ini adalah dihasilkan oleh Ralp Claus Grimm, dari Queensland, Australia yang dibesarkan sebanyak 120x.
Kapsul spora lumut yang dikenali sebagai Bryum moss. Kapsul ini akan berada pada batang yang lebih panjang berbanding bahagian lain lumut yang melekat pada tanah. Apabila udara berkeadaan sesuai (tidak terlalu lembab), penutup kapsul ini akan terbuka dan membebaskan spora untuk disebarkan oleh angin. Spora yang tersebar akan jatuh di tempat yang lebih baik untuk lumut-lumut terus membiak. Imej dihasilkan oleh Henry Koskinen, Helsinki, Finland.
Keratan rentas dari ‘ostrich fern’ ini pula menunjukkan sel-sel yang terdapat pada tumbuhan tersebut. Bahagian-bahagian tertentu pada tumbuhan ini berfungsi untuk pengangkutan air dan nutrient ke bahagian-bahagian lain tumbuhan. Tidak seperti tumbuhan berkayu dan berbunga yang lain, bagi paku ini, ia kelihatan lebih berselerak. Imej dihasilkan oleh Anatoly Mikhaltsov, Omsk, Russia pada pembesaran sebanyak 250x.
Jejari-jejari melekit pada tumbuhan pemangsa Drosera sp. juga dikenali sebagai sundews kelihatan amat menarik, namun ia menjadikan lalat dan serangga lain sebagai mangsanya. Tetakel-tentakel ini amat sensitif dan akan menarik mangsa mendekati permukaan daun dimana mangsa akan mula dihadamkan. Imej adalah dihasilkan oleh José R. Almodóvar, Biology Department, University of Puerto Rico, USA pada pembesaran sebanyak 20x
Anda boleh melihat banyak lagi imej-imej menarik daripada keputusan pertandingan “2015 Photomicrography Competition” dari page pertandingan tersebut. Bagi pertandingan tahun ini pula para peserta perlu menghantar penyertaan mereka sebelum 30 April, 2016 nanti. Adakah anda akan menyertainya?